Cucu-cucu Abuya ramai yang tidak berkesempatan melihat dan menerima sentuhan rohani dari Abuya datuk mereka. Sebahagian besar ketika itu masih kecil lagi. Mereka tidak berkesempatan dengan kepimpinan Abuya. Mereka lebih bergantung kepada ibu dan ayah mereka sahaja.
Kalau ibu dan ayah gagal tanamkan cita-cita Islam Abuya, maka roh perjuangan Abuya tidak bersambung. Hanya sekadar perkara-perkara lahir yang boleh dilihat oleh mata kasar. Hendak memindahkan cita-cita tersebut memerlukan ibu dan ayah menjiwai cita-cita tersebut terlebih dahulu.
Teguran Abuya kepada generasi
cucu. Apa yang Abuya risaukan, generasi ketiga ujian untuk mereka ialah dunia datang mengolek. Kalau generasi kedua iaitu anak-anak ujian berbentuk kesusahan. Sebab itu Abuya selalu menegur pemimpin, kalau keluarga tidak diseret sama kepada perjuangan Abuya nanti akan berlaku jurang yang terlalu jauh. Sepatutnya apabila Abuya sudah meluahkan kita kena ambil perhatian serius.
Sebab itu Abuya berpesan ketika pemimpin tiada adalah lebih baik kita tumpu bina keluarga. Waktu ini tidak berjuang pun tidak mengapa. Sebaiknya banyakkan dengan keluarga dirumah. Kita semua ada anak yang sudah besar. Mereka perlu diberikan pengisian rohani.
( Ada cucu Abuya yang membawa rombongan umrah dan ziarah ).
Kalau dibiarkan kepada mereka sahaja, Mereka tidak dapat bimbingan dan panduan. Masing-masing akan bertindak sendiri kerana merasakan akal mereka boleh menilai kebenaran. Ada yang terlalu yakin bahawa mereka lebih tepat. Sedangkan akal mereka belum tentu mampu menilai roh perjuangan Abuya.Disini memerlukan remaja yang
suka belajar dengan pengalaman orang-orang yang pernah bersama dengan Abuya.
Syukur alhamdulillah ketemu Ustaz Uqbah mutawwif kami
BalasPadam