Langkau ke kandungan utama

WAJAH INSAN BERWATAK HAIWAN.

Manusia lebih kejam daripada binatang.


Dunia Barat hanya menumpukan pembangunan material (lahiriah) semata. Begitu juga umat Islam yang tidak takut Tuhan sama seperti kehidupan orang kafir, lahirnya wajah manusia tetapi kehidupannya lebih dahsyat daripa haiwan. Ini kita dapat lihat pemimpim Islam tetapi memperjuangkan LGBT. Sedangkan kehidupan haiwan tak berlaku begitu.Hasilnya lahirlah satu tamadun manusia yang canggih teknologinya tetapi hilang fitrah kemanusiannya bahkan lebih jahat dari haiwan. Nafsu telah mengambil peranan Tuhan. Nafsu menjadi matlamat hidup. Inilah hasil pembangunan oleh barat, yang diagung-agungkan oleh hampir seluruh umat manusia!.


Dunia telah menyaksikan bagaimana di zaman moden dan pencapaian manusia dengan teknologi yang tinggi tetapi ada tamadun manusia lebih dahsyat daripada binatang. Contoh dapat dunia saksikan apa yang berlaku di Myanmar atau nama lain Burma. Melayan etnik lain lebih dari binatang. Ertinya seluruh watak haiwan terhimpun dalam diri manusia tersebut.


Agama Islam yang menggabungkan usaha lahir dan batin. Taqwa adalah usaha bersifat maknawi. Di sinilah membezakan manusia dengan haiwan. Haiwan hanyak kegiatan lahir sahaja,seperti makan minum,tidur, rehat,kahwin, bergaduh dan sebagainya. Tidak ada kegiatan rohani. Sebab itu Allah perintahkan manusia solat kerana melalui amalan solat adanya hubungan zahir dan rohani dengan Tuhan. Adanya amalan doa kerana disitu sangat rapat hubungan hati manusia dengan Tuhan. Waktu itu manusia meluahkan perasaannya kepada Tuhan. Allah sangat rindukan rintihan hamba kepadanya.


Disinilah Tuhan menetapkan kita berusaha untuk melahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir kita hanya bernilai 10%. Sedangkan usaha Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak menganggap sebagai satu usaha. Namun disisi Tuhan taqwa adalah usaha bersifat maknawi, bersifat tersirat, yang bernilai 90% dan sangat besar nilainya disisi Allah taala.


Apabila umum Umat Islam aqidahnya cukup makan, mereka tidak akan takut kepada Tuhan . Hanya mereka sekadar percaya adanya Tuhan, sahlah mereka menjadi orang Islam,tetapi mereka tidak akan takut dengan Tuhan, Tuhan itu tidak dirasakan hebat dan segala-galanya buat insan.


Kalau mereka tidak takutkan Tuhan, Tuhan anggap mereka jahat dan melakukan penzaliman. Maka wajah mereka bersifat insan, watak mereka haiwan.Ada berwatak ular, mematuk dan membelit; ada yang berwatak babi, menyungkor dan memakan kekotoran; ada yang berwatak buaya, menyambar dan menelan; ada yang berwatak harimau, menerkam dan membaham. 


Ada yang berwatak biawak memakan bangkai dan menjilat; ada yang berwatak beruang, mengoyak dan mencakar; ada yang berwatak serigala, menggigit dan memakan. Ada yang berwatak lintah, menghisab darah; ada yang berwatak lipan, menyegat orang. Ada yang berwatak anjing, menyalak dan menggigit. 


Begitulah seterusnya, berwatak lain-lain binatang. Kalaulah terjadi berbagai-bagai jenis binatang berada dalam satu kandang,cubalah bayangkan! Kita akan mendapat jawapan, sungguh mengerikan.
Begitulah insan-insan tadi yang berwatak berjenis-jenis binatang, berada dalam sebuah negara. 


Semua orang mendapat kesusahan, tabiat dan perangai masing-masing menyusahkan.Begitulah yang terjadi pada hari ini, semua golongan sudah zalim dan curang, daripada rakyat jelata hingga ke pemerintah, maka terjadilah kehidupan sudah tidak ada keamanan.
Inilah yang Tuhan gambarkan dalam Al Quran, lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan hasil usaha tangan manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N