TEROPONG ROHANI.
Allah SWT telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Menganugerah kan, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan, dan yang mematikan. Allah SWT lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu.
Allah SWT lah yang menentukan nasib makhluk.Allah SWT lah yang memberi bekas (muassir). Selain-Nya semua tidak gagah, tidak lebih besar dan tidak memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak gagah, besar dan hebat dan berkuasa.
Hakikatnya semua makhluk Allah itu tetap dalam genggaman Allah SWT.
Perlu diingat juga bahawa sifat-sifat yang jahat ini sudah wujud bersama lahirnya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarnya. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar. Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti di awal-awal lagi.
Dengan menggunakan teropong rohani atau mata hati. Dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat jahat ini mesti ditumpaskan dan dikikis buangkan melalui proses mujahadatunnafsi. (مجاهدة النفس)B
akhirnya sifat mahmudah atau terpuji dapat diisi dalam hati.
Disinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh atau hati. Mazumah mesti ditumpaskan dan mahmudah dapat disuburkan. Barulah manusia itu kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat diri manusia itu sendiri. Ini kerana nilai diri manusia itu adalah pada roh atau hatinya. Ia jadi penentu yang mencorak kehidupan manusia seluruhnya.
Roh ini dikekal untuk ditanya di Akhirat nanti. Roh inilah yang mukallaf. Ia akan merasai nikmat atau azab. Roh inilah juga yang akan ke Syurga atau ke Neraka bersama jasad barunya.
Ulasan
Catat Ulasan