Langkau ke kandungan utama

TUHAN BERPERANAN.


TUHAN BERPERANAN DALAM
KEHIDUPAN.
(Bandar Basrah Iraq musnah).

Jangan malu untuk sebut “..kerana Tuhan-lah saya dapat semua ini..”
“Allah swt-lah yang izinkan, usaha kami hanya sebab sahaja..”
Umat sekarang malu nak sebut ‘Tuhan’ dalam kehidupan seharian. Seolah-olah Allah tiada dalam peranan kehidupan seharian.

Hakikatnya jika sesaat Allah lupakan hamba-Nya, matilah ia, malanglah dan celakalah dia!Dunia hari ini semakin kacau bilau. Di Malaysia, kita semua sedang menjadi saksi. Kita sedang melihat gambar mangsa ledakan, gambar mangsa keganasan, mangsa pelarian perang, mangsa pembunuhan, gambar kemusnahan. Imej dan gambar muncul dari TV, dari YouTube, dari Facebook.Gambar dan imej ini sedang memaksa kita menjadi saksi. 

Penulis juga berkesempatan menjadi saksi perang Teluk Iran dengan Iraq. Ia sedang melanda dunia pada hari ini hanya berpunca dari hilangnya Kasih sayang. Manusia tidak akan bahagia dengan perpecahan dan permusuhan.Tanpa kasih sayang  , suami isteri menjadi bercerai berai, kecewa, putus asa dan menderita, anak-anak sakit jiwa.Perang keluarga terjadi bilamana masing-masing tidak boleh mengawal perasaan benci membenci. 

Peperangan di tempat-tempat kerja terjadi bilamana masing-masing tidak mampu membendung hasad dengki. Pergaduhan di antara kelompok terjadi akibat masing-masing tidak sanggup tercabar.Peperangan antara etnik 
terjadi krn rebutan pengaruh. Peperangan antara negara-negara kerana kepentingan duniawi yang hendak dipertahankan. 

Mana ada peperangan yang berlaku 
di dunia ini akibat dari manusia yang saling berkasih-sayang
dan inginkan kebaikan?
Rumah tangga yang aman damai ke anak cucu itu kelihatan orang yang mampu berkasih-sayang sekalipun dalam ujian kepahitan. Negara-negara yang aman dari perang itu juga kelihatan disebabkan faktor mengutamakan kasih sayang.

Sesungguhnya dunia sekarang amat memerlukan kasih sayang untuk menyelesaikan peperangan.Hanya Tuhan yang Maha kuasa yang Maha Tahu bagaimana dunia harus memulakan perjalanan keluar dari masalah yang kronik ini. Tangan yang memberi dan mencabut kasih sayang ialah Tuhan.Mengapa Dia memberi dan mengapa Dia mengambil kasih sayang kembali.

Tamsilkan kita memberi sebuah kereta kepada anak kita. Mengapa kita mengambil kembali kereta tersebut? Mungkin disebabkan  anak menjadi derhaka, biadap dan menyalahgunakan harta yang diberi percuma kepadanya.Tindakan ibubapa itu adalah wajar dan bijak atas dasar sayangkan anak. Anak mungkin akan menyesal dan membetulkan kesilapannya untuk mendapatkan kereta itu semula.

Maka, langkah pertama untuk keluar dari neraka dunia ini ialah
ialah dengan mencari Tuhan.
Tuhan yang sedang mentadbir
matahari, bulan dan yang sedang mengambil berat tentang perjalanan batang tubuh ini. Tuhan yang sudah sekian lama kita tidak pedulikan kerana menganggap kita sudah cukup segala-galanya dan tidak memerlukan Tuhan!

Kederhakaan dan kebiadaban
inilah yang membuatkan kasih
 sayang tercabut dari suami isteri
murid dan guru, pemimpin dan rakyat. Kasih sayang yang mahal itu tidak layak berada diri-diri orang yang bodoh sombong dengan Tuhan Penciptanya. Lalu terisilah kekosongan itu jiwa itu
dengan derita, gelisah,kecewa dan 
putus asa.

Tapi aneh manusia intelek yang menderita ini terus menerus berjuang dengan lantang untuk membangunkan ekonomi, politik teknologi dan pembangunan ummah. Sebenarnya mereka tidak temui fakta bahawa mengenal Tuhan adalah formula menyelesaikan seluruh masalah yang sedang mereka tanggung.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...