Langkau ke kandungan utama

BERITA GEMBIRA KEPADA PENCINTA KEBENARAN.

BERITA GEMBIRA KEPADA PECINTA KEBENARAN.



Berita gembira kepada para pencinta kebenaran. Sesungguhnya pejuang kebenaran berjaya dapat menarik perhatian sesiapa yang selama ini tidak peduli dengan perkembangan Islam yang kian gemilang. Berjaya mencelikkan akal pemikiran yang tertutup. Dan dapat membetulkan pandangan masyarakat dunia yang terpengaruh oleh media barat yang dikuasai oleh musuh Tuhan. Kita yakin di era kebangkitan Islam ini tidak selamanya kebenaran itu dapat disorok dan dimisterikan disebalik tuduhan-tuduhan. Kerana, sifat misteri itu sangat relatif (mudah berubah). Mungkin sesuatu itu misteri di suatu tempat tetapi tidak di tempat lain. Dan mungkin sesuatu itu misteri di suatu masa tetapi tidak di masa yang lain.

Alhamdulillah, setelah empat puluh lapan tahun perjuangan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, dari 1968 kini 2016. Segala pertanyaan dan tuduhan selama ini, lebih banyak terjawab dengan sikap dan perbuatan. Malah setiap tuduhan yang dilemparkan menjadi baja yang menyuburkan lagi perjuangan Islam. Melalui sikap dan perbuatan menunjulkan akhlak Islam mencelikkan hati manusia. Terbukti perubahan pada lahir fizikal umat Islam di Malaysia.

Firman Allah:

                                                   قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
(Al-A'laa, 87:14).


Ternyata semakin hari semakin meriah gerakan dakwah di Malaysia dan di Timur umumnya. Semakin ramai orang yang faham hala tuju dakwah yang di perkenalkan di era kebangkitan pertama. Bahkan media arus perdana meriah dengan kegiatan dakwah. 

Ini mengingatkan kita perjuangan Rasulullah SAW, ketika di Taip. Pada tahun ke sepuluh kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi saw menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Saidina Zaid Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.

Sesampainya di Taif, Rasulullah SAW bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu campur urusan dakwah ini.
Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat".

Dua orang lagi berhujjah dengan Rasulullah SAW. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini. Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi. "Keluar kamu dari negeri kami ini".

Mereka mengheret Rasulullah SAW keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Rasulullah SAW menolak-nolak Baginda SAW. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling Rasulullah SAW dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda. Saidina Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Rasulullah SAW yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua. Setelah jauh, Rasulullah SAW bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.

Darah mengalir dari badan Baginda. Ketika itu Rasulullah SAW mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaanya pada Allah. Saidina Zaid r.a menceritakan bahawa dia melihat Nabi dengan keadaan yang sangat sedih.

Pada ketika itu, datanglah Malaikat kepada Nabi seraya berkata:-

"Wahai Muhammad, mintalah pada tuhanmu keizinan untuk aku mengambil bukit-bukit di Taif bagi menghempap mereka".

Rasulullah SAW mengangkatkan tangannya sekali lagi. Baginda berdoa, tapi bukan berdoa untuk kehancuran penduduk Taif tetapi kebaikan untuk mereka

"Ya Allah, hidayahkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

Ketika berada di tempat itu, seorang Nasrani melintasi mereka. Nasrani ini sangat simpati dengan keadaan Rasulullah SAW. Dia lalu singgah, mengambilkan air dan bertanyakan khabar mereka berdua. Peluang ini diambil oleh Rasulullah SAW untuk menerangkan risalah Islam. Akhirnya, orang Nasrani ini memeluk Islam. Dialah satu-satunya orang yang berjaya diIslamkan oleh Rasulullah SAW ketika di Taif.

Islamnya Nasrani ini memberi inspirasi kepada Rasulullah SAW untuk mengIslamkan bumi Taif. Perancangan mengIslamkan Taif dan Mekah disusun dan dirancang oleh Rasulullah SAW.

Sejarah menyaksikan Rasulullah SAW berjaya mengIslamkan kota Mekah. Bandar Taif terus menjadi medan dakwah seterusnya. Nabi telah mengutuskan seorang sahabat bernama Abdullah Ibn Abbas ke Taif. Beliau berusaha bersungguh-sungguh berdakwah dan mendidik masyarakat Taif. Akhirnya, bumi Taif berjaya di Islamkan oleh Abdullah bin Abbas. Usaha mengIslamkan bumi Taif berjaya dilaksanakan 12 tahun setelah peristiwa penghalauan Rasulullah SAW dari bumi ini. Abdulllah bin Abbas terus duduk di sini hinggalah kewafatannya.

Firman Allah:

                              وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
(An-Naazi'aat,79:40).

Firman Allah:

                                                         فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An-Naazi'aat, 79:41).

Zaman di mana Islam disalahfahamkan dan fobiakan ini memerlukan pendekatan yang bersungguh-sungguh dan berkesan. Program-program agama yang disiarkan di media massa kini misalnya, perlu dinilai semula keberkesanannya dalam menghadapi persoalan sejauh mana ia mampu menghadapi cabaran kerencaman fikiran dan tanggapan yang pelbagai terhadap Islam. Adakah ia benar-benar berkesan dalam menangkis tanggapan-tanggapan negatif ini atau menambahkan lagi tanggapan tersebut atau lebih parah, menambahkan kekeliruan kepada umat Islam sendiri.

Tanggapan dan tohmahan daripada musuh Islam ini akan terus-menerus dilontar. Hanya umat Islam sendiri yang mampu membuktikan dan menunjukkan kepada dunia bahawasanya Islam adalah suatu agama yang lengkap dan murni serta umat Islam bukan umat yang ganas dan menganjurkan keganasan. Perkara ini hanya boleh dicapai sekiranya umat Islam menunjukkan dalam amalan mereka kemurnian dan kesucian Islam ini sepertimana Rasulullah SAW dan sahabat telah tunjukkan semasa zaman kegemilangan Islam dahulu dengan jalan sabar dan tabah serta tidak meninggalkan solat dan senantiasa memohon doa kepada-Nya.

Setelah segalanya ini dilaksanakan, maka kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. dalam mempertahankan kemurnian dan kesucian Islam. Sekiranya masih lagi tidak dapat diterima dan ditolak, soal hidayah tidak berada di dalam tangan kita, terpulang kepada Allah s.w.t jua sudahnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk. (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.(Baqarah: 45-46).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N