PEJUANG YANG ADA CITA-CITA.
(Bapa mertua Inaamullah, beraya 2019).
Pejuang Islam ada pimpinan,
cita-cita dan ada ilmu. Mereka
kini ramai bertapak di timur.
Merekalah rumpun Melayu
baru yang bertaburan di seluruh
Asia Tenggara. Iaitu di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Thailand dan Moro Pilipina. Bangsa Melayu umum nya beragama Islam. Rumpun Melayu ini ialah mereka yang mendapat tarbiyah, pimpinan guru mursyid, ada minda dan ada cita-cita lslam.

Bangsa yang terbangun insaniah
Bangsa yang mendapat didikan dan bimbingan guru mursyid.Satu bangsa yang lemah lembut, mesra dan mudah bersimpati dengan bangsa atau etnik lain. Sekalipun tidak kaya mudah membantu dan menolong
orang lain. Mudah bersimpati dan memberikan kasih sayang.
Budaya kasih sayang susah didapati sekarang.

Kasih sayang semua manusia menginginkan.Manusia ingin dikasihi. Kita rasa senang kalau ada orang menyayangi kita dan kita rasa sedih kalau ada orang benci pada kita.Begitulah sifat hati manusia di seluruh dunia walau apa bangsa dan agama nya, lelaki atau perempuan. Itulah yang dikatakan fitrah manusia.
Fitrah semulajadi ini tidak boleh dibuang atau tidak akan hilang dari
hati manusia.
Kasih sayang ia sebahagian dari keperluan hidup manusia yang perlu dilayan dan diisi. Seperti juga keinginan untuk makan dan minum, adalah sifat fitrah yang tidak boleh dibuang tapi mesti dilayan. Ia keperluan yang Allah bekalkan.Kalau tidak dilayan, hidup manusia tidak sempurna dan hilang bahagia.
Melawan rasa fitrah yang bersih ertinya kita menyeksa diri kita sendiri. Seperti orang yang tidak mahu berkahwin,dia telah menentang fitrahnya sendiri; ertinya dia menyeksa dirinya sendiri.Sebalik nya, mengisi
atau melayan fitrah ertinya kita
menunaikan tanggungjawab
kepada diri sendiri. Maka diri kita
menunaikan tanggungjawab
kepada diri sendiri. Maka diri kita
akan rasa terisi, puas dan bahagia.
Hati atau roh rasa puas disebab kan pemakanannya. Oleh kerana hati diberikan rasa cinta dan takutkan Tuhan, hati merasa puas dan bahagia. Kalau pemakanan roh sudah tercemar
atau terdedah kepada maksiat dan mungkar. Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota fizikal menjadi jahat.
atau terdedah kepada maksiat dan mungkar. Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota fizikal menjadi jahat.
Ada orang yang berkata,
"saya sudah solat, puasa, zikir, selawat, baca Quran, berkorban, berjihad, berdakwah dan buat lain-lain kebaikan tetapi hati tetap tidak terhibur, atau jiwa masih tidak tenang." Maksudnya
hati tetap sakit dan berpenyakit.
Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar,hasad dengki,dendam, tidak berkasih sayang dan sebagainya.

Sebaliknya fitrah yang belum rosak dia akan merasa puas dan tenang. Seseorang terasa disayangi oleh orang-orang lain mendapat satu pengisian fitrah yang membuatkan dia rasa tenang dan bahagia. Pejuang Islam yang ada cita-cita dia memiliki jiwa besar. Orang yang hendak membangunkan empayar Islam perlukan jiwa yang besar.
"Membangunkan empayar melibatkan semua pihak. Bermula dari ulama, pemimpin, pegawai dan kakitangan kerajaan semua peringkat dan seterusnya kepada semua peringkat rakyat jelata. Oleh itu semua pihak perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutannya."
Dalam era dunia teknologi, Melayu Baru akan menerajui Empayar atas nama Islam. Ini satu anugerah besar dari Tuhan.
Namun ramai orang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Melayu Baru itu. Kerana sebelum ini kita tidak pernah didedahkan tentang peranan Melayu Baru. Selama ini, apa yang didedahkan Islam asas, yakni berkenaan dengan hukum hakam sahaja.Bila dikatakan Melayu Baru, mereka yang bertapak di Nusantara atau Asia Tenggara. Mereka bertaburan di merata tempat khususnya di benua Asia.
Bila dikatakan giliran Melayu Baru, skopnya adalah luas dan global. Kita selama ini tenggelam dengan ilmu hukum hakam yang hanya 500 ayat dari 6666 ayat Al Quran. Kalau pun kita faham ilmu, hanya dalam satu-satu bab sahaja. "Giliran kuasa" Tuhan sendiri sebut dalam Al Quran.
Firman Allah SWT:
ÙˆَتِÙ„ْÙƒَ ٱلْØ£َÙŠَّامُ Ù†ُدَاوِÙ„ُÙ‡َا بَÙŠْÙ†َ ٱلنَّاسِ.
Ertinya,
"Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia."
(Ali Imran 3:140).

Ilmu bagaimana membina empayar Islam yang didalamnya terbangun
tamadun rohani dan dan tamadun lahiriah. Perkara ini telah lama ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. Ia tersembunyi dan terkubur didalam Al Quran dan As Sunnah. Ilmu itu kini digali dan dicungkil semula oleh ahli zikir dan ulama kerohanian. Kini ia
dipersembahkan untuk tontonan semua.
dipersembahkan untuk tontonan semua.
Empayar Islam ini melibatkan semua pihak.
Bermula dari umara (pemimpin), ulama, pegawai dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada rakyat jelata di semua peringkat.Oleh itu semua pihak perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutannya. Empayar Islam terakhir berlaku di tangan bangsa Turki iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh dibawah pimpinan gurunya Syeikh Syamsuddin alwali.
Moga-moga giliran kali ini untuk
orang Melayu bersungguh-sungguh menerima tawaran ini dan dapat membenarkannya. Hingga ia benar-benar berlaku ditangan bangsa Melayu Baru.Moga-moga segala persoalan terjawab dan melaui buku yang terkandung panduan dan langkah-langkah yang sepatutnya dibuat. Moga melalui panduan tersebut menjadikan kita berjiwa besar. Isi buku tersebut saya keluarkans bersiri dalam bentuk artikel.
Ulasan
Catat Ulasan