Menjelajah kebumi Maghribi banyak pengalaman indah dan manis. Universiti tertua juga ada di Morocco. Terletak di di Fes dan di iktiraf oleh dunia. Tercatit dalam Guinness Book of World Records sebagai universiti tertua di dunia.
Kita juga dapat rasakan pengisian rohani melalui pusat tariqat -tariqat yang ada di Morocco atau Maghribi. Kita boleh pergi ke Zawiyah-zawiyah untuk merasakan sendiri suasana majlis zikir tariqat. Pilih sahaja mana Zawiyah atau masjid khusus tariqat untuk turut serta dalam majlis zikir yang diadakan.
Semua tokoh-tokoh sufi besar tapak mereka adalah dakwah dan pendidikan. Mereka sangat mementingkan pendidikan roh.
Sekarang lebih mudah kita fahami dengan istilah pembinaan insan.
Semua wali-wali yang kita kenali melaui sejarah menekankan pembangunan roh atau bina insan. Bila kita sebut Syeikh Abdul Kadir Jailani juga akan dikaitkan dengan pendidikan roh. Hasan Al Basri juga sibuk dengan pembangunan roh. Begitu jugalah dengan tokoh-tokoh wali lain yang tercatat dalam sejarah.
Supaya disiplin roh dapat dikendalikan dengan betul, maka lahirlah kumpulan-kumpulan tariqat. Melalui jemaah tariqat manusia didisiplinkan dan dipimpin secara disiplin tariqat.
Kegemilangan Islam akan berulang lagi. Kali ini Bangsa Melayu atas nama Islam akan mengulanginya.
Kegemilangan Islam akan berulang lagi. Kali ini Bangsa Melayu atas nama Islam akan mengulanginya.
Ulasan
Catat Ulasan