Langkau ke kandungan utama

KEBENARAN ITU AJAIB DAN HEBAT.

KEBENARAN ITU AJAIB DAN HEBAT.



Abuya membuka model perkampungan Islam yang berada di beberapa tempat di seluruh negara. Iaitu didalam perkampungan tersebut yang melagang Islam is the way of live. Sebelumnya Abuya membuka markaz-markaz terlebih dahulu untuk memudahkan masyarakat bertemu Abuya.  Markaz adalah tempat tumpuan awal masyarakat mengenali perjuangan Abuya. Ketika itu Abuya mempunyai 158 buah markaz. Markaz pertama dibuka pada tahun 1968 di Kampung Dato Keramat Kuala Lumpur.



Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Kini setelah umur perjuangan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi menjangkau usia 48 tahun. Pengaruh perjuangan Abuya telah melebar hampir keseluruh dunia dengan pembangunan rohani dan tamadun material. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang. Kalau bukan era kebangkitan semula Islam yang dijanjikan melalui lidah Rasulullah SAW masakan perjuangan Abuya yang berat ini sempat berumur hampir 1/2 abad lamanya. Ya Allah sesungguhnya Dikaulah Tuhan yang layak menerima sembah dan syukur yang tidak terhingga dan tidak terkatakan atas nikmat kebenaran ini.



Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni. Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi membimbing hati kita untuk memiliki kebenaran. Kebenaran yang datang daripada Tuhan bersifat universal. Keindahan Islam pasti menawan hati sesiapa sahaja sekalipun yang bukan Islam.


Bagi Abuya, negara dan empayar Islam hanya akan tertegak bila ada tapaknya. Tapak bagi empayar ialah negara, dan tapak bagi negara ialah masyarakat Islam. Abuya Imam Ashaari At Tamimi yakin, untuk mehirkan negara Islam perlu dahulu wujud masyarakat Islam dalam ertikata yang sebenarnya. 


Masyarakat Islam ialah masyarakat yang setiap individu manusia didalamnya secara mejoritinya mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang syumul. Mereka menjadi hamba Allah yang sangat patuh dan taat kepada Allah lahir dan batin. Mereka berjaya menjadikan hidup mereka hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sebagai khalifah Allah di bumi ini. Hanya masyarakat Islam yang telah mendapatkan Allah dengan mata hati benar-benar sanggup menjadi hamba dan KhalifahNya. Dari kelompok yang telah terbangun jiwa tauhid atau roh tauhidnya menyerahkan seluruh jiwa raganya untuk Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar kenal Allah.



Abuya membimbing kita mengenal Allah dengan mata hati. Cara mengenal Allah di peringkat hati atau roh ia juga dikatakan jiwa tauhid atau roh tauhid. Mereka yang memiliki jiwa tauhid, iman diperingkat ini ia adalah iman yang kukuh dan teguh. Alhamdulillah, kita tidak pernah gagal dalam menghadapi musuh lahir. Tetapi terhadap musuh batin, sedikit saja daripada kita yang berjaya. Jadi, bagi kita yang sudah dapat kebenaran, iaitu benar-benar mengenal Allah pada peringkat akal, hendaklah kita usahakn sungguh-sungguh supaya kita dapat mengenal-Nya dengan mata hati pula. Ertinya, hendaklah kita usahakan untuk memiliki iman ayan. 


Apabila ibadah-ibadah atau wirid dan zikir kita berbekas pada hati, akan lahirlah sifat-sifat sabar, redha, zuhud, senang melaksanakan syariat, mudah menjauhi larangan, tak takut berhadapan dengan ujian dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan membentuk peribadi mulia, cantik dan hebat. Inilah kesan daripada banyak bermujahadah dengan nafsu dan syaitan di samping banyak beribadah. Dengan itu janganlah kita melakukan ibadah-ibadah itu semata-mata kerana hendakkan fadhilatnya sahaja. Kita perhatikan betapa orang yang hanya mengharapkan fadhilat sanggup berwirid dan berzikir beratus-ratus ribu kali tetapi wirid zikirnya itu tidak memberi kesan kepada jiwanya. Akibatnya, peribadinya tidak berubah.


Amalan umpama ubat merawat jiwa. Sebab itulah dalam kita melakukan ibadah-Ibadah yang benar-benar kita faham dan mampu melakukannya. Katalah kita tidak mampu memperbanyakkan sembahyang sunat kerana letih dan sebagainya. Kita boleh banyakkan doa atau wirid atau zikir. Kemudian kita amalkan benar-benar hingga terasa ke dalam jiwa atau rohani kita. Kita bersyukur ke hadrat Tuhan atas rahmat dan nikmatnya yang menizinkan kita terus bersama perjuangan Islam ini. Namun rasa syukur itu tidak sempurna tanpa berterima kasih sesama manusia. :

Ù…َÙ†ْ Ù„َا ÙŠَØ´ْÙƒُرُ النَّاسَ Ù„َا ÙŠَØ´ْÙƒُرُ اللَّÙ‡َ

Yang bermaksud : “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah” (Hadis riwayat Abu Daud, At-Tirmizi {beliau berkata hadis ini hasan shahih} dan Ahmad).


Justeru itu, marilah kita mengucapkan rasa penghargaan kepada guru mursyid kita juga sebagai pemimpin kita yang memandu dan memimbing perjalanan hidup dan diberikan peluang berjuang besama-sama. Kepada individu-individu yang mendorong serta seluruh masyarakat yang Islam dan bukan Islam telah membantu memeriahkan sama perjuangan  
yang hampir menjangkau setengah abad ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N