ERA ZAMAN KEROHANIAN.
Era zaman kemuncak kerohanian dimana Rasulullah SAW ada mengisyaratkan, berdasarkan hadis, umat Islam akan berhadapan dengan zaman
kegemilangan diperingkat dunia sebanyak dua kali. Era zaman kemuncak kerohanian yang pertama telah berlalu. Sejak zaman Rasulullah hinggalah salafussoleh selama 300 tahun.
Zaman peringkat pertama boleh dibahagi kepada dua peringkat
iaitu: peringkat pertama, berlaku dizaman Rasulullah dan Khulafa'ur Rasyidin yang dikatakan zaman kemuncak kerohanian. Peringkat kedua,
berlaku dizaman salafussoleh
yang dikatakan zaman kemuncak tamadun.
Era kemuncak kerohanian akan berlaku sekali lagi di akhir zaman iaitu dizaman Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Apakah yang dimaksudkan dengan zaman kemuncak kerohanian? Itulah dimana hati manusia terlalu cinta kepada Allah dan cinta Akhirat. Hati tidak terselit pun dengan cinta dunia walaupun sedikit. Sebab itu mereka telah jual dunia untuk beli Akhirat. Hati bersama Allah dan rindukan Rasulullah SAW.
Apakah yang dimaksudkan kemuncak tamadun? Itulah zaman dimana kemajuan yang telah dicetuskan oleh umat Islam sekitar 300 tahun dari Rasulullah SAW itu masih berjalan di atas syariat atau mengikut Al Quran dan Sunnah.
Masyarakatnya masih baik, ertinya mereka masih mengikut
masih mengikut syarat sah ibadah sebagaimana yang telah selalu kita perkatakan. Maknanya kemuncak tamadun yang mengikut kaedah Islam. Bukannya dikira mengikut secara umum, zaman sekarang pun sudah hebat tamadunnya.
Mereka membangunkan kemajuan material dan sistem
hidup masih berlandaskan syariat. Mereka bangunkan sains dan teknologi ikut cara syariat Islam.
Zaman kemuncak ummah yang kedua berlaku apabila zahirnya Imam Mahdi dan disambung pula oleh Nabi Isa as. Di waktu itu maka akan berlaku serentak,
kedua-duanya sekali zaman kemuncak kerohanian dan zaman kemuncak tamadun. Mereka akan berganding bahu. Kenapa terjadi demikian? Kerana Allah hendak menyempurnakan
agamanya-lahir dan batin. Kedua-duanya berjalan-rohani dan maddiah. Sebab selepas itu dunia ini pasti akan di kiamatkan.

Ulasan
Catat Ulasan