Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

HARI MERDEKA.

ERTI KEMERDEKAAN. Pada hari ini kemerdekaan disambut secara meluas dan rasmi di pelbagai Negara termasuk Negara umat Islam bagi memperingati hari kejayaan orang-orang terdahulu yang telah berusaha gigih berjuang dan berkorban untuk mendapatkan hak dan kebebasan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kejayaan tersebut ialah merupakan sebuah kejayaan dan kemenangan yang manis serta indah untuk diraikan oleh generasi seterusnya secara bangga apabila mereka menyedari bahawa nikmat keamanan dan kejayaan. Negara pada hari ini adalah merupakan hasil titik peluh dan pengorbanan darah datuk-nenek moyang mereka dahulu.  Pada hari ini kemerdekaan disambut secara meluas dan rasmi di pelbagai Negara termasuk Negara umat Islam bagi memperingati hari kejayaan orang-orang terdahulu yang telah berusaha gigih berjuang dan berkorban untuk mendapatkan hak dan kebebasan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kejayaan tersebut ialah merupakan sebuah kejayaan da

MINDA MELAYU BARU.

TEAM RASULULLAH AKHIR ZAMAN. Pernah suatu ketika,Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku. Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku.Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.Kata Sayidina Ali: "Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut,iaitu 313 orang lelaki,seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi.Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung,nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah." Dari Ibnu Umar RA k

ERA KEBANGKITAN ISLAM.

Istana Al Hamra KEBANGKITAN PERTAMA DAN KEDUA. Mengimbau kembali XPDC dakwah pada tahun 1985 bersama dengan Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi ke bumi Eropah. Terutamanya bekas empayar Islam di Andalusia. Dari bumi Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis. Ahlul Bait membawa Islam ke Timur dan Barat. Motivasi masuknya Islam ke Spanyol dilatar belakangi oleh semangat da’wah dan roh amalan Islam. Islam di Spanyol telah berjaya selama kurang lebih 700 tahun (711- 1609 M). Spanyol telah menjadi pusat peradaban Islam selain Bagdad dan Mesir. Perkembangan dakwah pesat berlaku dan meluas dari Timur hingga ke Barat. Angin dakwah telah mula bertiup pesat dari zaman Saidina Umar Al-Khattab hinggalah tiga perempat dunia. Selama kurun waktu tersebut kemajuan dan perkembangan peradaban Islam di Spanyol tidak hanya memiliki erti penting bagi perkembangan ilmu dan teknologi dalam lingkup peradaban dunia Islam, tapi juga telah tercatat mempunyai erti penting bagi perkembangan pe

SAKIT ROHANI.

PENYAKIT ROHANI. Soal rosak iman dan rosak akidah ini adalah satu penyakit rohani. Penyakit rohani balanya membawa ke Akhirat. Ia boleh menyebabkan kekal dalam Neraka selama-lamanya. Kalau kita sanggup mengeluarkan bajet yang besar untuk penyakit fizikal kenapa penyakit rohani kita tidak sanggup sedangkan akibatnya sampai ke Akhirat. Penyakit rohani seperti Black Metal lebih dahsyat lagi. Black Metal juga adalah cabang muzik Metal yang paling tinggi, keras dan ganas dalam muzik underground (liar).  Rentak muzik keras, sebutan sukar difahami dan lirik berbagai pemujaan pelbagai nama syaitan, anti ketuhanan dan keagamaan, bunuh diri seks bebas, dianjurkan dalam lagu Black Metal yang disebarkan keseluruh dunia termasuk Malaysia.  Tidak cukup dengan muzik, pemuzik dan pengikutnya dikehendaki mengisytiharkan diri murtad, melakukan ritual memuja syaitan, membakar kitab suci al-Quran dan memberontak terhadap sistem kemanusiaan dan perundangan. Teracunnya jiwa remaja kita dengan ben

JASAD TANPA ROH IBARAT BANGKAI.

MANUSIA ADALAH BANGKAI. Firman Allah SWT: قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا. Maksudnya: "Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya."(Asy Syams:9-10) Roh atau hati adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia itu ditentukan oleh roh,akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh manusia itu dikatakan mukallaf. Yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah SWT. Wajib patuh arahannya dan menjauhi larangan Tuhan. Tanpa roh, perintah dan larangan tidak ada erti apa-apa. Bukan semua roh itu menjalankan perintah larangan dan menjauhi larangan. Ada juga roh melanggar perintah dan melakukan larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu. Roh yang taat, cinta dan takutkan Tuhan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi hati atau roh yang rosak atau kotor akan me

Malaikat, Binatang dan Manusia.

Firman Allah SWT: لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ Maksudnya: "(Malaikat itu) tidak pernah menderhakai Allah SWT terhadap apa yang diperintah-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At Tahrim :6). Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukallaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti firman Allah di atas. 2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak muallaf.Tidak dipertanggungjawab syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.

HATI TEROPONG ROH.

TEROPONG ROHANI. Allah SWT telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Menganugerah kan, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan, dan yang mematikan. Allah SWT lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah SWT lah yang menentukan nasib makhluk.Allah SWT lah yang memberi bekas (muassir). Selain-Nya semua tidak gagah, tidak lebih besar dan tidak memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak gagah, besar dan hebat dan berkuasa. Hakikatnya semua makhluk Allah itu tetap dalam genggaman Allah SWT. Perlu diingat juga bahawa sifat-sifat yang jahat ini sudah wujud bersama lahirnya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarnya. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar. Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti di awal-awal lagi. Dengan menggunakan teropong rohani atau mata hat

KEJAYAAN MENDIDIK MANUSIA.

KEJAYAAN DAKWAH/TARBIAH. Umat Islam perlukan dakwah dan tarbiah. Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia. Sehingga manusia takut dan cinta kepada Tuhan. Cinta dan takut menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal,roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga unsur anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau para pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya pendidikan itu rapat dengan rohaniah manusia. Seorang p emimpin, pendidik itu mesti mampu menyelesaikan masalah serta menjadi role model kepada orang ramai.Oleh kerana ramai orang yang belum

KEPERLUAN DAULAH ISLAM.

Daulah Islam perlukan pemimpin. Seorang p emimpin mesti mampu menyelesaikan masalah serta menjadi role model kepada orang ramai.Oleh kerana ramai orang yang belum faham Islam, maka macam-macamlah masalah dan persoalan yang akan dibangkitkan. Jentera pendidikan insan mesti mampu menjawab masalah dan persoalan serta mampu menjadi kaunselor kepada rakyat. Kalau begitu tentulah para pemimpin pejuang itu perlu terlebih dahulu menghayati dan mengamalkan Islam secara syumul sebagai role model kepada pengikut dan kepada orang ramai. Kalau dahulu Rasulullah dan para Sahabat hidup mereka seperti “ruhbanufillail waful’sanu binnahar” (bagai abid di malam hari dan singa pada siangnya). Model atau contoh masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul mestilah wujud.Kalau kita bercerita tentang kebagusan sehelai baju, orang akan lebih yakin kalau dapat lihat contoh atau model yang memakainya. Kalau nampaknya betul-betul cantik dan kemas, mudahlah mereka menerima dan meniruny

RAHSIA DI TANGAN YAHUDI

RAHSIA DITANGAN YAHUDI. Rahasia Kekuatan Dan Kelemahan Umat Islam Di Tangan Musuh. Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi. Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam? Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham. Yang pertama : Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan

ROH MEDIA SOSIAL.

PEMBANGUNAN ROHANI. Roh manusia yang hidup dan tenaga manusia yang terlatih dan terdidik dalam berjuang dan  menyampaikan minda tersebut.Tanpa roh dan tenaga yang terlatih dan terdidik, akan terjadilah proses trial and error yang akan melambatkan proses dan kejayaan program pembangunan insan itu. Kerja yang boleh dibuat selama enam bulan, terpaksa memakan masa lima tahun misalnya. Hal ini sungguh bahaya. Gabungan roh yang hidup dan tenaga manusia yang terlatih dan terdidik dapat capai kebangkitan dan kegemilangan Islam kali kedua. Penguasaan minda atau ilmu yang mesti ada untuk menyegerakan kerja pendidikan insan bagi sesebuah negeri atau negara itu ialah ilmu yang terbukti kemampuannya membentuk manusia Islam yang sanggup mengamalkan cara hidup Islam di semua aspek. Orang yang telah menerima pendidikan sekular yang mementingkan sijil dan degri sahaja, iaitu siswazah keluaran universiti ini tidak mampu untuk membangunkan rohani manusia. Hal ini menurut pandangan ulama a

TAQWA ADALAH SEBAIK-BAIK BEKALAN...

Taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk didunia dan di Akhirat. Oleh kerana inilah umat Islam kena tingkatkan baiki diri hari demi hari. Baiki ibadah lahir dan batin. Ibadah yang wajib dan sunat, tingkatkan ibadah tambahan dan tambah kualiti amalan. Taqwa itu sangat penting. Ia merupakan aset umat Islam dunia dan Akhirat. Ia adalah keselamatan dunia dan Akhirat. Ia adalah kemenangan dunia dan Akhirat. Ia adalah juga perlindungan dunia dan Akhirat.Semenjak dahulu, inilah faktor yang membawa kepada bantuan Allah SWT di dalam segala usaha ikhtiar umat Islam. T erutama di kalangan para Sahabat. Allah buka pintu hati manusia sehingga mudah menerima kebenaran, mudah menerima Islam dan mudah dalam perjuangan.  Allah buka laluan kepada perkembangan Islam yang pesat. Allah buka laluan dengan didatangkan para pendokong yang berkemampuan membangunkan umat. Allah datangkan rasa berani yang luar biasa kepada umat Islam dan rasa ketakutan yang amat sangat kepada para penentang.

SILATURRAHIM SATU JIHAD.

Roh jihad melahirkan natijah-natijah yang positif dan baik. Antaranya ialah melahirkan masyarakat yang bersilaturahim atau yang bersatu padu. Jihad yang ada roh menghasilkan masyarakat yang bersilatur rahim. Masyarakat yang berkasih sayang. Bagi mencetuskan silaturrahim perlukan mujahadah terhadap nafsu. Lebih-lebih lagi kita yang pernah salah faham antara satu sama lain. “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain,  dan (peliharalah) hubungan silatur rahim . Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”  (Surah an-Nisaa’, 4: 1). Allah menggandingkan di antara saranan supaya bertaqwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang dari memutuskan hubungan silatur rahim yang mana dengannya dapat menegaskan akan maksud tersebut, yang bahawa betapa wajibnya menunaikan hak-hak Allah, maka adalah juga wajib untuk menegakkan hak-hak makhluk, khususnya adalah yang termasuk pe

ROH AMALAN KORBAN.

. Dalam Islam, amalan yang ada roh memberi kekuatan kepada pengamalnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam sempena raya korban atau Aidiladha yang ada roh memberikan sesuatu kekuatan kepada umat Islam yang melakukan pengorbanan.  Antara natijah amalan yang ada roh, seperti pengorbanan diraya haji natijahnya terhubung kembali sesama umat Islam. Bukan saja ada nilai pahala korban ia juga dapat menghiburkan sesama umat Islam. Lahirlah hubungan silaturrahim antara yang mampu dengan orang yang menerima  pembelaan. Tumbuhlah kasih sayang sesama umat Islam. Menurut panduan yang kita dapat dari guru mursyid, anak kunci perpaduan sesama manusia lebih-lebih lagi umat iaitu iaitu kasih sayang. Kasih sayang yang dilakukan bersama roh. Ertinya kasih sayang yang ada roh melahirkan perpaduan yang jitu. Begitu juga amalan  sembahyang berjemaah yang ada roh adalah asas disiplin. Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-di
KEMBARA KASIH SAYANG. Sempena raya korban, disamping koeban yang biasa dilakukan  oleh umat Islam dengan mengorbankan lembu dan sebagainya. Kita juga terus ambil peluang menyampaikan mesej korbankan perasaan untuk bermaaf-maafan sesama umat Islam. Iaitu korbankan perasaan supaya dapat cetuskan kasih sayang. Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakannya lagi. Manusia tidak lagi memikirkan nya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya.Sedang kan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita? Abuya mengajak keluarga dan pengikutnya memperjuangkan kasih sayang.Dalam perjuangan Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Ada era kasih sayang yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah p
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah." Lalu beliau membaca: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (Al Hijr: 75)

ROH KEGEMILANGAN ISLAM.

ROH KEGEMILANGAN ISLAM. Rasulullah SAW telah berjaya menanamkan iman kedalam hati umat Islam yang bersamanya. Mereka itulah yang dikenali dengan para sahabat. Iaitu mereka yang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Para sahabat menjadi anak-anak murid kepada Rasulullah SAW. Merekalah yang mewarisi perjuangan Rasulullah SAW. Mereka terus mempertahankan perjuangan dan mengembang kannya keseluruh dunia. Hingga mereka berjaya mengusai tiga suku dunia dan mengislamkan manusia ketika itu. Di tangan para Sahabat telah melahirkan para tabein. Mereka yang menyambung daripada para sahabat dikenali dengan gelaran tabien. Golongan tabien meneruskan perjuangan Islam yang mereka terima dan berjaya melahirkan tabeuttabien. Tempoh masa tersebut berjalan selama 300 tahun. Mereka yang berada dalam tempoh masa tersebut dinamakan masyarakat salafussoleh. Itulah buah perjuangan di era kebangkitan Islam pertama. Zaman mereka (salafussoleh) adalah zaman yang cemerlang. Islam berada dimercu keagunganny

POLITIK ISLAM.

SIASAH ISLAMIAH Perkataan ‘Politik’ asalnya dari bahasa Latin atau Greek tua. Namun ia diterima sebagai bahasa antarabangsa. Semua bangsa di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakan negara di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakan negara di dunia memahami dan melaksanakan politik dengan maksud yang begitu sempit dan silap sekali. Politik pada umum manusia diertikan sebagai perbuatan merebut jawatan untuk memerintah negara. Bentuk dan sistem pemerintahan negara yang akan dilaksanakan selepas mendapat jawatan itu tidak diberi perhatian serius. Bahkan tidak diheboh-hebohkan sebagaimana diheboh-hebohkan kerja-kerja untuk mendapatkan jawatan. Berpolitik telah dipesongkan maknanya sebagai menyertai mana-mana badan politik untuk ikut serta dalam pilihan raya. Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana-mana parti dan ikut serta dalam pilihan raya yang berlangsung beberapa tahun sekali. Kemudian sama ada dia menang atau tidak d
NEGARA ISLAM. Rumahtangga yang dibina tanpa ikatan Iman dan Taqwa akan mengeluarkan benih-benih yang mudah dirosakkan. Kerana itulah ibu bapa perlu berubah menjadi baik, membina Iman didalam diri. Barulah akan terbit benih-benih yang mulia. Rangkaian rumah tangga yang bertaqwa menjadi mata rantai negara Islam yang boleh menjadi model di Akhir zaman ini. Negara Islam ( Daulah Islamiah) yang dibina tanpa ikatan Iman dan Taqwa akan menjadikan rakyat yang rosak dan menolak kebaikan yang diberikan. Masyarakat mudah liar bila tidak diberikan iman. Gejala negatif mudah mereka terima. Kerana itulah pemimpin perlu berubah menjadi baik, membina Iman didalam diri. Barulah akan terbit benih-benih yang mulia. Dan dapat melahirkan masyarakat yang baik. Negara Islam yang akan dapat kempunan dan kemakmuran. Kita bersyukur berada di bumi Timur. Malaysia merupakan tapak kebangkitan Islam ditimur.  Kita rasa bersyukur kerana berada di bumi Timur ini. Cara bersyukur kepada Allah SWT menurut Imam

KEJAYAAN DI TENGAH UJIAN.

Jihad yang paling besar adalah dapat kawal emosi dan nafsu. Ketika para sahabat pulang daripada satu peperangan yang menentukan apakah Islam akan bersambung atau sebaliknya.  "Ternyata gerakan sufi yang dipimpin Abuya adalah gerakan sufi yang progresif." Ulasan dibuat oleh Dr. Gisela Webb, pensyarah universiti Seton Hall,New Jersey selepas pembentangan mengikuti kertas kerja di Mesyuarat Agung ke 11 the American Counsil for the study of Islamic Societies itu. Ramai dikalangan peserta yang terdiri dari para diplomat, para profesor meminta salinan kertas kerja Dr. syukri tersebut. Prof. Fred R.Von Der Mehden dari universiti Rice yang banyak buat kajian tentang politik dan gerakan Islam di Malaysia. Dr. Syukri membentangkan faktor kekuatan perjuangan dakwah Abuya hingga mampu melepasi pelbagai ujian, tentangan dan rintangan. Bagi para pemerhati tersebut adalah satu kepelikan Abuya dan  perjuangannya dapat bertahan malah terus pesat berkembang. Sedangkan ditekan dar

KEBANGKITAN ISLAM SEJAGAT.

KEBANGKITAN ISLAM SEJAGAT Barat telah kehilangan cara untuk membendung kebangkitan Islam yang digerakkan dari dunia sebelah Timur."Mereka menyedari mereka telah jauh ketinggalan kerana tidak mendapat sumber sebenar dalam pengkajian mereka." Menurut Judith Nagata, sarjana dari Universiti York Kanada. "Ia (Abuya ) mempunyai daya kepimpinan tinggi. "Selama ini Islam digambarkan sungguh menggemparkan, militan dan perlu ditakuti. Tetapi perjuangan Abuya menggambarkan keamanan. Pichai Pisoot, editor akhbar Dawsiam Thailand disini, berkata Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi layak menerima Hadiah novel keamanan. Pichai menyuarakan demikian dalam pertemuan dengan Abuya di bilik Hotel Star Inn. Pichai berkata dia bahagia dengan kedatangan Abuya ke Chiang Mai dan beliau bersedia menyiarkan apa saja berita atau rencana mengenai Abuya. Menurut Abuya mereka jadi baik kerana Islam menyuruh berbuat baik. "Kalau ada orang keji, kami ziarah mereka. Kami

ISLAM AGAMA FITRAH.

( Sekeluarga Kristian memeluk agama Islam di tangan Abuya ). ISLAM AGAMA FITRAH. Secara etimologis, asal kata fitrah dari bahasa arab “Fitratun” artinya perangai, tabiat, asal kejadian atau ciptaan. Menurut al-Qur’an, tabiat manusia adalah homo religious (makhluk beragama) yang sejak l0ahirnya membawa suatu kecenderungan beragama. Dalam hal ini, pada QS. al-Rum (30): 30 Allah berfirman : فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُون "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Ar Rom 30:30). Setelah menempuh beberapa kejayaan yang memberangsang kan di Thailand dan Indonesia, kehadiran Abuya di Filipina dijangka

ERA KEBANGKITAN ISLAM.

KEBANGKITAN ISLAM SEJAGAT Barat telah kehilangan cara untuk membendung kebangkitan Islam yang digerakkan dari dunia sebelah Timur."Mereka menyedari mereka telah jauh ketinggalan kerana tidak mendapat sumber sebenar dalam pengkajian mereka." Menurut Judith Nagata, sarjana dari Universiti York Kanada. "Ia (Abuya ) mempunyai daya kepimpinan tinggi. "Selama ini Islam digambarkan sungguh menggemparkan, militan dan perlu ditakuti. Tetapi perjuangan Abuya menggambarkan keamanan. Pichai Pisoot, editor akhbar Dawsiam disini, berkata Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi layak menerima Hadiah novel keamanan. Pichai menyuarakan demikian dalam pertemuan dengan Abuya di bilik Hotel Star Inn. Pichai berkata dia bahagia dengan kedatangan Abuya ke Chiang Mai dan beliau bersedia menyiarkan apa saja berita atau rencana mengenai Abuya. Menurut Abuya mereka jadi baik kerana Islam menyuruh berbuat baik. "Kalau ada orang keji, kami ziarah mereka. Kami tidak berm

Peralihan kuasa secara aman.

ABUYA BERGELANGGANG DALAM MASYARAKAT. Pada tahun  awal tahun tujuh puluhan telah mengirim anak-anaknya dan anak-anak kawannya menuntut ilmu di pondok pengajian Kupang Baling Kedah. Sekolah agama pondok tersebut bernama Yayasan Khairiah. Ia diasaskan oleh kawan Abuya sendiri. Ketika awal tujuh puluhan pondok tersebut diserahkan kepada Abuya. Abuya menerima dan mengirim tenaga mudir bersama kami pelajar-pelajar seramai 12 orang. Terdiri 6 orang pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan. Ketika itulah nama Anuar Ibrahim mula popular sempena tunjuk perasaan kerana kebuluran yang berlaku di Baling Kedah. Ada kejadian mati kerana kebuluran. Beliau atas nama penuntut pelajar Universiti Malaya ketika itu. Abuya berkawan baik dengan Anuar Ibrahim. Ketika beliau membuka sekolah swasta di Kampung Baru Abuya turut mendokong usahanya dengan mengirim anak sulung perempuannya belajar di sekolah Anuar Ibrahim yang bernama Yayasan Anda. Ketika Anuar Ibrahim menjadi timbalan Perdana Menteri kep
MASYARAKAT KRISTIAN FILIPINA MENGULANGI SEJARAH MASYARAKAT KRISTIAN MESIR. Negara Mesir tidak terkecuali dilanda oleh kebangkitan Islam sekali lagi. Abuya tidak putus-putus mengirim delegasi dakwah ke Mesir. Mesir merupakan negara Islam yang cukup besar di Afrika. Jumlah penduduknya 41.990.000 jiwa, sebagian besar penduduknya beragama Islam, sedangkan bakinya 3 juta jiwa beragama Kristian. Pada masa Khalifah Umar Bin Khattab, Mesir dalam penjajahan bangsa Rom Timur, dan yang menjadi Gabenor Mesir pada saat itu ialah Mauqauqis. Pada saat itu bangsa Mesir sangat menderita kerana penjajahan yang tidak kenal belas kasihan. Oleh Kerana itu, Amr Bin Ash selaku panglima perang mengusulkan kepada Khalifah Umar Bin Khattab untuk membebaskan Mesir dari penjajahan Rom Timur. Usul ini diterima dan pasukan Islam yang membawa 4000 orang siap membebaskan Mesir.  Pasukan yang dipimpin Amr ini memasuki daerah Mesir melalui padang pasir terus mamasuki kota kecil bernama Al Arisy, d

KELUARGA KRISTIAN TERIMA ISLAM.

DAKWAH ISLAM MENEPATI FITRAH DI TERIMA KELUARGA KRISTIAN. Penerimaan sebuah keluarga Kristian di Manila terhadap minda Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi serta pengislaman beberapa ahli keluarga itu selepas mengenali Abuya. Penulis sempat menyaksikan bagaimana penerimaan keluarga Kristian tersebut terhadap Islam yang Abuya perjuangkan. Penulis menyaksikan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Abuya di Filipina melengkapkan misi dakwah Abuya dibumi sebelah Timur. Manakala sambutan baik daripada kalangan golongan intelek, ahli perniagaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan beragama Kristian di sini. Hasil melihat perubahan yang berlaku kepada Abu Khairullah, salah seorang ahli keluarga itu yang telah memeluk agama Islam di tangan Abuya. Beberapa ahli keluarga yang lain menyatakan kesedian untuk memeluk Islam melalui Abuya. Ia dimulai dengan bapa mertua Abu Khairullah, Louie L. Balatbat 60 tahun seorang ahli perniagaan dan ahli politik yang memeluk Islam ditangan Abuya. A