UMAT ISLAM PERLUKAN TARBIAH YANG TEPAT.
Usaha-usaha mendidik serta memimpin masyarakat ke arah
menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, amatlah perlu dan penting.
Sebab usaha-usaha mengajar kan Islam secara serpihan dan terpisah yang telah dibuat sekian lama, hasil nya begitu mendukacitakan.
Hingga hari ini umat Islam gagal untuk melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup, sekali gus gagal untuk menjadi satu bangsa yang merdeka, berdaulat
aman dan makmur serta mendapat keampunan dan pertolongan daripada Allah SWT.
Kita kini ialah umat Islam yang terpaksa bergantung nasib pada bangsa lain yang bukan Islam, iaitu musuh-musuh Islam. Segala-gala yang kita miliki hari ini adalah pinjaman yang kita buat daripada bangsa yang bukan sebangsa dan seagama
dengan kita.
Pendidikan, ekonomi, politik, ilmu pengetahuan, makanan, pakaian dan rumahtangga kita semuanya bikinan orang lain, yang kita mengaku kepunyaan
kita. Wal hal kita adalah umat Islam.
Allah dan Rasul pemimpin kita. Al Quran dan As Sunnah panduan kita.Kehidupan sunnah adalah cara hidup kita.
Ulasan
Catat Ulasan