HARI KEMBALIKAN FITRAH.
(Aidil Fitri 2018- Rawang ).
Setelah sebulan kita beribadah dengan menahan lapar dan dahaga, menahan godaan hawa nafsu, mengumpul amal dan perbanyakkan ibadah, maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah dianugerahkan kepada kita satu hari yang disebut ‘Hari Fitrah’ atau ‘Eid Fitr’.
Ia membawa erti, setelah kita bermujahadah melawan hawa nafsu dan jika berjaya menempuh bulan Ramadhan dengan Iman dan Taqwa maka diri manusia akan kembali kepada fitrahnya. Iaitu hamba Allah SWT. Bukan hamba hawa nafsu apatah lagi hamba syaitan, yang sebulan Ramadhan ia dibelenggu rantai pada kakinya.
Hari Fitrah ini Allah SWT minta kita perbanyakkan SYUKUR, kerana syukur adalah sifat hamba. Dilahirkan syukur itu dengan bersedekah kepada yang kurang, menghiburkan mereka yang kesedihan, memuliakan orang tua, mengasihi yang muda, menziarahi sanak saudara, mengeratkan ukhuwah sesama manusia.
(Aidil Fitri 2019- Bangi Avenue)
Kesyukuran itu juga dilahirkan dengan pakaian yang terbaik yang termampu kita usahakan. Dengan berwangi-wangian mengikut batas syariat, beramah mesra, mengagihkan nikmat sesama manusia.
(Aidil Fitri 2019- Bangi Avenue ).
Walaupun hari Raya Aidilfitri bukan untuk kita yang belum bertaqwa, namun Allah juga minta kita memuliakannya, meraikannya dengan kebaikan-kebaikan tadi.
Semoga di Aidilfitri ini kita kembali kepada fitrah sebenar kita, hamba Allah SWT. Bukan hamba dunia, hamba hawa nafsu dan syaitan.
Salam Aidilfitri buat semua umat Islam diseluruh dunia, khususnya buat umat Islam di Malaysia.

Ulasan
Catat Ulasan