( Aktiviti kokurikulum ).
Pengajian Abuya Ashaari
Muhammad At Tamimi praktikal.
Dalam kuliah Abuya berikan ilmu
bahawa Islam adalah agama
yang lengkap lahir dan batin.
Setelah kita mempelajari, memahami dan meyakini ilmu yang disampaikan.
( Cucu-cucu Abuya tadarus sesama di Rawang 2018 ).
Kemudian Abuya mengajak
murid-muridnya melaksanakan
Ilmu yang dipelajari menjadi
amalan dalam kehidupan.
Ilmu yang diterima untuk menjalankan dua peranan manusia didunia iaitu sebagai hamba Allah dan khalifahNya.
( Anak-anak Abuya dan cucu2 berbuka puasa 2018 di Bangi ).
"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta membawa kita mengenal Allah SWT."
Setelah difahami, diyakini bahawa peranan kita tersebut iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah didunia ini. Maka praktikal nya kita diminta memberikan khidmat kepada masyarakat disamping tidak mengabaikan hubungan dengan Allah SWT.
( Antara aktiviti kebudayaan ).
Abuya terus mendidik kita
istiqamah dalam beramal dengan
amalan hablumminallah
seperti solat dan sebagainya.
Ilmu yang tepat melahirkan
insan yang beramal mengikut
minat, bakat dan kemampuan
masing-masing.
Bagi Abuya ilmu wajib disertakan amal. Beliau mengingatkan "ilmu tanpa amal sia-sia. Amal tanpa ilmu gila."
Ajaran Islam boleh dipraktikkan dimana sahaja. Dengan pendekatan pengajian yang praktikal, mencetuskan kesedaran dikalangan murid-muridnya . Dan rasa benar-benar komited dan ambil tanggungjawab bagaimana hendak merealisasikan ilmu-ilmu tersebut. Iaitu kita adalah hamba Allah dan juga khalifahNya.
( Perbarisan pelajar-pelajar dihadapan sekolah yang Abuya asaskan di Sungai Penchala Kuala Lumpur ).
Ertinya bagaimana kita hendak memantapkan ilmu tentang Ahli Sunnah Waljamaah. Samada dalam hal keyakinan dan berusaha menegakkan syariat dalam kehidupan. Maka sudah mudah untuk merialisasikan cara hidup Islam.
Maka dengan bimbingan dan pimpinan yang kita dapat dari Abuya terus kita mengamalkan serta memperjuangkan Islam itu dalam apa jua aspek kehidupan
yang kita lalui didunia ini.
Ulasan
Catat Ulasan