Langkau ke kandungan utama

BANGSA KURDI ATAS NAMA ISLAM PERNAH CEMERLANG.

CIRI-CIRI BANGSA YANG CEMERLANG.
 

Islam hanya akan dapat tegak dan kuat dalam peribadi kita dan dalam masyarakat kerana adanya iman yang kuat. Tanpa iman yang kuat, Islam hanya akan menjadi simbol-simbol lahiriah yang diamalkan hanya sebagai tradisi dan kebiasaan semata-mata. Sebaliknya, dengan iman yang kuat akan lahir peribadi yang benar-benar kuat dan Islami.Islam adalah amalan lahiriah, iman adalah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, amalan Islam pasti kuat. 


Tetapi kalau sekedar amalan Islam yang yang kuat, belum tentu imannya kuat. Hal ini harus diperhatikan. Jangan sampai kita menjadi orang yang kuat beramal saja tetapi lemah imannya. Sebaliknya, jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. Allah menjanjikan berbagai kemuliaan hanya bagi orang-orang yang beriman dan beramal. Iman yang kuat lahir peribadi yang cemerlang.

Firman Allah SWT:

“Demi waktu, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh” 
(QS Al ‘Asr 1-3)
 

Tidak cukup jika kita mahu orang Melayu manfaatkan seluruh jentera yang telah disediakan oleh kerajaan, digerakkan NGO segera dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum itu agar tidak ketinggalan menjelang tahun 2020. Ekonomi orang Islam supaya setaraf dengan kaum lain perlu digerakkan serta-merta secara komprehensif. Kerisauan  kebimbangan pemimpin negara ialah Malaysia menjadi negara maju tetapi orang Melayu menjadi kelas ketiga dalam negara sendiri di belakang kaum Cina dan India,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Ciri-ciri Bangsa yang Cemerlang itu tidak kira apa bangsa, mereka yang berjaya dan cemerlang memiliki sekurang-kurangnya lima ciri asas:
1.Rajin 
2.Berani 
3.Sabar 
4.Bertanggungjawab 
5.Kreatif

Lima ciri di atas adalah natijah atau buah dari berjiwa besar. Siapa saja yang berjiwa besar automatik akan mendorong dan merangsang mereka untuk memiliki ciri-ciri di atas. Saiz jiwa manusia, yakni kuat atau lemah, kecil atau besar boleh diukur sejauh mana mereka memiliki lima ciri-ciri di atas. 


Manusia yang berjiwa lemah, masalah yang kecil dan remeh dirasainya amat besar dan sukar. Urusan yang mudah dan ringan dirasai sebagai susah dan beban yang berat. Sebaliknya mereka yang berjiwa besar urusan yang sukar dirasai mudah dan ringan. Masalah yang berat dan besar dihadapinya seolah-olah tiada masalah.


Besar atau kecilnya jiwa sesuatu bangsa itu ditentukan oleh besar atau kecilnya cita-cita mereka. Bangsa yang bercita-cita kecil, jiwa pun turut kecil dan lemah. Bangsa yang bercita-cita besar maka jiwanya juga adalah besar.
Beberapa kategori cita-cita manusia:

1.Cita-cita dan matlamat memenuhi keperluan atau kemahuan diri dan keluarga 
2.Cita-cita untuk etnik atau kampung. 
3.Cita-cita instituasi atau kumpulan. 
4.Cita-cita negara 
5.Cita-cita bangsa 
6.Cita-cita agama 
7.Cita-cita dan matlamat Tuhan


Semenjak zaman berzaman bahawa bangsa yang memiliki cita-cita kategori ketujuh iaitu cita-cita dan matlamat Tuhan adalah bangsa yang memiliki jiwa paling besar. Tidak ada bangsa lain yang mampu melawan yahudi kerana mereka yang paling besar jiwanya kecuali para rasul serta pengikutnya yang memperjuangkan Tuhan.


Bangsa Arab dan Bangsa Kurdi pernah berjaya membangun empayar bukan atas nama bangsa masing-masing tetapi atas nama Tuhan dan Islam. Sultan Salahuddin al-Ayyubi, menempati ruang tersendiri di hati umat Islam. Dialah panglima Islam terkenal dalam Perang Salib. Beliau telah berjaya mendapatkan kembali Baitul Maqdis. Insya Allah sekali lagi umat Islam akan menjadi empayar apabila benar-benar berjuang atas cita-cita dan matlamat Tuhan. Inilah janji Rasulullah kepada umat Islam di akhir zaman. Bangsa Melayu jika ingin mengulangi kecermelangan bangsa Arab dan Kurdis, mestilah benar-benar berjuang atas cita-cita dan matlamat Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N