MENJADI TETAMU ALLAH.
Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.
Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang.
Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah.
Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima
Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah
Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya".
( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).
Satu istilah yang disebut oleh Allah dan Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada mereka yang sudah cukup syarat untuk menunaikannya. Perkataan Dhuyufurrahman adalah dari bahasa Arab:
ضيوف الرحمان yang bermakna tetamu Allah. Dalam Islam apabila sesorang itu menjadi tetamu pada seseorang dia layak mendapatkan perhatian yang istemewa selama tiga hari di satu-satu tempat. Bahkan segala perbelanjaan yang kita gunakan untuk raikan tetamu sama seperti kita belanjakan harta untuk jihad.
Maksud firman Allah:
Dan ketika Yusuf menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia:" (Pada kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima tetamu?( Yusuf 12:59 ).
Rukun Islam kelima adalah haji (ziarah) ke Baitullah Mekah sekali seumur hidup. Adapun lebihnya maka merupakan sunnah. Dalam ibadah haji terdapat manfaat tak terhingga : Pertama, haji merupakan bentuk ibadah kepada Allah ta'ala dengan ruh, badan dan harta.
Ibadah Haji: Segala apa yang dilakukan oleh jemaah haji adalah napak tilas sejarah masa lalu yang pernah dilakukan oleh keluarga Nabi Ibrahim AS ataupun simbol tentang hakikat perjalanan manusia hidup sampai ke alam Akhirat.Seperti tawaf, sa’i, memakai baju ihram, dan wukuf di padang Arafah.
Pergi haji ertinya menuju Allah yang esa. Membawa hati dan diri yang hina. Memberi hadiah kepada Allah. Berhati-hatilah menghadapNya.
Menjadi tetamu Allah manusia akan diproses rohnya. Pembangunan insan yang sebenarnya adalah memajukan rohaniah kita melalui penghayatan sembahyang, penghayatan Al-Quran dan menghiasi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah. Kesannya nanti, jadilah kita orang yang benar-benar bertaqwa. Dengan taqwa ini sahaja, kita mampu membangun dan berjaya.
Mereka yang pulang daripada menjadi tetamu Allah, ibarat fitrah yang telah dikembalikan semula. Bersih ibarat anak yang baru lahir ke atas muka bumi ini. Manusia yang baru dilahirkan tersebut diibaratkan kain putih yang suci bersih. Beza yang menjadi tetamu Allah dan Rasul itu mereka yang beriman dengan Allah dan tidak bertemu dengan jasad Nabi saw. Menjadi tetamu Allah pulang dengan membawa hati yang terpimpin. Mendapat menjadi tetamu Allah adalah tawaran mendapat hidayah Allah. Mereka yang mendapat hidayah diri mereka terpimpin dan membentuk hati mereka dengan menjaga dan memperjuangkan Iman. Oleh kerana Iman itu tak boleh nampak, ia sentiasa dalam pengawasan dan jagaan. Ia perlukan mujahadah.
Fanatik Ashaari rupanya owner blog ni....Hmmm...
BalasPadamAwak fanatik dgn sapa pulak .....
PadamMohin izin pada tuan ikhwan attamimi utk merespon.
BalasPadamAllahu Y Allah..., adakah Tuan yakin di akhirat kelak dihadapan Allah nanti bahawa penilaian Tuan ini sama dengan penilaian Allah ? Adakah Yakin jika Tuan menilai perjuangan GISB istidraj...maka Allah pun memberikan nilai yg sama ???
Seingat saya mursyid mengajar kita bahwa hakikat SEGALA HAL penilaian itu adalah HAK MILIK ALLAH.
Bagaimana dg perjuangan Nabi Nuh ??? Nabi Luth...??? X ada maksiatkah di eranya ? Perjuangan Baginda Rasul saw x ada maksiatkah di sekitarnya ? Kisah tsa'labah, kisah wanita yg mengaku bzina hingga mengandung .... ada di zaman Bagunda Rasul saw. Lalu apakah Perjuangan itu juga termasuk istidraj ???
MEREKA (GISB) SEDANG berjuang utk menegakan Islam disemua aspek, Tuan pun saya rasa begitu SEDANG berjuang dan juga memiliki cita2 yg sama.... jika di dalam proses perjuangan itu ada kelemahan kesalahan kealpaan dan dosa yg terbuat bukan berarti mudah kita menilai perjuangan itu ISTIDRAJ. Karena hanya ALLAH yang mengetahui HAKIKAT SEBUAH PENILAIAN
Tp wajib mmg bagi kita utk merasa takut apa2 nikmat yg Allah beri sebagai Istidraj....agar kekal rasa takut dan rasa kehambaan.
Wsalam