Langkau ke kandungan utama

TAQWA FAKTOR UTAMA MEMPEROLEHI BANTUAN ALLAH.


(Jasa Abuya Imam Ashaari At Tamimi terlalu besar).

Taqwa berasal dari perkataan Waqa yang bermaksud pelihara. Orang yang bertaqwa ialah orang yang sangat memelihara hati atau roh dengan rasa kehambaan yang sangat mendalam dan rasa berTuhan yang sangat tinggi. Gabungan rasa kehambaan dan rasa berTuhan itu sekaligus mendorong ia agar sangat memelihara syariat, berakhlak, dan beradab dalam segala urusan. Sehingga perkara yang seni-seni dalam kehidupan pun sangat dipelihara. "Membaiki Diri ertinya menjadikan taqwa itu sebagai aset utama".


Apabila terlalu sangat memelihara rasa kehambaan dan rasa berTuhan, sekaligus memelihara pula urusan kehidupan dengan bersyariat, berakhlak dan beradab sopan, maka menjadikan dia sebagai "orang Allah SWT". Maka Allah SWT pula memelihara, membela, dan menjaganya dalam segala urusan. Kerana berada dalam pemeliharaan Allah SWT yang Maha Sempurna itulah maka kehidupan orang bertaqwa kelihatan luar dari kebiasaan orang lain.


Asas kepada sifat taqwa itu ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam. Rasa kehambaan, diantaranya merasai serba dhaif, lemah, hina, lalai, dan leka di sisi Allah SWT. Seseorang yang dapat benar-benar merasai bahawa dirinya dimilki Allah. Dia tidak punya apa-apa. 


Dirinya sebagai hamba yang lemah itu sangat terdedah kepada berbagai kerosakan dan cacat cela. Tiada daya, tiada upaya, tiada mampu walaupun untuk menahan sehelai rambut dari beruban. Demikian juga perubahan peringkat usia dan kematian. Tidak mampu hendak berbuat menurut kehendak sendiri. Tidak mahu ditimpa sakit, ianya datang juga sekali sekala. Inginkan kesembuhan segera, doktor juga tidak mampu berbuat demikian.


Inginkan kaya raya dan hidup senang, sedikit saja orang yang berjaya memperolehinya. Bencikan musibah dan mala petaka, ianya datang juga tanpa diduga. Orang yang disayangi kadang-kadang hilang secara tiba-tiba. Harta benda yang dikumpul musnah secara sekelip mata. Malah alam semesta ini ini pun dengan penuh sedar akan hancur lumat tanpa bersisa. Kita punya kehendak, Allah SWT pun punya kehendak. Kehendak Allah SWT juga yang pasti berlaku.


Menyedari hakikat inilah maka rasa kehambaan yang mendalam itu menjadikan hati penuh pasrah, merintih, mengharap dan mendambakan setiap sesuatu itu hanya dari Allah SWT. Andainya berlaku keberhasilan, maka itu juga sebenarnya atas kehendak Allah SWT jua. Jika dipuji, itu sebenarnya kerana Allah SWT gerakkan orang berbuat demikian. Bila dikeji juga adalah kerana Allah SWT gerakkan hati orang berbuat demikian yang dianggapnya sebagai kifarah.


Andainya Allah SWT pilih untuk ditinggikan kedudukan di dunia sebagai khalifah atau pemimpin, itu tidak menghilangkan rasa 
kehambaannya. Perbezaannya ialah terpaksa memikul tanggungjawab dan beban yang lebih banyak. Itu pun dia mengharap agar tanggungjawab atau jawatan itu menjadi saluran untuk berbakti kepada Allah SWT. Tidak lebih dari itu, dan tetap dirasai sama sahaja dirinya dengan petani dan nelayan yang menjadi saluran pahala bagi mereka.

DI ANTARA CIRI-CIRI KETAQWAAN.

Ingat dua perkara
Pertama: Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingati selalu dan sekiranya berpeluang maka perlu diingati selalu dan sekiranya berpeluang maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun tidak setimpal dengan apa yang kita perolehi. Lebih-lebia lagi perlu diingati, disyukuri, dihitung dan di bilang segala limpah kurnia Allah SWT, nikmat dari Allah SWT yang tidak terhingga.

Firman Allah: 

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 14:34).

Firman Allah:

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
(Adh-Dhuha 93:11).

Bagaimana hati kecil kita rasai andainya ada orang yang selalu menolong, membantu, memberi, berbudi dan berjasa kepada kita. Tentulah hati merasa terhutang budi dan berterima kasih.
Begitulah fitrah kita merasakan memang wajar berterima kasih terhadap orang tersebut. Tentulah terhadap Allah SWT lebih-lebih lagi patut merasakan demikian kerana rahmat dan nikmat Allah SWT tidak terhingga. Memang patut mentaati Allah SWT, bersyukur kepada Allah SWT melalui amal kebajikan. Biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurnia Allah SWT. 


Sebagai menzahirkan tanda kehambaan serta tanda kesyukuran maka Rasulullah SAW bangun malam menunaikan sembahyang hingga bengkak kaki kerana lamanya berdiri. Sedangkan Rasulullah SAW adalah maksum dan dijamin syurga oleh Allah SWT. Bagi orang yang merasai dirinya hamba mensyukuri Allah SWT, amal ibadat bukan soal syurga atau balasan pahala. Sedangkan nikmat sebelah mata pun tidak akan setimpal sekiranya seorang hamba itu hidup sejuta tahun dengan teru menerus beramal tanpa berhenti. 


Cuba kita perhatikan secara lebih halus, teliti dan berseni, betapa tidak sedetik pun hidup ini tanpa nikmat Allah SWT, khususnya segala pemberian atau kurniaan Allah SWT yang tanpa diminta. Adanya kita tanpa diminta. Adanya hati, akal, nafsu dan perasaan tanpa diminta. Allah SWT sediakan pula Iman dan Islam tanpa kita minta. Allah SWT bentangkan seluruh alam semesta ini tanpa kita minta. Kelazatan bersuami isteri, lidah yang dapat merasai jutaan jenis rasa, keseronokan dan rasa indahnya kehidupan ini bukan kita yang menciptanya. Semua itu sangat besar nilainya.


Ditambah lagi dengan berbagai nikmat yang kita diizinkan mencarinya. Walaupun nilainya terlalu kecil, yang kadang-kadang dapat dan kadang-kadang gagal. Namun itu semua anugerah Allah SWT juga. Orang yang bertaqwa tidak risau dan tidak menghabiskan waktunya memburu nikmat yang diminta dan dicari kerana nilainya terlalu kecil. Andainya tidak memilikinya tidak sampai kecewa, putus asa dan melupai atau derhaka kepada Allah SWT.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N