IMAM MAHDI MEMPUNYAI
WAZIR-WAZIR.
Imam mahdi pejuang kebenaran bertaraf ummah. Bersama Imam Mahdi ada wazir-wazir yang berperanan sebelum kemunculan fizikalnya. Mereka mengembalikan fitrah umat Islam. Kerana itu umat Islam mencintai dan bersamanya kerana pada wazir-wazir ada kebenaran. Antara wazir-wazir
tersebut ialah Syeikh Sidi Abdul Nasir berada di Madinah Munawwarah. Kalau sebelum inii kta telah bicarakan tentang ketua Badwi As Syammar.
Hubungan Syeikh Sidi Abdul Nasir bukan sahaja secara rohani juga berhubung secara fizikal dengan Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.
Mereka sangat membawa kebenaran.Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni.
Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama perlukannya sebab ia indah, senang , menyenangkan, tenang dan menenangkan. Jadi kebenaran yang hebat itu menjadi keperluan bersama manusia. Kebenaran yang dimaksudkan ialah:
• Kasih sayang
• Keadilan
• Perikemanusiaan yang amat tinggi
• Rasa bersama dan bekerjasama
• Kesatuan dan perpaduan
• Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur
• Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan
• Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia
• Memikirkan kepentingan orang lain
• Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.
Kini kita lihat terserlah kepada jemaah yang menuggu Imam mahdi iaitu termasuk Syeikh Sidi
Abdul Nasir. diterajui oleh Syeikh Syammar. Beliau berperanan di Madinah Munawwarah.
Ulasan
Catat Ulasan