Langkau ke kandungan utama

TUHAN TIDAK BEBANKAN DI LUAR KEUPAYAAN MANUSIA.

TUHAN TIDAK BEBANKAN DI LUAR KEUPAYAAN MANUSIA.

Firman Allah:

                                                 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Al-Baqarah, 2:286).


Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan ujian. Sedangkan Tuhan ciptakan ujian dan Tuhan juga siapkan penyelesaiannya. Berdasarkan ayat di atas apa yang boleh kita faham ialah Tuhan tidak bebankan melainkan dalam diri manusia itu sendiri Tuhan sudah siapkan untuk mengungkai beban itu. Contoh kereta rosak, sedangkan alat-alat baikki ada dirumah. Kita pun tunggu dekat kereta yang rosak, sedangkan pada kita juga Tuhan bekalkan ilmu dan alat baikkinya ada tersimpan di rumah. Selagi kita tidak bergerak pulang kerumah mengambil peralatan membaikinya selama itu kereta tetap rosak, kita pun mengatakan ini ujian. Tuhan sudah bekalkan pada diri kita ilmu dan cara atasinya. Kalau kita tidak ada ilmu untuk membaikinya, bengkel kereta mudah didapati di negara kita. Ertinya masih ada jalan penyelesaiannya. Semuanya telah Tuhan persiapkan pada diri manusia. Terpulang pada kita hendak berbuat atau tidak.


Contoh lain manusia takut miskin, terus mengatakan ini ujian dari Tuhan. Sedangkan Tuhan juga yang timpakan miskin keatasnya. Tuhan juga sediakan jalan keluar dari kemskinan itu. Tuhan beri ilmu pada manusia bagaiman hendak  berbuat sesuatu. Tuhan juga siapkan tenaga pada diri kita untuk boleh berbuat. Tinggal terpulang pada kita hendak manfaatkan ilmu yang ada dan gerakkan tenaga yang Tuhan anugerahkan pada diri kita. Tetapi dengan ilmu yang ada tidak di manfaatkan dan tenaga yang ada tidak di gerakkan bagaimana kita katakan ini ujian. Sedangkan Tuhan datangkan masaalah dan ujian beserta jalan keluarnya sekali. Mereka takut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Mereka takut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atau hilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulaukan dan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya, sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.


Sebenarnya, yang malas itu ialah nafsu. Malas salah satu sifat mazmumah. Kita kena bermujahadah untuk mengatasi sifat malas. Bila sifat malas terus di suburkan, syaitan dan nafsu terus meniti dan gunakannya. Beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia perlukan sifat rajin. Sebab itu orang mukmin disebut, "menjadi Rahib dimalam hari dan menjadi pejuang disiang hari". (الرهبان بالليل والفرسان بالنهار).
Sehinggakan dalam Islam solat atau sembahyang berbagai cara dan peringkat di ajarkan. Ketika sihat caranya seperti biasa, ketika sakit dan ketika suasana gawat dalam peperangan juga ada diajarkan cara melakukan solat.


Kita sedar dan tidak perasan. Sepatutnya akal itu jadi penasihat. Tetapi apabila nafsu telah mengambil alih peranan akal secara tidak sedar, kita akan dengar dan terima nasihat nafsu. Akal akan digunakan untuk mengiakan kehendak nafsu. Highway atau jalan masuk bagi syaitan untuk menyesatkan kita ialah melalui nafsu. Kalau nafsu tidak terkawal dan tidak terdidik maka luaslah jalan masuk bagi syaitan. Jalan-jalan syaitan ialah sifat-sifat mazmumah seperti pemalas, pemarah, sombong, ego, bakhil dan sebagainya.


Hendak mendidik nafsu bukan mudah. Nafsu pernah angkuh dan sombong dengan Tuhan. Dia pernah berkata pada Tuhan: "Engkau-engkau, aku-aku." Dia pernah direjam seribu tahun dalam neraka. Nafsu hanya takut dengan Tuhan. Dia tidak takut dengan makhluk. Untuk mendidik nafsu, hendaklah kita berbicara dengannya. Katakan pada nafsu begini: "Hai nafsu! Aku tahu engkau itu jahat. Tapi kalau Allah tolong aku, engkau pun aku boleh hadapi. Walaupun aku ini tidak tahan diuji, tapi kalau aku diuji aku akan berserah sahaja kepada Tuhan."


Oleh itu, hendak mendidik nafsu, kita perlu ada rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Kita perlu bersandar kepada kehebatan dan kekuasaan Tuhan. Kalau rasa-rasa ini tidak ada, maka tidak ada apa yang akan dapat mendorong dan menahan atau menghalang nafsu. Rasa cinta pada Tuhan itu akan mendorong nafsu supaya menjadi tenang dan jinak. Rasa takut dengan Tuhan pula akan menahan nafsu dari menjadi terlalu rakus, liar dan tidak terkawal.




Nafsu kalau tidak dididik, diuji, ditekan, dikekang dan di-sakitkan, dia akan berbunga. Kemudian dia akan berbuah. Buah nafsu ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah seperti sombong, angkuh, megah, riak, pemarah, jahat sangka, tamak, hasad dengki, panas baran, bakhil dan lain-lain lagi.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi subur dan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat dan nafsu hanya akan tunduk melalui ujian dan kesusahan. Itulah hikmah Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan iman dan melemah-kan nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayang Tuhan.

Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan berkata: 'Kami telah beriman sedang kamu tidak diuji lagi." (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri. Cara untuk membaiki diri ialah dengan bermujahadah dan dengan melalui berbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah.

Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang berat ataupun ringan. Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya hubungan kita dengan Tuhan. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, ujian yang berat dirasakan ringan. Orang yang lemah hubungannya dengan Tuhan, ujian yang ringan pun terasa berat.


Ujian adalah untuk orang baik dan juga orang jahat. Untuk orang beriman dan tidak beriman atau lemah iman. Malahan orang baik dan beriman lebih banyak diuji dan lebih berat pula ujiannya. Para nabi dan rasul adalah mereka yang paling berat diuji. Kemudian para wali dan orang-orang soleh. Kemudian orang-orang awam lain mengikut peringkat iman yang ada pada mereka. Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka. Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosa mereka. Kalau pun mereka bertaubat, belum tentu diterima taubat mereka itu tetapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa-dosa mereka sekiranya mereka sabar dan redha.


Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian, kesusahan dan pen-deritaan. Jalan ke neraka pula penuh dengan kesenangan dan nikmat. Justeru itu, menempuh dan menjalani ujian dan kesu-sahan dari Allah menjadi syarat untuk ke syurga. Ada riwayat di dalam hadis seperti berikut:


Setelah Allah mencipta syurga dan neraka, maka Allah perintahkan para malaikat pergi melihatnya. Sekembali para malaikat, Allah bertanya apa pendapat mereka. Malaikat menjawab: "Tidak akan ada manusia yang akan masuk neraka kerana siksaannya sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia akan masuk syurga kerana nikmat di dalamnya sungguh indah".


Allah Taala kemudian memerintah para malaikat untuk melihat untuk kali kedua. Sekembalinya para malaikat, Allah bertanya sekali lagi apa pendapat mereka. Kali ini malaikat menjawab: "Tidak akan ramai manusia yang dapat masuk ke syurga. Ramai manusia akan masuk neraka. Kerana syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang sungguh menyakitkan dan menyusahkan; dan neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang seronok, indah dan mengasyikkan."

Oleh itu, kalau kita diuji, itu tanda Tuhan telah meletakkan kita di atas jalan menuju ke syurga. Kita patut banyak-banyak bersyukur. Kalau Tuhan biarkan kita lalai dan berfoya-foya dan bergelumang dengan dosa dan noda, itu tanda kita sedang berada di atas jalan menuju ke neraka. Kita patut cepat-cepat sedar dan bertaubat.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah kerana Tuhan. Fitrah rasa puas kalau disusahkan atau disakitkan asal ia dapat rasa hampir dan dekat dengan Tuhan.

Apabila nafsu dapat ditundukkan dan dijinakkan, maka fitrah kita akan menjadi lebih berperanan. Bila fitrah sudah berperanan dan jiwa telah hidup, maka dia akan terhibur dan merasa bahagia dengan ujian dan kesusahan. Bila diuji, dia terasa Tuhan itu dekat dan hampir dan kuat pergantungannya dengan Tuhan. Roh jadi meriah dan penuh dengan zikrullah. Bila tidak diuji, rasa bimbang dan cemas takut-takut Allah telah melupakan dia.


Ini berlaku kepada para sahabat. Kalau sehari mereka tidak diuji oleh Tuhan, mereka mula bimbang. Kalau dua hari tidak diuji, mereka mula takut. Kalau tiga hari tidak diuji, mereka mula cemas takut-takut Tuhan telah melupakan dan tidak peduli kepada mereka lagi.


Kita boleh ukur diri kita dan kita boleh tahu dalam diri kita nafsu atau fitrah kitakah yang lebih berperanan. Nafsu kitakah atau fitrah kitakah yang lebih kuat. Kalau kita sangat terdorong dan terangsang dengan perkara-perkara yang seronok, yang mengasyikkan, melalaikan, berfoya-foya, seronok dengan dunia dan takut dan benci kepada ujian dan kesusahan, maka kita sebenarnya kuat nafsu. Tetapi kalau kita banyak terdorong kepada akhirat, rela bersusah-payah dan menderita kerana Allah, tidak takut ujian dan kesusahan dan rasa manis dan indah pula dengan ujian, maka fitrah kita sudah berperanan. Oleh itu bermujahadah, menekan, mengekang, menyakitkan dan mendidik nafsu sangat penting. Nafsu itu mesti dilawan, jangan dilayan. Baru dia akan tunduk. Kalau nafsu dilayan, dia akan subur dan melonjak-lonjak. Jangan beri nafsu apa yang dia mahu (yang haram). Beri dia apa yang dia benci (yang baik).


Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebalik-nya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah kerana Tuhan. Orang-orang soleh, kalau diuji, mereka sabar dan tidak mengadu. Sabar itu sudah tentu ada sakitnya. Orang-orang muqorrobbin (yang hampir dengan Tuhan), kalau diuji mereka redha. Redha itu kurang sakitnya kerana ada rasa kerelaan dan kepuasan. Orang-orang siddiqin (yang benar) pula merasa bahagia dan terhibur dengan ujian. Itulah makanan bagi jiwa mereka.


Hati yang selamat sejahtera ialah hati orang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah SWT. Hati yang senantiasa merasa sehat dalam kesakitan, kaya dalam kemiskinan, ramai dalam kesendirian, lapang dalam kesempitan dan terhibur dalam kesusahan. Ia bersikap redha dengan apa saja pemberian Tuhan-Nya. Untuk memperoleh hati yang seperti itu, kita mesti bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat). Kedua-duanya akan saling mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N