Langkau ke kandungan utama

PEJUANG ROHANI.




PEJUANG AKHIR ZAMAN.
Akhir zaman ini, ramai juga
para pejuang yang berjuang
atas nama dakwah Islam,
tetapi manusia yang memperjuangkannya
semakin banyak melanggar
syariat Islam. Kalau selama ini boleh berkasih sayang setelah rancak berjuang, kasih sayang terbarai. Syariat Islam makin 
banyak yang dilanggar kononnya atas dasar strategi.


Umpamanya, kita semakin semangat berjuang, syaitan tidak akan lepaskan selesa berjuang, dengan dibisikkan ke hati kita teruskan berjuang. 10 bisikan syaitan akan dicelahkan 1 kehendaknya supaya manusia tidak perasan. Licik dan halusnya syaitan mengelirukan manusia. Akhirnya manusia menyimpang daripada kebenaran tanpa disedari.
Guru mursyid kita Abuya Imam Ashaari At Tamimi, memandu kita dengan syariat Tuhan. Jika sekiranya dalam kita berjuang
ada berlaku pelanggaran syariat ertinya syaitan telah berjaya menipu kita atas nama perjuangkan Islam atau berdakwah.


Perjuangan roh boleh memberi kesan kepada jiwa kita, iaitu kita semakin halus dalam berjuang. Dalam Islam kita di ajarkan lahirkan rasa bersyukur kepada Allah dan mengenang budi baik orang kepada kita. Menurut hukama, "orang yang tidak pandai berterima kasih kepada manusia yang berbudi dengan kita, ertinya dia juga tidak bersyukur kepada Allah."


Orang yang ingin berjuang dan berdakwah kerana tidak ada ilmu, semakin berjuang semakin tersasar. Bukan mengurangkan masalah tetapi semakin bertambah. Bertambah-tambah rumit untuk mengatasi gejala sosial di Malaysia yang semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu.


Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah. Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat atau pun negara.


Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat.


Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.


Walaupun krisis dan gejala-gejala negatif seringkali dikaitkan dengan faktor luaran. Ibarat pokok besar telah hidup zaman berzaman
dengan kemampuan hidup
menghadapi cabaran empat
musim. Pada mulanya pukulan ribut, salji dan panas
tidak sedikit pun menggugat
keutuhannya. Tapi akhirnya
pokok besar itu menjadi lemah
 bila ia berhadapan
dengan serangan luar.


Pokok besar tersebut apabila akar tunjangnya dimakan anai-anai, sehingga satu hari pokok 
besar yang  utuh itu telah tumbang dengan hanya sekali pukulan
ribut. Sesetengah pihak menganggap kejadian pokok
itu tumbang disebabkan faktor luaran iaitu pukulan ribut. Tapi pada hakikatnya berpunca utamanya ialah kerana akar 
tunjangnya telah diserang anai-anai.


Menyedari hakikat diatas Abuya membetulkan generasi remaja dari perkara yang asas. Iaitu menjaga akar tunjangnya dengan diberikan baja dan ada masa meletakkan racun agar terselamat dari anasir  anai-anai atau yang seumpama nya. Dalam Islam awal-awal agama mengenal Allah. Ertinya Abuya bina jiwa remaja dengan menanam kan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Begitulah perjuangan Rohani yang membawa manusia kepada Tuhan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N