“AKU TERSANGAT RINDU KEPADA PARA IKHWANKU.”
Maka bertanyalah para sahabat, “Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?”
Rasulullah SAW menjawab, “Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”
Kalaulah begitu sekali rindunya Rasulullah SAW kepada Ikhwan-Ikhwannya, sudah pastilah Ikhwan itu orang-orang yang juga SANGAT MERINDUI Rasulullah SAW.
Ikhwan adalah individu yang dibantu Tuhan. Para Ikhwan adalah kelompok yang dibantu Tuhan. Bagaimana kita hendak mengenal satu team yang cemerlang.
Pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi ke atas individu yang bertaqwa mudah dilihat dan dikesan. Tetapi pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi di atas dasar sebuah jemaah sukar hendak di kesan. Ini kerana pertolongan dan bantuan Tuhan itu dirata dan dipelbagaikan. Ada ahli jemaah yang dijadikan kaya, ada yang diberi ilmu. Ada yang penyantun dan berkasih sayang. Ada yang pandai membuat perhubungan. Ada yang pandai mendidik. Ada yang pandai mentadbir dan sebagainya. Seperti juga di dalam sesebuah masyarakat, akan berlaku saling bantu membantu, kuat menguat dan perlu memerlukan kerana jemaah itu hakikatnya adalah sebuah masyarakat yang kecil.
Ikhwan akhir zaman……………
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim).
Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Muslim
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:
"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Muslim
Dari Abdullah RA, katanya:
"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim).
Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita.
Ulasan
Catat Ulasan