WAJAH MALAYSIA SELEPAS PRU14 2018.
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, kini namanya muncul kembali. Setelah Tun Dr. Mahathir menang dalam pilihanraya PRU14. Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi. Sebagai mana kita banyak kongsikan sebelum ini. Ertinya masyarakat akan bertanya dengan Abuya melaui keluarga . Apakah panduan seterusnya daripada Abuya tentang Malaysia.
( Pakatan Harapan menang PRU14 2018 )
Semua rakyat Malaysia ternanti-nanti apakah wajah Malaysia selepas ini. Kalau kita tidak dapat panduan daripada Abuya kita juga cemas seperti rakyat Malaysia umumnya. Kerana kita bukan orang Tuhan yang mendapat ilham atau inspirasi rohani. Bagi orang Tuhan seperti Abuya mendapat panduan daripada Tuhan malalui ilham.
Buat kali pertama kerajaan Malaysia berubah. Sejak merdeka dan sejak penubuhan Malaysia, rakyat tidak pernah kenal kerajaan lain selain BN (dan Perikatan sebelum 1974).
Kini pembangkang buat kali pertama menjadi kerajaan. Atas nama Pakatan Harapan (HARAPAN), pembangkang tegar DAP kini berada bersama dengan BERSATU, PKR dan AMANAH, untuk mentadbir negara sebagai sebuah kerajaan baru.
Prestasinya amat memberangsangkan dengan kejayaan 89 peratus untuk kerusi parlimen dan 97 peratus untuk DUN.Harapan DAP adalah untuk membebaskan Malaysia daripada belenggu kleptokrasi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Bersama HARAPAN, matlamat ini telah dicapai.
Apapun yang berlaku samada
di peringkat dunia atau dalam
negara, kena sesuaikan ikut
acuan yang telah Tuhan
kehendaki. Ertinya manusia
kena memahami JADUAL ALLAH.
di peringkat dunia atau dalam
negara, kena sesuaikan ikut
acuan yang telah Tuhan
kehendaki. Ertinya manusia
kena memahami JADUAL ALLAH.
Tapak kebangkitan Islam di Timur.
Kerana sekarang Tuhan sedang pergilirkan untuk Timur menjadi empayar atas nama Islam.Barat telah menerajui dunia sekian lama. Kini barat ibarat singa tua. Untuk maklumat terperinci boleh rujuk tulisan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, dalam bukunya barat diambang maut.
Ulasan
Catat Ulasan