Langkau ke kandungan utama

TUHAN KEKAL KAN JASAD FIRAUN.



( Jasad Firaun ).


SOMBONG POKOK MAZMUMAH.
"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguh nya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (QS. 10:92)” (Yunus: 90-92).


KENAPA FIR’AUN MENGAKU DIRINYA TUHAN?
Karena merasa dirinya sangat hebat, Raja Firaun dari Mesir menganggap dirinya sebagai Tuhan. Ia mengarahkan semua rakyatnya, juga keluarganya menyembah dirinya seperti Tuhan. Akibat Penyakit Sombong,Lupa Tuhan dan Menurut Hawa Nafsu.


Pada waktu itu, Allah Swt. kemudian mengutus Nabi Musa untuk mengingatkan kemunkaran Firaun. Namun, Firaun menentangnya. Bahkan, Firaun mencuba mengejar untuk membunuh Nabi Musa. Ketika itu, Nabi Musa dan umatnya pergi meninggalkan Mesir.


Dengan seizin Allah Swt., ketika itu Nabi Musa dan umatnya berjaya lepasi dan menyelamatkan diri dengan menyeberang Laut Merah. Laut Merah terbelah dua Mukjizat Nabi Musa menjadi jalan tanah yang boleh dilalui Nabi Musa dan rombongannya. Di belakang, Firaun dan pasukannya mengejarnya. Ketika Firaun dan pasukannya berada di tengah-tengah jalan itu. Tiba-tiba air laut terbelah itu bergabung kembali. Maka mereka pun tenggelam di tengah Laut Merah.


Sombong,lupa dengan Tuhan yang Maha Tinggi dan
Ikut hawa nafsunya.Inilah penyakit-penyakit masyarakat, penyakit dunia, penyakit individu, penyakit rumahtangga, penyakit keluarga, penyakit bangsa, penyakit etnik dan penyakit semua manusia. Yang menjadikan dunia huru hara, menjadikan manusia pecah belah, hilang kasih sayang, jatuh menjatuhkan, menjadikan manusia selalu bergaduh berkelahi, fitnah menfitnah dan kemuncaknya berlaku peperangan demi peperangan.


Maka jadilah dunia ini neraka sebelum neraka di akhirat. Manusia tidak mahu ini semua sebab ia menyusahkan, mengharu birukan, menghilangkan bahagia dan ketenangan, menjadikan manusia takut dan bimbang tetapi manusia yang cetuskan peperangan itu.


Rupanya apa yang manusia tidak mahu, manusia juga yang melakukannya. Apa yang manusia takut, itulah yang dibuat oleh manusia. Apa yang manusia tidak hendak, itulah yang dilakukan mereka setiap hari. Manusia tidak tahu macamana hendak sekat keadaan ini. Benda yang terjadi pada kita, kita tidak tahu bagaimana hendak hentikannya. Perbuatan manusia telah menjerat manusia sendiri.


Rupanya semua itu berlaku kerana 3 penyakit tadi iaitu ego, lupakan Tuhan dan ikutkan nafsu. Bila ada ego dan lupakan Tuhan maka nafsulah jadi Tuhan. Penyakit ego ini adalah pokok bukan buah. Sebab itu Rasulullah kata sejahat-jahat hamba adalah yang sombong. Dari pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad, lahir fitnah menfitnah dan sifat payah hendak terima kebenaran. Lahirlah sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka minta maaf dan prejudis dengan orang. Ini adalah buah-buahnya.


Apabila seseorang itu pada dirinya ada ego yakni pokok mazmumah, maka bila ada pokok, ia akan membuahkan berbagai jenis buah mazmumah. Samada besar atau kecil. Samada dia sedar atau tidak. Ego ini adalah penyakit pertama lahir di dunia. Ia dari iblis.


Siapa yang ada pokok sombong, ertinya dia bukan ikut Tuhan tetapi ikut iblis. Dasyatnya pokok sombong yang boleh lahirkan bermacam-macam mazmumah, yang sangat menysusahkan hidup manusia. Bila sudah ikut iblis kerana ada sifat sombong maka iblislah Tuhannya.


Maka hadis sebut, yang lupa Tuhan yang Maha Tinggi, itu sifat iblis. Bila iblis jadi Tuhan, walaupun hatinya tidak katakan iblis itu Tuhannya, hakikatnya dia sudah bertuhankan iblis maka dengan sendiri dia lupakan Tuhan yang sebenar. Dia besarkan iblis, dia agungkan iblis dan lupa agungkan Allah. Bila pokoknya sudah wujud, lahirlah macam-macam buah mazmumah.


Kalau tidak ada pokok, mungkin ada satu-satu bentuk mazmumah sahaja tetapi kalau pokok yang tumbuh, ia lahirkan buah yang banyak yakni buah yang merosakkan hidup manusia, merosakkan sesama kawan dan merosakkan negara. Bila ada pokok ini maka sempurnalah mazmumah
nya.Maka iblis jadi Tuhannya. Kalau iblis yang dia ingat, tentulah dia lupakan Tuhan. Jadi bila iblis sudah ada, dia lupakan Tuhan maka nafsu pulalah menjadi Tuhannya.


Apa kata Allah tentang nafsu di dalam Al Quran. Terjemahannya: 
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak orang berbuat jahat.” 
Nafsu itu bukan sahaja ia jahat bahkan ia sangat mengajak orang buat jahat. Sudahlah nafsu itu sendiri jahat, ia juga sangat mengajak orang buat jahat. Jadi bila orang sudah bertuhankan nafsu, disamping pertuhankan iblis tadi maka lahirlah faham individualisma.


Orang yang faham individu ini, dia fikir, “Aku nak senang, orang tidak senang dia punya pasal. Aku fikir aku, jiran mati, itu dia punya pasal.” Dahsyat. Bila ada ego, lupa Tuhan maka nafsu main peranan. Nafsu bukan sahaja jahat bahkan sangat mengajak orang buat jahat. Nafsu itu sifatnya berkehendak dan merangsang samada yang halal atau haram.


Apa yang dia hendak itu dibawa pada diri, hanya untuk dirinya, tidak dibawa pada keluarga, apatah lagi jiran dan masyarakat. Padahal kalau dia berfikir, bila bangsa rosak, dia salah seorang yang akan rosak. Tetapi kerana penyakit individualisma, dia tidak fikirkan itu semua.
Sebab itu Tuhan berkata yang bermaksud: “Tidakkah engkau lihat orang yang menjadikan nafsu itu Tuhannya.” Tapi kalau kita cakap “awak ni bertuhankan nafsu,: dia marah. Bala bencana yang berlaku dalam diri hingga orang marah dan benci adalah kerana nafsu sudah kita jadikan Tuhan.


Begitulah bala yang berlaku antara suami isteri kerana sifat individualisma itu. Isteri fikir isteri dan suami fikir suami. Sifat individu ini menyebabkan dia tidak fikir keluarga sekalipun anaknya. Kadang-kadang anak-anak dialatkan untuk kepentingan diri. Mak ayah dialatkan, suami atau isteri dialatkan untuk kepentingan diri. Jemaah dialatkan untuk kepentingan diri.


Begitu juga gurunya, etniknya dan bangsanya dialatkan untuk kepentingan dirinya. Kemudian bila dapat susah, dia kata, “Macamana ni?”
Kalau sudah ada sombong, otomatik lupakan Tuhan. Maka nafsu jadi Tuhan. Nafsu lebih dahsyat dari iblis sebab nafsu dari dalam. Iblis ambil peluang bila nafsu tamak, rakus maka ia subur-suburkan lagi.


Iblis tidak dapat masuk bila nafsu sudah baik. Ia hanya dapat berbisik dari jauh. Macam orang pakai baju besi. Boleh tembak tetapi tidak masuk ke dalam. Tidak lut. Tapi bila nafsu sudah diutamakan, iblis hanya meniti saja. Nafsu itu highway kepada iblis dan syaitan. Tiga perkara inilah punca hancurnya diri, hancurnya rumahtangga, masyarakat, negara dan dunia.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N