HIDUP KEDUA UMUR PANJANG.
Rasulullah SAW hidupnya hanya 64 tahun tetapi kehidupannya kali kedua hingga kehari ini terus disebut-sebut nama Baginda. Ertinya hingga kini Baginda sudah berusia 1439 hijrah.
Begitu juga bagi orang yang ada amal jariah dan doa dari anak yang soleh masih berterusan amalanya dalam kehidupan dunia ini.
Begitu juga bagi orang yang ada amal jariah dan doa dari anak yang soleh masih berterusan amalanya dalam kehidupan dunia ini.
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, kini namanya muncul kembali. Setelah Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi. Namanya telah lama dalam doa Abuya bahawa Tun Mahathir akan panjang umur dan menyaksikan hasil perjuangan yang ditinggalkannya. Tun Mahathir akan berperanan seperti Abu Sufyan.
BANGSA MELAYU
Wahai bangsa Melayu bangsaku, buat hari ini kalau orang Melayu faham bukan orang Melayu hendak memperjuangkan Melayu
Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu
Perjuangan ini telah kita lalui
Terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita laungkan selalu
Hasilnya telah kita tahu
Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu.
Ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini.
Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati.
Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali setengah individu Melayu.
Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi
Iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri
Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji
Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri.
Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela.
Orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.
Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil.
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi
Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi.
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.
Hakikat ini kita terpaksa akui.
Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati.
Iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati.
Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati.
Tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan.
Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu.
Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai.
Budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.
Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak.
Sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak.
Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.
Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai.
Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai.
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.
Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu bolehkah kita tolak?
Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya.
Ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan!.
Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya.
Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu.
Seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.
Tapi memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela.
Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki.
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.
Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!
Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam
Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam?
Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam orang Melayu dengan sendiri terbela
Bahkan sekali lagi saya perkatakan buat orang Melayu di akhir zaman ada janji Tuhan.
Janji Tuhan itu ialah orang Melayu akan jadi empayar dunia melalui Islam.
Inikan khabar gembira buat orang Melayu dari Tuhan.
Formulanya perjuangkan Tuhan dan Islam cara hidup, Melayu akan terbela.
Seperti bangsa Arab, Kurdi dan Turki mereka mulia kerana Tuhan dan Islam.
Akhirnya bangsa mereka terbela.
Ustaz Ashaari Muhammad
2.10.2004.
2.10.2004.
Ulasan
Catat Ulasan