Kita meninggalkan 2018 dan membuka lembaran baru dalam era kebangkitan Islam sekali lagi. Tahun 2019 akan memberikan azam baru kepada kita. Cuaca berubah, musim juga berubah. Rata-rata Negara yang posisinya dilalui oleh garis khatulistiwa sebahagiannya mengalami hanya 2 musim saja, iaitu musim hujan dan musim panas. Sedangkan Negara yang posisinya berada di atas ataupun di bawah garis khatulistiwa, negaranya mengalami "empat musim", iaitu, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.
Bumi ini terbagi menjadi 2 bagian yang mendasar iaitu lautan dan daratan. Seperti yang kita ketahui di daratan terdapat gunung, lembah, dataran, gurun, bukit dan lain sebagainya. Kerana posisi daratan yang melebar di seluruh penjuru bumi, maka posisinya pun juga berbeza-beza. Ada daratan yang posisinya dilalui oleh jalur garis equator atau yang biasa kita sebut dengan garis khatulistiwa dan ada yang posisinya berada di atas garis khatulistiwa serta di bawah garis khatulistiwa. Maka dari perbezaan posisi itu terjadi perbezaan musim yang dialami oleh Negara-negara yang ada di bumi ini.
Bagi negara-negara yang mempunyai empat musim, berubah empat kali. Ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Seperti Jepun mempunyai "empat musim", iaitu, musim bunga(bulan Mac hingga Mei), musim panas(bulan Jun hingga Ogos), musim luruh(bulan September hingga November) dan musim sejuk(bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Bagi negara seperti Malaysia, Indonesia dan seumpamanya hanya ada dua musim iaitu musim panas dan musim tengkujuh.Negara Malaysia juga melalui perubahan politik. UMNO puluhan tahun menerajui kerajaan Malaysia dan kini menjadi pembangkang kerana telah tewas PR14 yang lalu. Anuar Ibrahim hingga ke hari ini melalui jalan sukar untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
Hampir dua puluh tahun yang lepas, Abuya telah berkata dan sentiasa mendoakan supaya Tun Mahathir diberikan hidayah dan berperanan seperti Abu Sufyan ke dua. Abu Sufyan R.A., ketika sebelum futuh Mekah telah bertemu Baginda saw dan Islam di depan baginda Nabi saw. Kemudian pulang dia ke Mekah membawa misi Nabi Muhammad saw yang tiada siapa pun di Mekah tahu melainkan Abu Sufyan sahaja.
Pulanglah Abu Sufyan ke Kota Mekah lalu dibuat satu pengisytiharan, siapa yang masuk ke rumahnya akan selamat. Umumnya penduduk Mekah ketika itu dalam ketakutan dan kebimbangan kerana Nabi Muhammad saw dan para sahabat seramai 10 000 orang dalam perjalanan ke Kota Mekah, dan menunggu masa untuk masuk ke dalamnya.Ketakutan dan kebimbangan itu ialah, mereka mengandaikan bahawa umat Islam akan membalas dendam kepada mereka atas perbuatan melampau mereka yang lepas. Perasaan itu Allah campakkan ke dalam hati mereka dan semakin kuat dan semakin kuat.Tanpa di sangka, Abu Sufyan dengan lantang bersuara bahawa siapa yang ingin selamat (daripada umat Islam) masuk ke rumahnya. Sebahagian besar berlindung bersamanya, namun ada juga yang lari ke bukit-bukit berhampiran. Sambil melihat dan meninjau pergerakan Nabi SAW dan para sahabat.
Nabi Muhammad SAW dan para sahabat memasuki Kota Mekah tanpa pertumpahan darah, dan ini mengejutkan penduduk jahiliah Mekah. Sangkaan mereka meleset. Nabi dan sahabat melakukan umrah dan menghancurkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah. Terjadilah sejarah besar buat umat Islam, penduduk Mekah beramai-ramai memeluk Islam.
Doa Abuya buat Tun Mahathir.
Dunia mengetahui di tangan Mahathir jemaah Abuya di hancurkan, imej Abuya dicalarkan, difitnah dan diburukkan. Tapi sudah menjadi akhlak orang soleh, musuh didoakan kebaikan.
Abuya berdoa agar Tun Mahathir berperanan seperti Abu Sufyan. Maka mereka yang mendengar kata-kata Abuya ini terbahagi kepada beberapa golongan. Para intelijen negara berusaha ke arah itu, memberi nasihat dan dorongan agar berlaku kebenaran kata-kata Abuya ini, supaya mengelakkan perkara buruk berlaku. Bukan intelijen negara jika tidak boleh membaca beberapa tahun ke hadapan. Namun pandangan orang Soleh lebih dahsyat, sehingga Nabi berpesan "Takutlah dengan firasat orang mukmin! Kerana mereka melihat dengan cahaya Allah swt."
Ada juga yang menunggu bila terjadi, tak kurang juga tidak mempercayai selagi belum terjadi, yang mentertawakan pun tak kurang juga.Pertemuan dengan bekas pimpinan Arqam, akhirnya mereka mengakui bahawa selepas 22 tahun menyedari kebenaran Abuya. Takkan generasi sekarang nak tunggu 20 tahun lagi? Dulu masyarakat belum berubah sepenuhnya, bertarik tali. Kini kesedaran masyarakat seolah-olah kesedaran yang sama dilalui ahli-ahli Arqam peringkat awal. Siapa mainkan hati mereka? Siapa proses mereka?
Kita semakin dekat dengan Janji Allah. Marilah sama-sama kita usahakan Iman dan Taqwa. Dunia akan selalu menyesatkan kita, syaitan dan iblis tak penat-penat merosakkan kita. Jagalah Solat, hayatilah Solat, baikilah ibadah kita. Inilah anak kuncinya. Jaga sembahyang di awal waktu. Jaga solat berjemaah. Bina iman anak isteri kita. Kerana selepas ini Allah swt yang lakukan. Kita akan terkejut melihat, namun panduan sudah ada. Abuya dah cerita lama pada kita. Jangan kita rugi, seperti tak pernah mendengarnya. Rugilah kita. Dua kali rugi dari orang awam.
Ulasan
Catat Ulasan