AGAMA ALLAH SYUMUL.
( Perbarisan pelajar-pelajar di Sg. Penchala ).
Pengajian Islam yang kita terima
dari guru mursyid telah jelaskan
bahawa Islam agama syumul.
Ertinya bahawa agama Islam lengkap ada lahir dan ada yang batin.
( Pendidikan Abuya di Sendayan 2018).
Dalam kuliah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi tegaskan,
beliau berikan ilmu bahawa Islam adalah agama yang lengkap lahir dan batin. Setelah kita mempelajari,
memahami dan meyakini ilmu yang disampaikan.
( Di ladang kurma dikendalikan oleh syarikat Abuya ).
Kemudian Abuya mengajak murid-muridnya melaksanakan
Ilmu yang dipelajari menjadi
amalan dalam kehidupan.
Ilmu yang diterima untuk menjalankan dua peranan manusia didunia iaitu sebagai hamba Allah dan khalifahNya.
"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta membawa kita mengenal Allah SWT."
( Kolam ternak ikan diusahakan oleh anak Abuya di Negeri 9 pd 2018 ).
Setelah difahami, diyakini bahawa peranan kita tersebut iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah didunia ini. Maka praktikalnya
kita diminta memberikan khidmat
kepada masyarakat disamping tidak mengabaikan hubungan dengan Allah SWT.
( Masyarakat berikan kepercayaan kepada anak murid Abuya 2018 ).
Abuya terus mendidik kita
istiqamah dalam beramal dengan
amalan hablumminallah
seperti solat dan sebagainya.
Ilmu yang tepat melahirkan insan
yang beramal mengikut
minat, bakat dan kemampuan
masing-masing.
Bagi Abuya ilmu wajib disertakan amal. Beliau mengingatkan "ilmu tanpa amal sia-sia. Amal tanpa ilmu gila."
( Cucu Abuya bersama dengan masyarakat di Australia ).
Ajaran Islam boleh dipraktikkan dimana sahaja. Dengan pendekatan pengajian yang praktikal, mencetuskan kesedaran dikalangan murid-muridnya . Dan rasa benar-benar komited dan ambil tanggungjawab bagaimana hendak merealisasikan ilmu-ilmu tersebut. Iaitu ilmu kita adalah hamba Allah dan juga khalifahNya.
Ertinya bagaimana kita hendak memantapkan ilmu tentang Ahli Sunnah Waljamaah. Samada dalam hal keyakinan dan berusaha menegakkan syariat dalam kehidupan. Maka sudah mudah untuk merialisasikan cara hidup Islam.
( Anak Abuya dengan aktiviti pertanian di Seremban ).
Maka dengan bimbingan dan pimpinan yang kita dapat dari Abuya terus kita mengamalkan serta memperjuangkan Islam itu dalam apa jua aspek kehidupan
yang kita lalui didunia ini.
Ulasan
Catat Ulasan