KEJAYAAN YANG SEBENAR.
( Bangunan pentadbiran Putrajaya ).
" Berfikirlah, berkemajuanlah
dan membangunlah
Sejauhmana yang termungkin
asalkan ditunjangi oleh Iman
ia tidak akan sesat."
( Abuya Ashaari Muhammad
At Tamimi ).
Setiap hati manusia ingin mendapat kejayaan tidak kira apa bangsa
sekali pun, samaada Islam atau bukan Islam, yang tua atau yang muda, lelaki atau perempuan. Bagi orang-orang yang bukan Islam untuk mendapat kejayaan tentulah berbeza dari orang-orang Islam.
Kerana Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:
" Agama kamu untuk kamu, agama kami untuk kami."
( Al kafiruun :6 ).
( Simbul kemajuan Rusia )
Maka bagi orang -orang yang bukan Islam untuk mendapat
kejayaan tentulah berbeza dari orang-orang Islam. Kerana Allah telah berfirman:" Agama kamu untuk kamu agama kami untuk kami."
( Al kafiruun 6).
( Gajet Gentuh pada kulit ).
( Handphone tidak nampak ).
Maka bagi orang-orang yang bukan Islam, kejayaan yang dimaksudkan adalah berbentuk material seperti kekayaan, kelulusan, kedudukan dan kepentingan duniawi. Kejayaan orang-orang bukan Islam ini adalah bersifat sementara yang hanya untuk menjadi kebanggaan didunia tapi menjadi azab di Akhirat kelak.
Tidak salah kita memiliki kekayaan, kelulusan dan jawatan asalkan ianya bertunjangkan iman dan taqwa. Segala apa yang dimiliki didunia,kiranya dapat membawa iman dan taqwa, kita akan mendapat keselamatan didunia ini, lebih-lebih lagi mendapat keselamatan di hari Akhirat. Ini lah kejayaan yang sebenar.
"Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada binasa di Akhirat. Dan barangsiapa mencintai akhirat nescaya beroleh keuntungan didunia. Maka utama kan apa yang kekal,atas apa yang fana ( lenyap binasa ). Riwayat Ahmad, Al Bazar dan At Thabrani).
Jelas disini tujuan kita adalah kebahagiaan di akhirat. Bagi manusia yang tahu matlamat dan tujuan yang sebenar pasti bersedia berkorban apa saja demi mencapai matlamat itu.
Ini bererti dalam mengejar matlamat, kita memerlukan alat.
Umpamanya untuk bersolat menyembah Allah perlu berwudhuk, perlu menutup aurat dengan sempurna pakaian diperlukan. Jadi untuk mengerjakan solat alatnya adalah air dan pakaian. Dari itu perlulah kita memahami diantara alat dan matlamat dalam menegakkan hukum hakam Allah SWT.
Ulasan
Catat Ulasan