Langkau ke kandungan utama

AKIBAT TIDAK ADA DIDIDIKAN ROHANI.





Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh beri manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.


Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri atau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri tauladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata-kata lain, mereka menjadi model Hamba Allah yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.


Melalui pengalaman kita, mendidik manusia adalah sulit sekali. Ini kerana manusia itu ada akal ,roh,nafsu dan fizikal. Fizikal adalah anggota lahir. Akal, roh dan nafsu adalah anggota batin. Kejayaan mendidik manusia adalah ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak tadi iaitu akal, roh dan nafsu itu.


Jadi kalau pendidik-pendidik atau guru-guru tidak ada ilmu rohaniah, hanya faham fizikal manusia semata-mata. Bagaimana dia hendak mendidik murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Tentu sekali pendidik-pendidik atau guru-guru tadi akan gagal. Mendidik manusia tidak cukup mendidik fizikal mereka sahaja. Tapi itulah yang berlaku selama ini. Murid-murid atau pengikut-pengikut dididik fizikal mereka semata-mata. Tiga anggota batin yakni roh, akal dan nafsu tidak dididik. Walhal hakikat manusia itu ialah anggota batin inilah, manakala anggota lahir mengikut sahaja.


Ilmu rohaniah ertinya yang berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasauf. Al Quran menganjurkan ilmu ini iaitu : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
(Asy-Syams 91:9-10).


"Manusia itu kalau dari kecil tidak dididik rohaniahnya 
Hanya diberi ilmu-ilmu syariat yang lahir-lahir sahaja 
Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya. Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan diri sendiri. Orang lain sombong atau ego dia nampak pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa.Di waktu dia susah, orang tidak membantunya dia terasa, padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang dia tidak rasa satu kesalahan. Orang mementingkan diri dia tersinggung dia mementingkan diri dia tidak sedar yang sudah jadi budaya. Orang lain bakhil, dia nampak tidak patut dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa. Orang tidak sabar, dia nampak sangat dia tidak sabar, payah dia hendak memahaminya. Begitulah manusia bila tersalah didik dari kecilnya."


"Soal-soal roh atau hati yang ada hubungan dengan mahmudah dan mazmumah tidak pernah dia kenal. Kalau pun dia diajar tentang Islam hanya banyak menekankan soal lahir semata-mata. Akibatnya dia tidak kenal diri sendiri. Tidak kenal diri sendiri ertinya tidak boleh nilai diri. Tidak boleh nilai diri sendiri, kejahatan orang lainlah yang dia nampak. Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak. Kejahatan diri sendiri dia tidak sedari. Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari kepada orang lain. Dirinya terkecuali dari kesalahan. Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini". (Waktu Dhuha 02-12-2002: oleh AFT).


Fahamkan mereka tentang peranan Tuhan dalam kehidupan. Yakinkan mereka bahawa Tuhan sangat diperlukan oleh setiap insan. Bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan Tuhan adalah punca keselamatan. Bahkan Tuhan itu adalah segala-galanya. Sebutkan nikmat yang Tuhan beri sebanyak-banyaknya. Inilah penawar dan inilah ubatnya. Tidak ada yang lain.


Kaedah yang digunakan mestilah menyeluruh dan tidak menjemukan. Kita tidak boleh berhenti setakat memberi kuliah sahaja. Cara perkenalkan Tuhan perlu dipelbagaikan. Melalui sajak-sajak. Melalui drama dan sketsa. Melalui Nasyid. Melalui persembahan teater dan kebudayaan. Melalui pengembaraan. Melalui ekspedisi (XPDC),perbincangan dan muzakarah. Melalui usrah-usrah dan sebagainya. Media cetak, media elektronik dan segala alat audio visual mesti digunakan secara maksimum. 


Penyakit sosial tidak boleh dipulihkan, kalau yang berusaha membaikinya menggunakan akal semata-mata. Lebih-lebih lagi dengan kehendak nafsunya kalau bukan dengan pimpinan Allah yang punya dunia Akhirat. Penyakit pokoknya ialah penyakit rohani. Oleh itu pakar untuk meneliti dan mengkajinya mestilah orang rohani. Hendak mengubatnya pula perlulah orang rohani, atau setidak-tidaknya orang yang faham tentang perjalanan hati dan rohani manusia. Cara mengubatinya juga perlulah dengan cara dan kaedah rohani.


Maka bagi orang yang ada cita-cita Islam untuk mendidik masyarakat, para pendidik atau guru-guru yang hendak mendidik murid-murid, kita mesti hidupkan dan kuatkan semula jiwa-jiwa mereka, seterusnya ungkai dan sembuhkan penyakit-penyakit batin yang sedang mereka alami. Untuk tujuan itu, kita perlu pulihkan semula jiwa bertuhan. Kita kenalkan mereka itu ilmu tentang Tuhan. Tidak cukup setakat sifat-sifat Tuhan yang dua puluh atau nama-nama Tuhan sembilan puluh sembilan tetapi ilmu tentang Tuhan yang boleh mendatangkan rasa cinta dan takut dengan Tuhan. "HIDUPKAN SEMULA JIWA BERTUHAN".

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N