Langkau ke kandungan utama

ISLAM KINI YATIM PIATU.


 Rumah anak yatim dan Asnaf.



ISLAM KINI YATIM PIATU.
Islam yang Abuya ibaratkan seperti yatim piatu. Ertinya tiada siapa yang peka untuk membela Islam. Agama Islam dikeronyok dan dihina tak ada pejuang yang muncul membuat pembelaan dengan betul dan berkesan. Paling malang dan menyedihkan orang Islam sendiri yang menyindir dan menghina agamanya. Kalau orang bukan Islam itu tidak pelik. 


Kehidupan Islam sudah dipinggirkan tiada siapa peduli. Kalau ada orang yang
cuba hidupkan kembali model Islam is the way of live, diperli dan dihina. Dikatakan hendak membawa ajaran kolot dan tertinggal. Ajaran ketinggalan zaman.


Lirik lagu  "Islam Kini Yatim Piatu" Yang Terdapat Di Dalam Album Terbaru Kumpulan Nasyid Diwani.
Islam Kini Yatim Piatu
Tiada Berbapa Tiada Beribu
Tiada Saudara Tiada Pembantu
Marilah Bela Marilah Bantu
Di Akhir Zaman Terbukti Sudah.Telahan Rasul Tiada Bercanggah.
Islam Dagang Dicerca Hina
Manusia Zalim Musuh Durjana
Ayuh Bangunkan Islam Semula
Jangan Biarkan Tiada Pembela
Datangnya Dagang Sudah Tersurat
Kembali Dagang Sudahlah Tepat
Marilah Kawan Kita Berjuang
Belalah Islam Nasibnya Malang
Jiwa Dan Raga Mesti Korbankan
Agar Terbela Islam Yang Dagang
Allah Allahu Ya Allah
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim
Allah Allahu Ya Allah
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim
LIRIK : Ashaari Muhammad
LAGU : Nada Murni.



Anak yatim ( B.Arab: يتيم‎)
ialah kanak-kanak yang kematian salah seorang, sama ada ibu atau bapa. Anak-anak yang kematian kedua ibu bapa biasanya dikenali sebagai yatim piatu.
Takrif yatim piatu.
Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam.Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.


Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:" Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah)
,yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”


Walau bagimana pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam.


Anak yatim adalah anak yang kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum  ia menjangkau baligh.  Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak mereka.



Firman Allah yang bermaksud:
“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun)
Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand alam surah An- Nisa ayat 6.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N