"agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Ar-Ruum 30:30).
"agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Ar-Ruum 30:30).
Fitrah semulajadi manusia juga suka kepada sifat-sifat mahmudah Seperti pemurah, pemaaf, belas kasihan, pengasih, penyayang, rendah diri, tolong-menolong dan bantu membantu. Ia sangat bencikan sifat-sifat mazmumah seperti boros, bakhil, hasad dengki, riyak, ujub, sum'ah, pemarah, pendendam, takbur, angkuh, sombong, rasa diri mulia, dan seumpamanya. Fitrah semulajadi yang suci murni inilah yang membantu memimpin manusia kepada Tuhan dan kearah kebaikan.
Namun begitu, apabila manusia dilahirkan kedunia, dia dipengaruhi oleh empat perkara yang sangat merosakkan fitrahnya iaitu manusia, dunia, nafsunya sendiri dan syaitan. Keempat-empat perkara ini menarik-narik dan mengajak manusia hala ke dunia hingga dunia menjadi matlamatnya dan Tuhan dilupakan. Ikrar yang dibuat di alam roh dilupakan begitu sahaja.
Fitrah manusia yang sudah rosak ini, ikatannya dengan Tuhan sangat lemah. Tuhan, Akhirat, Syurga, dan Neraka tidak merangsang dan tidak menakutkannya lagi. Nafsunya sudah mengambil alih tempat fitrahnya. Dia hanya terangsang dengan hal-hal dunia., dengan mata benda dunia, dengan berfoya-foya dan dengan apa sahaja yang boleh memuaskan keinginan hawa nafsunya. Dunia jadi buruannya. Nafsunya menjadi raja dalam dirinya. Dia mengangkat nafsunya menjadi Tuhannya.
Apabila nafsu berebut-rebut, menekan-nekan dan menindas-menindas untuk mendapat dunia, maka tumbuhlah berbagai-bagai penyakit di dalam hati seperti tamak haloba, bakhil, boros, pemarah, pendendam, angkuh, sombong, riyak, hasad dengki, dan sebagainya. Sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati inilah menjadi punca manusia bergaduh dan berbalah, berpecah-belah, berkrisis, berkonfrantasi, berpuak-puak, melakukan jenayah, kezaliman, dan sebagainya.
Akhirnya manusia hilang ketenangan, hilang kedamain dan hilang keharmonian. Manusia hidup dalam huru hara, kebimbangan, penuh cemas, dan ketakutan. Manusia hilang bahagia, menderita dan sengsara. Hidup seperti dalam Neraka.
Juga apabila manusia melupakan Tuhan dan sibuk memuaskan kehendak hawa nafsunya semata-mata dengan berbuat berbabai-bagai maksiat dan kemungkaran seperti berjudi, minum arak, berzina, mencuri, merompak, menipu, meninggalkan solat, puasa, dan sebagainya, maka dia sebenar-benarnya telah menentang dan melawan kehendak fitrah semula jadinya. Dia telah membuat perkara-perkara yang dibenci oleh hati nuraninya. Hakikatnya dia telah menentang dan melawan dirinya sendiri. Tidak akan tenang dan tidak akan akan bahagia orang yang menentang, melawan, berperang, dan berkrisis dengan dirinya sendiri. Dia akan sentiasa diburu keresahan dan kegelisahan. Ini seperti macam Neraka juga.
Kedua, manusia juga dipimpin oleh akal. Akal boleh mengumpul ilmu dan pengalaman. Dengan ilmu dan pengalaman, akal boleh menimbang mana yang buruk dan mana yang bai. Mana yang menguntungkan dan mana yang merugikan. Mana yang orang suka dan mana yang orang benci. Oleh itu, dengan akal, manusia boleh mencari jalan hala tuju kepada kebaikkan terutama yang ada kaitan dengan kehidupan lahiriah.
Walaupun akal semata-mata tidak mampu mencungkil hakikat Tuhan yang sebenarnya, akal mampu menganalisis dan melihat akan kehebatan ciptaan Tuhan dan Justeru itu boleh merumuskan akan kewujudan Tuhan. Orang yang menggunakan akalnya secara betul dan ikhlas akan dapat membuktikan akan kewujudan dan peranan Tuhan dalam kehidupannya, pada kewujudan dan peranan Tuhan dalam kehidupannya, pada kewujudan dirinya dan pada kewujudan alam ini.
Ulasan
Catat Ulasan