TEGURAN ABUYA KEPADA GURU-GURU.
Guru-guru lebih suka beri fokus
kepada pelajar-pelajar yang cemerlang adalah lumrah. Bagi pelajar-pelajar yang baik pencapaian akademik dan aktiviti disekolah adalah satu perkara biasa.
Abuya menegur guru supaya mendekati pelajar-pelajar yang bermasalah. Beri fokas dan tumpuan dengan pendekatan kasih sayang. Biasanya pelajar-pelajar yang hyper mereka inginkan perhatian
Abuya apabila balik daripada dakwah pulang kerumahnya, di kerumuni oleh pelajar-pelajar hyper. Masing-masing sibuk ingin berkhidmat dengan guru yang disayanginya. Kenderaan
Abuya tanpa disuruh mereka membersihkannya.
Abuya juga beri ruang kepada mereka berXPDC bersama. Masing-masing suka berkongsi pengalaman manis bersama-sama dengan guru mereka iaitu Abuya.
Hubungan silaturrahim murid dengan guru berterusan. Ada dikalangan mereka yang sudah berkeluarga membawa isteri dan anak untuk Abuya doakan mereka. Hal-hal berkat sangat dekat dalam kehidupan mereka.
Tanpa dipaksa-paksakan mereka telah menjiwai konsep" Disebabkan mereka
( guru ) ditolong disebabkan mereka diberikan rezeki disebabkan mereka diberi pertolongan."
Ulasan
Catat Ulasan