Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad yang diutuskan sebagai rahmat sekalian alam. Selawat dan salam juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat serta para pengikut baginda kesemuanya.
Bandar Lama Marrakech yang penuh bersejarah dalam Islam. Namun musuh Islam tetap ambil peluang merubah persepsi umat Islam supaya menurut mereka. Terutamanya para pelancong yang berkunjung kesana. Akan membawa balik pengalaman yang akan menolak Bandar Lama Marrakech Kota Wali. Bahkan terus menjadi keliru bila ia pernah manjadi bandar Wali.
Mengimbau kembali ketika penulis berpeluang pergi berkunjung ke Bandar lama Marrakech ini boleh digambarkan sebagai satu tempat yang akan menghuru-harakan deria kita. Haha. Suasana di sini bising dan sangat meriah, berwarna-warni, dan bau rempah-ratus serta makanan pastinya tidak dapat dilupakan.
Bandar Marrakech suatu ketika dahulu terkenal sebagai (Tanah Para Wali) atau (Kota Abul Abbas Assabtiy - salah seorang dari Tujuh Wali Maghribi).
Bandar Marrakech suatu ketika dahulu terkenal sebagai (Tanah Para Wali) atau (Kota Abul Abbas Assabtiy - salah seorang dari Tujuh Wali Maghribi).
" تربة الأولياء وبلدة أبي العباس السبتي "
Dikatakan bahawa setiap laluan di bandar ini pernah dilalui para wali. Namun, gelarannya sebagai “Kota Merah” (kerana kesemua binaan di sini dicat dengan warna merah) atau "مدينة سبعة رجال" (Kota Tujuh Wali) telah masyhur sebelum itu.
Bandar Marrakech mempunyai pelbagai tariqah sufi. Ahli sufi di sini bebas memilih tariqah yang sesuai dengan adat dan suasana kehidupan mereka serta dapat memenuhi tuntutan kehidupan mereka secara jasmani dan rohani. Oleh itu, kita dapat melihat ramai orang di sini yang berbai’ah atau mengikuti satu tariqah atau lebih, atau mengikuti tokoh-tokoh yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sesuatu tariqah, tetapi diikuti kerana budi pekertinya yang mulia dan kebaikannya terhadap manusia.
Tokoh-tokoh penting yang memimpin tasawwuf dan memberikan kesan terhadap tasawwuf itu sendiri. Antaranya ialah Al-Junaid, Al-Jailani, Al-Ghazali, Abu Madyan, Ibn Masyisy, dan Asy-Syazili, di samping pelbagai tariqah yang tidak terkira bilangannya, seperti kata pepatah, “jalan menuju Allah itu sebanyak hembusan nafas sekalian makhluk-Nya”. Oleh yang demikian, pembahagian fasa ini secara umumnya terkesan dengan tasawwuf sekalian tokoh di atas tersebut.
Kini kehinaan yang menimpa umat Islam bukan sahaja disebabkan kerana musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam telah meremeh-remehkan persoalan iman, syariat san akhlak iatu tiga tunggak maruah dalam Islam. Jika iman kuat, syariat kemas dan akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjadi tuan si dunia sebelum
menjadi tuan di Akhirat.

Ulasan
Catat Ulasan