Langkau ke kandungan utama

KEMENANGAN ERA UMMAH

IJANJI ALLAH TERLALU HAMPIR


( Abuya bersama ketua Kabilah Syeikh Syammar ).
( Raja Salaman dan Putera Mahkota Arab Saudi ).

( Abuya besama ketua kabilah Syekh Syammar ).


( pada 19 November 2017 berpeluang  menziarahi Masjid Kapung Hulu Negeri Melaka ).


Jalan-jalan untuk mengimbau zaman kanak-kanak. Tahun 1971 ketika di Kampung Hulu Negeri Melaka. Abuya mengirim anaknya ke kampung tersebut supaya  banyak habiskan masa  dengan masyarakat yang sudah dikenal pasti. Mereka dikalangan masyarakat yang menerima dakwah Abuya. Berkenalan dengan rakyat tempatan. Bayangkanlah, dihantar di satu tempat yang kita tak biasa, memang begitulah cabaran dan terasa seksa kalau tak reti bergaul dengan orang. Dan sebab inilah  jiwa boleh jadi kental bagi sesetengah orang. Sampai adalah kaedah ISA rasa berkesan untuk memulihkan seseorang.Tapi bagi Abuya, ISA bukan masalah. Satu fasa dalam perjuangan dan kehidupan yang mesti ditempuhi untuk menjadi pejuang yang matang dan kental.
.

Panduan yang telah Abuya kongsikan dengan keluarga dan anak-anak muridnya telah banyak berlaku yang kita saksikan. Sama ada ia berlaku diperingkat dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh perang telok berpanjangan Islam pasti gemilang, sudah pun dibukukan. Rafidah dan mubtadiah saling bergaduh hingga berlaku peperangan. Contoh Arab Saudi berperang dengan Syria sekarang. Akan berakhirnya empayer wahabi yang di terajui oleh Arab Saudi,lebih-lebih lagi dengan kejadian perpecahan dikalangan kerabat di raja Arab Saudi yang sedang berkuasa. 


Putera Mahkota Raja Salman yang baru naik takhta telah menangkap kerabat di raja sebelum ini.Pertama kali setelah satus tahun wahabi memerintah membenarkan Ahlul Bait bergerak bebas
di Arab Saudi.Rasulullah dan Ahlul Bait nama mereka disebut-sebut kembali, contoh dengan berkumandangnya "selawat perdana"  di Putrajaya,kemudian keseluruh negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Program  "selawat perdana"  yang rancak berjalan di Malaysia. Di luar
Negara contoh Negara Arab Saudi pertama kali setelah hampir seratus tahun tidak membenarkan maulid Nabi tahun 2017  pertama kali di benarkan buat maulid Nabi.


Negeri Melaka juga tidak ketinggalan menganjurkan selawat perdana. Pada 20 September 2017 saya melawat Masjid kampung Hulu di Negeri Melaka. Saya berkongsi dengan Syeikh Salahuddin atau panggilan Syeikh Hud tentang dakwah Abuya di Negeri Melaka. Masjid kampung Hulu juga pernah meriah dengan maulid nabi dan program pengajian Abuya. Melaka adalah negeri awal yang Abuya lakukan program dakwah. 


Setiap kali Abuya ke Negeri Melaka Abuya akan ziarah kawan lamanya yang menjadi imam di masjid kampung Hulu Melaka. Nama beliau ialah ustaz Ahmad.Semasa saya berumur awal belasan tahun sering menjadikan kampung Hulu tempat berkumpul pelajar-pelajar yang pernah Abuya kirim ke Pondok Pengajian Baling. Rindunya dengan program maulid ada dikalangan murid Abuya sanggup berjalan kaki daripada rumahnya ke markaz Abuya semata-mata untuk pergi ke program maulid sejauh lima kilometers. Perkara ini dikongsikan oleh Syeikh Salahuddin atau panggilan Syeikh Hud.


Kini kampung  dan masjid Hulu Melaka tersebut menjadi tempat kunjungan pelawat dalam dan luar negara. Masjid Kampung Hulu, Melaka, ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia dan dijadikan salah satu bangunan warisan sejarah oleh pemerintah Kerajaan Malaysia. Dan kini menjadi salah satu ikon wisata Melaka. Masjid Kampung Hulu Melaka ini menjadi masjid tertua di Malaysia yang masih menjalankan fungsinya dengan baik. Di dalam perkarangan masjid terdapat makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap sebagai Wali.


Masjid Kampung Hulu di Melaka masih berdiri di tempat asalnya sejak pertama kali didirikan. Masjid ini berada di jalan Masjid Kampung Hulu dan jalan Masjid. Berada dikawasan pusat komersial tua kota Melaka.  Karena jaraknya yang tidak jauh dari Jonker street (disebut juga Jonker walk atau Jalan Hang Jebat) kawasan yang sangat terkenal di Melaka, maka anda yang sedang berada di kawasan itu dapat menuju masjid ini dengan berjalan kaki.


Abuya ada kongsikan di mana Abuya telah berkata dan sentiasa mendoakan supaya Tun Mahathir diberikan hidayah dan menjadi seperti Abu Sufyan ke dua. Abu Sufyan R.A., ketika sebelum futuh Mekah telah bertemu Baginda saw dan Islam di depan baginda Nabi saw. Kemudian pulang dia ke Mekah membawa misi Nabi Muhammad saw yang tiada siapa pun di Mekah tahu melainkan Abu Sufyan sahaja.


Pulanglah Abu Sufyan ke Kota Mekah lalu dibuat satu pengisytiharan, siapa yang masuk ke 
rumahnya akan selamat. Umumnya penduduk Mekah ketika itu dalam ketakutan dan kebimbangan 
kerana Nabi Muhammad saw dan para sahabat seramai 10 000 orang dalam per -jalanan ke 
Kota Mekah, dan menunggu masa untuk masuk ke dalam nya.Ketakutan dan kebimbangan itu ialah, 
mereka mengandaikan bahawa umat Islam akan membalas dendam kepada mereka atas perbuatan melampau mereka yang lepas. Perasaan itu Allah campak kan ke dalam hati mereka dan semakin kuat dan semakin kuat.


Tanpa di sangka, Abu Sufyan dengan lantang bersuara bahawa siapa yang ingin selamat (daripada umat Islam) masuk ke rumahnya. Sebahagian besar berlindung bersamanya, namun ada juga yang lari ke bukit-bukit berhampiran. Sambil melihat dan meninjau pergerakan Nabi saw dan para sahabat. Nabi Muhammad saw dan para sahabat memasuki Kota Mekah tanpa pertumpahan darah, dan ini mengejutkan penduduk jahiliah Mekah. Sangkaan mereka meleset. Nabi dan sahabat melakukan umrah dan menghancurkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah. Terjadilah sejarah besar buat umat Islam, penduduk Mekah beramai-ramai memeluk Islam.

Doa Abuya buat Tun Mahathir.

Dunia mengetahui di tangan Mahathir jemaah Abuya di hancurkan, imej Abuya dicalarkan, difitnah dan diburukkan. Tapi sudah menjadi akhlak orang soleh, musuh didoakan kebaikan.Abuya berdoa agar 
Tun Mahathir berperanan seperti Abu Sufyan. Maka mereka yang mendengar kata-kata Abuya ini terbahagi kepada beberapa golongan. Para intelijen negara berusaha ke arah itu, memberi nasihat dan dorongan agar berlaku kebenaran kata-kata Abuya ini, supaya mengelakkan perkara buruk berlaku. Bukan intelijen negara jika tidak boleh membaca beberapa tahun ke hadapan. Namun pandangan orang Soleh lebih dahsyat, sehingga Nabi berpesan "Takutlah dengan firasat orang mukmin! Kerana mereka melihat dengan cahaya Allah swt." Ada juga yang menunggu bila terjadi, tak kurang juga tidak mempercayai selagi belum terjadi, yang mentertawakan pun tak kurang juga.

DARI ERA TOIFAH KEPADA ERA UMMAH.

Apa yang Abuya perkatakan kejadian dalam negeri semuanya sudah berlaku. Ertinya kita telah dibawa oleh Abuya ke era yang lebih mencabar iaitu era ummah.Sepanjang sejarah perjuangan kebenaran yang diperjuangkan oleh Allah dan rasul-rasul-Nya serta para mujaddidnya, ia penuh dengan ujian dan nikmat. Tidak nikmat saja dan tidak ujian saja. Duadua serentak supaya para pejuang sentiasa diimbangkan oleh rasa sabar dan rasa syukur. Perjuangan kebenaran sepanjang masa Ada ‘check and balance’ dalam jemaah Tuhan. Menurut Abuya lagi, memang ada dua aliran fahaman yang saling sesat menyesatkan satu sama di dunia umat Islam waktu ini. Kedua-dua mendakwa merekalah yang benar. 


Menurut Abuya sepohon pokok yang baik, ia tahu musim bila ia akan gugurkan daun-daunnya, bila berdaun semula, bila daun berputik lagi, bila dahan perlu dijatuhkan, ranting ditambah dan lain-lain. Jemaah itu benar atau tidak ditentukan juga oleh faktor kemampuannya mengemaskan diri dari masa ke semasa menurut kaedah yang tepat, masa yang sesuai, langkah yang baik dan orang yang betul-betul kena-mengena dengan persoalan.


Walhal kebenaran dari Allah dan Rasul itu, hanyalah satu dan cukup jelas. Jadi bagi menghadapi kemelut dunia yang sangat rosak dan kronik ini, sesiapa yang betul-betul benar, tentu Allah akan pimpin untuk dapatkan jalan kebenaran (siratalmustaqim) ini dengan selamat tanpa tergugat oleh halangan yang mengganggunya. Sebenarnya Allah menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam apa masalah pun, sekalipun untuk meminta dipanjangkan umur untuk sesiapa yang kita harap agar janganlah dia mati dahulu. Kalaulah ada orang berdoa agar Izrail jangan cabut dahulu nyawa si polan bin si polan dan sekiranya Allah perkenankan, maka samalah seperti Allah izinkan seseorang yang sedang sakit itu memanggil doktor tolong sembuhkannya. 


Padahal kuasa menyembuhkan bukan di tangan doktor. Allah-lah yang merupakan kuasa mutlak untuk melakukan penyembuhan, menghidupkan atau mematikan. Tapi Allah itu meluaskan agama-Nya dengan mengizinkan hamba-hamba-Nya untuk berurusan dengan ‘pegawai-pegawai tadbir’-Nya dalam kerajaan Allah seperti malaikat-malaikat, nabi-nabi, roh-roh ghaib termasuklah makhluk-makhluk lahir. Namun itu semua adalah untuk urusan agama dan kerana Allah. 


Dalam perubatan dan perawatan terutama masalah masalah rohaniah, kejiwaan, sakit mental dan lain-lain yang bukan fizikal, para tabib atau doktor-doktor rohani ini akan menggunakan ayat-ayat Quran dan Hadis-Hadis Nabi. Air doa dengan disandarkan  apa-apa yang baik dari seorang mursyid yang bertaqwa dimintakan doanya itu juga dianggap ada berkat di sisi Allah dan Rasul. Bukan doanya sahaja, hadiah apa pun dari orang yang bertaqwa boleh diterima Allah sebagai sumber doa dan berkat.Sejarah Sayidina Khalid ibnu Walid membawa janggut Rasulullah ke setiap medan perang dan menang adalah bukti bahawa pada Rasulullah itu bukan doanya sahaja, tapi janggutnya pun boleh membuat Allah kabulkan hajat Khalid. 


Seorang mursyid pewaris Rasul boleh juga diperlakukan oleh murid-murid di zamannya sebagai batang tubuh Rasulullah. Kalau anda ragu dengan semua ini, cubalah istikharah, bertanya Allah dan Rasul akan jawapannya. Tawasul adalah kaedah Islam, bagi umat Islam boleh bersandar dan bertawasul kepada orang yang bertaqwa.Mari kita jangan bergaduh tentang masalah ini, tapi kita manfaatkan krisis ini untuk gunakan kaedah bertawasul untuk membangunkan Islam. Siapa yang yakin tawasul itu dibenarkan oleh Allah dan Rasul, silakan bertawasul sampai terhasilnya Islam di tengah masyarakat Islam. Siapa yang tidak yakin dengan tawasul itu pun boleh, silakanlah berjuang dengannya hingga umat Islam menjadi cukup kuat dan berwibawa dengan pembangunan insaniah dan material yang cukup hebat. Mudah mudahan Allah memberi taufik kepada kita semua. 


Ingatlah musuh-musuh Islam sanggup menggunakan sihir dengan segala bala tentera jin untuk menghancurkan Islam, maka tentulah dengan keadilan Allah, Tuhan ada cara untuk membela agamaNya.Allah dan Rasul sahaja yang tahu bagaimana agama-Nya dapat dikembalikan. Ertinya Allah dan Rasul yang memimpin dan menunjuk ajar untuk berstrategi terhadap musuh-musuh agar agama-Nya itu dapat menguasai suasana. Duit pun dari Allah juga. Jangan sangka Allah tidak ada duit bahkan yang Maha Kaya itu ialah Allah. Kenapa tidak manfaatkannya. 


Kita semakin dekat dengan Janji Allah. Marilah sama-sama kita usahakan Iman dan Taqwa. Dunia akan selalu menyesatkan kita, syaitan dan iblis tak penat-penat merosakkan kita. Jagalah Solat, hayatilah Solat, baikilah ibadah kita. Inilah anak kuncinya. Jaga sembahyang di awal waktu. Jaga solat berjemaah. Bina iman anak isteri kita. Kerana selepas ini Allah swt yang lakukan. Kita akan terkejut melihat, namun panduan sudah ada. Abuya dah cerita lama pada kita. Jangan kita rugi, seperti tak pernah mendengarnya. Rugilah kita. Dua kali rugi dari orang biasa. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N