Langkau ke kandungan utama

SYIAH TARGET MALAYSIA.

PUSAT SYIAH 

AQIDAH MUKMIN. (1).

Ada umat Islam di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang secara sedar menukar aqidah mereka kepada aqidah syiah, wahabi dan sebagainya semata-mata kerana melihatkan golongan yang berpegang kepada aqidah-aqidah itu telah berpengaruh dalam masyarakat, malah sesetengahnya telah menerajui negara.

Justeru itu, Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi melalui pengajiannya yang kita ikuti dalam kelas fardhu Ain di Sungai Penchala Kuala Lumpur telah memandu dan menyuluh kembali aqidah dan pegangan kita agar benar-benar selari dan tepat dengan aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah.

Ia menghuraikan dengan jelas, berdasarkan hujah-hujah aqliah dan naqliah, ciri-ciri aqidah yang sebenar dan kesesatan aqidah-aqidah selainnya.
Gaya penyampaiannya yang mudah dan menyentuh berserta contoh-contoh semasa yang dipaparkan, menjadikan kelas pengajian yang kita ikuti itu istimewa berbanding dengan mana-mana kelas lain yang menyentuh persoalan aqidah (tauhid).

Ia akan membuatkan kita berasa ringan dalam menghayati satu persoalan yang mana penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Dan akhirnya ia akan membawa dan memandu (insya ALlah) kepada satu keyakinan yang kental bahawa aqidah dan pegangan kita adalah sebenar-benar.

SEJAK Islam mula berkembang hinggalah ke hari ini, umat Islam tidak pernah rehat daripada menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu fahaman atau aqidah yang menyeleweng dari aqidah yang sebenar, sama ada yang timbul akibat kejahilan umat Islam sendiri atau yang diasak oleh musuh-musuh Islam secara halus.

Dalam situasi seperti ini melalui kelas pengajian Tauhid yang kita ikuti yang telah disampaikan oleh Abuya Ashaari Muhammad muncul dengan membawa aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang jelas dan mampu diimplementasikan dalam segenap bidang kehidupan termasuk dalam ekonomi, politik, pendidikan, dan sebagainya. Dengan kata lain, beliau membawa fikrah Islamiah yang jelas bersandarkan aqidah yang tepat.

Kehadiran beliau kena pada masanya untuk menyelamatkan aqidah umat Islam seluruhnya agar terbina benteng aqidah yang kukuh dalam diri masing-masing, dan supaya setiap orang dapat membetulkan aqidah yang salah yang menjadi pegangan mereka selama ini.

Tanpa kekuatan aqidah, umat Islam sudah pasti akan terjebak dengan aqidah-aqidah yang sesat sama ada secara disedari atau tidak. Mereka boleh terjebak kepada aqidah qadariah, jabariah, bahai, qadiani, wahabi, syiah dan sebagainya. Aqidah mereka juga boleh rosak kerana menganut fahaman atau isme yang tidak dikaitkan dengan agama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya, yang sudah berkembang luas di seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N