Langkau ke kandungan utama

NEGARA ISLAM.

NEGARA ISLAM ialah negara
yang pemerintahnya telah mengisytiharkan undang-undang Islam sebagai undang-undang rasmi negara. Perlembagaan negara itu didasarkan kepada Al Quran dan Hadis. Hukum-hukum yang dijalankan dalam negara adalah hukum Islam terutama hukum hudud. Tetapi undang-undang dan hukum-hukum yang cuma diperkatakan secara rasmi di parlimen dan di mahkamah belum tentu dapat dilaksanakan dengan tepat atau berjalan dengan baik dalam kehidupan masyarakat. Sebab ia bergantung kepada pemerintah dan hakim serta pegawai-pegawai pemerintah, apakah mereka itu bertaqwa, adil atau sebaliknya. Atau apakah pemerintah, hakim dan pegawai-pegawai pemerintah itu faham tentang Islam dan pandai melaksanakannya atau sebaliknya.

Manakala Masyarakat Islam ialah masyarakat yang setiap individu manusia di dalamnya secara majoritinya mengamalkan Islam sebagai cara hidup secara syumul. Sebuah masyarakat Islam bukan ditegakkan hasil daripada dapatnya kuasa memerintah negara. Tetapi ia terbentuk hasil kesedaran jiwa individu yang patuh dengan sukarela melalui dakwah dan tarbiah. Cuma sekiranya usaha dakwah dan tarbiah itu disokong oleh kuasa memerintah, hasilnya barangkali lebih besar dan meluas lagi.

Hasil yang dimaksudkan itu ialah, manusia-manusia itu menjadi hamba ALLAH yang sangat patuh dart taat kepada ALLAH lahir dan batin. Mereka menjadikan hidup mereka hanya untuk mengabdikan diri kepada ALLAH sebagai khalifahNya. Kalau orang itu seorang pemimpin, maka ia menjadi pemimpin yang adil, yang menjadi payung menaungi rakyatnya dengan kasih sayang dan tawadhuk. Bagaikan, ayah terhadap anak, dikendalikan urusan rakyat dengan penuh tanggungjawab. Kalau ia seorang ulama, jadilah ia bagaikan obor, membakar diri untuk menerangi masyarakat. Ulama yang mewarisi tugas-tugas nabi dan rasul yang di dalam dirinya terserlah sifat taqwa dan akhlak yang mulia, di samping memimpin umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat.

Kalau dia seorang kaya, jadilah dia bank kepada masyarakatnya. Kekayaannya diambil sekadar perlu untuk diri dart keluarga. Selebihnya untuk Akhirat yakni dilaburkan untuk kepentingan masyarakat. Kiranya ia orang miskin, ia tidak buat masalah dalam masyarakat, tidak meminta-minta, tidak mencuri dan tidak hasad dengki dengan si kaya. Kerana ia sudah sabar dan redha dengan kemiskinan yang ditaqdirkan. Tidak juga ia malas untuk berusaha. Bahkan tenaga dari tulang empat keratnya dikerahkan untuk menyumbang kepada masyarakatnya.

Para pemuda sasa dan belia dalam masyarakat Islam yang telah didakwah dan dididik dengan iman dan Islam, telah menjadi benteng kekuatan masyarakat kerana tidak lagi berfoya- foya. Tetapi sudah sedia bekerja dan berjuang untuk nasib masa depan masyarakatnya. Pemudi-pemudinya pula bagaikan tiang yakni member-i kekuatan kepada pertumbuhan dan perkembangan masyarakat. Mereka jadi serikandi yang menyemarakkan semangat dan usaha-usaha perjuangan kaum bapa dalam keadaan mereka sangat menjaga syariat dart berakhlak mulia. Mereka sangat menjaga maruah diri, taat pada kepimpinan lelaki dan suami mereka serta gigih membantu dalam apa juga bidang yang terdaya oleh mereka demi terbinanya tamadun Islam dalam masyarakat Islam yang mereka perjuangkan.

Pendek kata, setiap individu dalam masyarakat Islam dengan masing-masing peranan dan tugas yang diamanahkan, bertindak betul-betul seperti yang dicontohkan oleh peribadi salafussoleh. Akhlak dan kehidupan mereka kelihatan begitu indah dan menarik bagaikan bunga-bunga yang berkembang dalam taman. Bunga iman dan Islam; hasil tersemainya Al Quran dan Sunnah dalam jiwa, fikiran dan fizikal manusia. Kerana adanya dakwah, tarbiah dan kepimpinan yang baik.

Keindahan itu adalah kerana hati mereka sudah dipakaikan dengan taqwa. Ibadah mereka banyak, membuahkan akhlakakhlak yang tinggi dan mulia, yang terserlah pada sikap hidup mereka. Pemurah, penyayang, pemaaf, bertolong bantu, bertolak- ansur, ramah mesra, merendah diri, lemah-lembut, berbaik sangka, doa-mendoakan, hormat-menghormati, jujur, amanah, sabar, redha, cukup dengan apa yang ada, tawakkal, syukur, rajin, cinta Akhirat lebih dari dunia, tidak tamak, tidak meminta-minta, suka memberi dari menerima, tidak mementingkan dir-i, dan lain-lain sifat baik yang sangat disenangi manusia.

Semua itu dicapai hasil mengusahakan cinta pada ALLAH lebih dari yang lain-lain. Bukan hasil perlembagaan dan hukum hudud. Mereka ini hidup matinya sudah diserah bulat pada ALLAH. Sebab itu apa saja perintah ALLAH yang disukai atau tidak oleh nafsu, semua dikerjakan dengan rela. Manakala semua larangan ALLAH yang disetujui atau tidak oleh nafsu, ditinggalkan sama ada lahir mahupun yang batin. Bukan saja dosa-dosa besar yang mereka tinggalkan, bahkan dosadosa kecil pun sangat mereka takuti. Takut bagaikan takutkan gunung yang hendak menghempap di kepala. Berdasarkan sebuah Hadis yang berbunyi:

Mereka boleh tinggalkan sifat-sifat bohong, mengumpat, dengki, memfitnah, jahat sangka, sombong, bakhil, gila kuasa, tamak-haloba, cinta dunia dan takut mati, dendam, khianat, mungkir janji, riyak, ujub dan lain-lain sifat mazmumah demi cinta pada Tuhan dan takut pada azab-Nya. Maka jadilah mereka khalifah-khalifah ALLAH, yang malamnya bagai-. kan rahib, siangnya berjuang bagaikan singa. Berjuang fisabilillah untuk tertegaknya cara hidup Islam dalam kehidupan masyarakat. Dan agar sistem hidup Islam menjadi sistem yang dipakai di seluruh dunia

Dalam masyarakat Islam, kiranya ada saudara-saudara mereka yang buat jahat seperti mencuri, bergaduh, mengganggu perempuan (bukan zina) dan lain-lain kesalahan yang sekira-kira boleh diselesaikan oleh masyarakat mengikut syariat Islam, maka anggota masyarakat Islam itu sendiri yang menyelesaikannya. Ertinya, sebelum sempat polis bertindak, masya- &at yang mengetahui perkara itu dulu akan menyelesaikannya.

Sifat sangat memuliakan tetamu amat menonjol dalam masyarakat Islam. Kalau ada saudara se-Islam datang musafn ke tempat mereka, nescaya akan diberi penghormatan yang istimewa. Tetamu diberi tempat tinggal percuma, makan rninum serta keperluan lain yang secukupnya dengan percuma. Hotel tidak ada. Yang ada ialah Musafir Khana, yakni rumah rehat musafir, yang dibangunkan oleh masyarakat untuk kegtmaan para musafir dengan percuma. Hari ini kalau orang Islam dari kampung datang musafii ke Kuala Lumpur misalnya, tentu kena sewa hotel. Nak tumpang tidur di masjid pun tidak boleh. Pihak masjid sudah tidak percaya dengan sesama Islam lagi. Atau orang masjid sendiri pun sudah begitu rosak hatinya.

Begitu juga, kalau ada mana-mana anggota parti politik atau persatuan atau pertubuhan yang datang ke Kuala Lumpur, untuk menemui orang-orang separti dengannya atau pemimpin- pemimpin mereka sama ada atas urusan rasmi atau tidak, tentu mereka tidak akan sanggup menerima mereka sebagai tetamu di rumahnya. Kalau berlaku pun hanya jumlah yang terlaht sedikit. Ini memmjukkan masyarakat Islam belum wujud lagi di Malaysia. Dalam masyarakat Islam, orang lelaki sangat menjaga maruah wanitanya. Hinggakan kalau ada perempuan berjalan sendiri pasti dia selamat dari diganggu atau dirogol. Tetapi hari ini, bukan saja wanita dirogol di jalan, bahkan bapa sendiri turut merogol anak gadisnya atau jiran menodai anak jiran.

Dalam masyarakat Islam, orang miskin tidak mencuri. Orang kayanya banyak membantu dan memberi. Mereka hidup bersama saling perlu-memerlukan dan bertolong bantu. Rumah si kaya tidak terlalu besar hingga tidaklah tersinggung hati orang miskin. Bahkan rumah orang kaya jadi gelanggang orang miskin mencari kerja dan berhibur.

Pemimpin hidup di tengah rakyat. Rumahnya di celah-celah rumah rakyat atau tinggal di tempat yang sama-sama setaraf (sama level). Bukannya tersergam tinggi di puncak bukit, nun jauh dari rakyat. Hingga rakyat takut untuk menjenguknya. Makanan pemimpin dihantar dan diagih-agihkan ke rumah rakyat. Pemimpin tidak tidur malam kalau rakyatnya susah. Kerana itu pemimpin disayangi oleh rakyatnya. Masing-masing mahu berkhidmat percuma untuk pemimpinnya. Jadilah rumah pemimpin bagaikan rumah bapa yang di sana dihantar segala kesayangan dan hiburan oleh anak-anaknya.

Hari ini pemimpin terpaksa membeli undi rakyat. Di belakangnya, rakyat memaki-makinya. Apa kata kalau dalam keadaan ini hukum hudud diisytiharkan? Dapatkah hukum hudud itu mendamaikan hati-hati manusia, menjinakkan dan menakutkan mereka? Bolehkah perlaksanaan hukum hudud membuatkan masyarakat yang tidak Islam ini tunduk kepada hukum-hakam ALLAH? Adakah rakyat mengiktiraf pihak berkuasa yang mahu menjalankan hukum hudud ke atas mereka? Sedangkan mereka melihat pememerintah dan kakitangannya serta mahkamah dan kakitangannya pun jahat-jahat juga. Cuma bentuk jahatnya saja yang tidak sama.

Apabila penguasa yang adil belum ada, pegawai-pegawai pemerintah yang adil tidak ada, hakim yang adil juga tidak ada, saksi-saksi yang adil pun tidak ada, tukang-tukang tangkap yang adil juga tidak ada, bagaimana hukum yang dijatuhkan itu boleh adil? Dapatkah dielak dari berlakunya sebarang bentuk diskriminasi? Apakah semua golongan akan tertangkap? Jangan-jangan nanti yang tertangkap hanya golongan bawahan sahaja. Sedangkan golongan atasan yang bersalah akan ada orang yang melindunginya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N