MODEL MELAYU BARU.
Rumpun Melayu baru iaitu mereka yang memiliki minda dan cita-cita. Abuya telah melahirkan Melayu baru ini. Mereka ada di Asia Tenggara.
Menghubungkan Malaysia dan Indonesia dengan minda. Kunjungan silaturahim dan hubungan kekeluargaan berlaku diantara anak-anak murid Abuya. Melalui persemendaan perkahwinan berlaku di antara
negara-negara yang ada
di Asia Tenggara.
XPDC dan kunjungan silaturrahim sesama anak murid
Abuya berlaku. Mereka yang ada di Malaysia,Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, Filipina
dan Indonesia.Terutamanya seringkali kunjungan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Hampir disemua negara tersebut ada menantu Abuya. Di Singapura sudah tentu ada keluarga Abuya.
Bangsa dan negara adalah
alat terbesar yang boleh membangunkan masyarakat. Lihatlah sejarah bagaimana kaum Ansor dan Muhajirin saling terikat dengan iman dan minda. Tamadun Islam boleh terbina bila ada bangsa dan negara yang bertaqwa. Tentulah melaluinya akan terbangun sistem pendidikan Islam, sistem kebudayaan Islam, ekonomi Islam dan lain-lain sistem Islam.
Silaturrahim dapat mengeratkan
lagi kasih sayang sesama. Melalui pertemuan kunjungan sesama juga dapat bertukar-tukar maklumat satu sama lain.
Masing-masing adalah sebagai usahawan desa. Ada dikalangan mereka mengusahakan kilang roti, kilang kicap sos, menternak kambing dan kuih muih. Itulah contoh anak-anak murid yang Abuya lahirkan. Mereka hidup berdikari dan jika ada masalah yang dihadapi mereka akan merujuk kepada Tuhan.
Panduan yang telah Abuya berikan selama ini. Dengan adanya model yang dicetuskan oleh keluarga dan anak-anak murid yang sealiran dan satu pimpinan guru memudahkan masyarakat merujuk.
Bagi orang yang hendak maju didunia ia perlukan ilmu. Begitu juga orang yang hendak selamat di Akhirat juga perlukan bekalan ilmu yang diamalkan. Nabi SAW ada menyebutkan tentang perkara tersebut.
مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَافَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Ertinya : ”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”.
(HR. Turmudzi)
Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya dengan ilmu. Setiap pemimpin ada wawasannya. Melalui wawasan dan cita-cita pemimpin masyarakat dididik dengan wawasan tersebut. Melalui ilmu dan wawasan itu tadi pemimpin mendidik atau mentarbiah hingga masyarakatnya terpimpin dan terpindah cita-cita pemimpin itu. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Penulisan dan penerbitan minda Abuya adalah nadi kepada jemaah Pengajian yang diasaskan oleh Abuya.Bahkan merubah bangsa melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru.
Iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Minda Abuya banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia.Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa melayu sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah masa giliran untuk orang melayu menerajui empayar Islam.
Penerbitan buku di Asia Barat, banyak berkait dengan minda dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin. Setelah hampir 100 tahun, minda Ikhwan Muslimin merubah pemikiran umat Islam di Asia Barat, bahkan hampir seluruh dunia Islam mengambil minda mereka.
Buktinya, selepas kenaikan Ikhwan di Mesir, semangat umat Islam berkobar-kobar untuk daulatkan dan mewujudkan negara Islam. Berjuanglah umat Islam dengan parti politik masing-masing, melalui demokrasi."Namun apakah itu jalan atau landasan yang sebenar untuk Islam?"
Jadi, walaupun sudah menguasai negara, bukanlah mendapat kuasa sepenuhnya. Bahkan mendapat tekanan dari kuasa barat yang hakikatnya, merekalah di belakang peristiwa rusuhan yang berlaku di Mesir selama ini! Berbeza dengan Abuya, yang kini perjuangannya sudah mencecah 51 tahun.
Aktiviti perjungan Abuya masih boleh di nikmati oleh umat Islam. Perkara ini dapat berlaku
rahsianya ada pembinaan roh yang terus menerus disuburkan.
Abuya lebih mengambil berat soal insaniah dalam diri manusia berbanding mendapatkan negara. Insaniah manusia inilah yang akan membentuk negara Islam. Apalah ertinya jika berlaku seperti di Mesir sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya?
Pada saat ini situasi dunia
Islam umumnya sedang kacau-
bilau dan huru-hara, rakyat
sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada. Perkara yang telah diperkatakan Abuya sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menandakan kedatangan pemimpin yang ditunggu-tunggu sudah terlalu dekat. Golongan Politik di Malaysia sudah gagal dan tidak mampu, seperti yang difahamkan oleh Abuya mengenai jadual Allah. Sekali lagi diingatkan, Ramai dikalangan rakyat Malaysia sudah kecewa dengan sistem pilihanraya. Melalui sistem ini kerana sudah terlalu banyak kerosakkan. Sistem ini kata Abuya takkan berlaku seperti yang diharapkan. Ini telah lama Abuya ingatkan.
Ia takkan berlaku, kalau terjadi juga kerajaan terpaksa hadapi risiko yang sangat besar!
Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Dan di Malaysia Tuhan izinkan kuasa politik di tangan orang Melayu berkuasa namun PR 14 telah merubah kerajaan. Kalau kita ingin terus berkuasa perlu lakukan muhasabah secara jujur.
Terutamanya dikalangan pemimpin dan ahli masyarakat.
Apalah ertinya mengusai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan pemimpin mereka dan satu sama lain. Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok.
Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam.Islam menang dan terus menang.
Ulasan
Catat Ulasan