Langkau ke kandungan utama

FORMULA MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN

FORMULA MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN


Maksud Firman Allah:

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah (iaitu berhubung dengan Allah) dan adanya sebab dari manusia. (Iaitu berhubung dengan manusia).
(Ali Imran 3:112).


Maksud hadis Nabi SAW:

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Abuya berdakwah dan bermusafir di dalam dan luar negara sering melakukan solat safar samada jamak takdim atau jamak taakhir. Musafir keluar negara dalam tempoh yang panjang pada Tahun akhir lapan puluhan dan awal sembilan puluhan. Akhirnya Dengan kerjasama kerajaan Thailand dan kerajaan Malaysia di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahadir Abuya di bawa balik ke Malaysia melalui jalan darat.


Rasulullah saw pernah bercerita bahawa di akhir zaman nanti, orang Islam itu lemah, mundur, tidak membangun, tidak maju, pecah belah, hina dan sebagainya. Kalau nak dihurai lebih kurang begitulah maksudnya. 
Ada sahabat yang bertanya, apakah kejadian itu disebabkan mereka itu sikit?  Rasulullah menjawab tidak, masa itu mereka ramai, tapi ramainya macam buih di laut. 

Sebab di waktu itu umat Islam di timpa dua penyakit iaitu cinta dunia dan takutkan mati . Rupanya Rasulullah memberi panduan bahawa umat Islam menjadi lemah bagaikan buih di lautan bukan kerana tidak cukup subsidi, tidak dapat tender, tak dapat projek atau tidak dapat AP dan macam-macam lagi tetapi kerana 2 penyakit yang sudah menjadi wabak dan berakar umbi iaitu cinta dunia dan takut mati. 



Kita kena ingat bahawa syarat ini ialah untuk umat Islam, kerana Tuhan hendakkan umat Islam membangun dan selamat di dunia dan akhirat dengan menggunakan formula Tuhan. Sedangkan orang bukan Islam tidak perlukan Tuhan dan Rasul untuk membangun kerana mereka tidak dijanjikan keselamatan di akhirat . Walau setinggi manapun kemajuan dan kecemerlangan yang mereka perolehi di dunia tetapi ia tidak berkekalan. Di akhirat nanti akan menemui kegagalan abadi selamanya. Apakah kita ingin senasib begitu? 



Apa yang dimaksudkan di sini ialah umat Islam hari ini nak kuat, nak maju, nak membangun tamadun, nak cemerlang, gemilang dan terbilang tapi tidak bermula dengan cintakan akhirat, padahal cintakan akhirat itulah yang akan membawa kemajuan. Beerti side effect kepada cintakan akhirat ialah kemajuan. Bagaimana hal ini relevan untuk berlaku? 



Sebenarnya apabila umat Islam sudah cintakan akhirat, cintakan mati, nak mendapat tempat isimewa di akhirat, tentulah melalui agama. Tapi untuk mendapatkannya mestilah diberi ilmu, di beri minda supaya faham. Kalau tidak, orang yang mendapat kesedaran beragama akan beranggapan untuk cintakan akhirat kena solat banyak, wirid banyak, zikir banyak, baca Quran banyak, umrah banyak, akhirnya umat jadi beku dan jumud pula. 



Jangan fikir cinta akhirat itu ialah banyak ibadah. Itu hanya habluminallah (hubungan dengan Allah) sedangkan agama ada 2 aspek, iaitu hubungan dengan Tuhan (حبل من الله) dan hubungan dengan manusia. (حبل من الناس).



Kalau begitu apakah formula untuk mengeluarkan umat Islam daripada kehinaaan? Umat Islam kena betulkan semula formula atau kaedah keluar dari kehinaan, kemunduran, kelemahan. Umat Islam kena ubah stratigi iaitu cinta akhirat dan sukakan kematian . 


Hubungan dengan Tuhan hanyalah satu sedangkan kalau habluminannas (hubungan sesama manusia) itu banyak. Beerti kalau diusahakan banyak hubungan dengan manusia beerti kemajuan dengan sendirinya akan terbangun. 

Bagaimana ia berlaku? Menegakkan agama melalui hablumminannas beerti menggalakkan manusia berkorban, kerjasama, bersatupadu, berkasih sayang, bertolak ansur dan sebagainya. Kalau berlaku begitu maju atau tidak umat ini? 

Yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam nak maju termasuk orang Melayu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan akhirat. Bila tidak dikaitkan dengan Tuhan, kemajuan itu merangsang tamak, sakit hati, jatuh menjatuhkan. Ini yang silap. Umat Islam nak maju dan membangun tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan. Akhirnya orang fikir kemajuan tapi akhirnya membawa ke diri. 

Kita berslogan mari membangun, mari berkorban tapi untuk diri. Sebab itu kita tidak boleh maju. Kita sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri belum lagi untuk bangsa, negara dan agama. Sebenarnya agama itu kalau di fahami, tidak payah sebut maju, maju itu akan datang sendiri.Hasil daripada cintakan akhirat maka side effectnya ialah kemajuan. 

Akibat nakkan kemajuan untuk diri, maka akan timbullah tamak haloba, gila pangkat dan kuasa akhirnya berlakulah jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kalau begitu jangan mimpilah nak ajak berkorban, bekerjasama demi untuk membangun dan berkemajuan. Sebenarnya kemajuan itu ialah side effect daripada orang yang beragama. Tetapi sekarang kita nak ajak orang Melayu maju tapi tidak guna agama, akhirnya bila dapat kemajuan pula jadi sombong , mula nak jatuh menjatuhkan satu sama lain pula. 

Jadi sebenarnya kita tidak payah sebut maju, hakikatnya bila beragama betul-betul maka akan lahirlah kemajuan . Tapi kalau tiap-tiap hari sebut maju cemerlang, gemilang terbilang tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan kesan daripada kemajuan itu sangat rosak dan merosakkan. Bila kita dapat projek orang tidak senang, orang dapat kita tidak senang pula. Formula nak maju begini tidak betul, nak maju itu kena cintakan akhirat, kena berkorban, jadi majulah.Tak perlu sebut maju. Bangunkan habluminallah dan habluminannas maka akan lahirlah kemajuan. Macamlah orang yang nak anak tapi dia tidak mahu kahwin boleh ke? 

Begitulah kemajuan, fahamkan agama dengan betul, bila di amalkan maka anak daripada hasil agama ialah kemajuan. Hari ini bila pemimpin dah jahil, dah tidak faham, bersidanglah lima hari lima malam pun, hasilnya orang Melayu tak ke mana, nak maju tapi hanya untuk diri. Cara itu hanyalah untuk diri sendiri bukannya untuk bangsa, sebab ia tidak di kaitkan dengan agama. 

Kalau tidak masakan Rasulullah berkata orang yang paling bijak ialah yang banyak mengingati mati . Kalau begitu marilah kita lancarkan satu resolusi baru, yakni Dasar Cintakan Akhirat. Maka bijaklah umat ini apabila telah kembali ke landasan sebenar menjadikan Tuhan dan Rasul sebagai rujukan utama dalam memperkasakan ummah. Maka side effect daripadanya akan terbangunlah kemajuan yang selamat lagi menyelamatkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N