.
Dalam Islam, amalan yang ada roh memberi kekuatan kepada pengamalnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam sempena raya korban atau Aidiladha yang ada roh memberikan sesuatu kekuatan kepada umat Islam yang melakukan pengorbanan.
Antara natijah amalan yang ada roh, seperti pengorbanan diraya haji natijahnya terhubung kembali sesama umat Islam. Bukan saja ada nilai pahala korban ia juga dapat menghiburkan sesama umat Islam. Lahirlah hubungan silaturrahim antara yang mampu dengan orang yang menerima pembelaan. Tumbuhlah kasih sayang sesama umat Islam.
Menurut panduan yang kita dapat dari guru mursyid, anak kunci perpaduan sesama manusia lebih-lebih lagi umat iaitu iaitu kasih sayang. Kasih sayang yang dilakukan bersama roh. Ertinya kasih sayang yang ada roh melahirkan perpaduan yang jitu. Begitu juga amalan sembahyang berjemaah yang ada roh adalah asas disiplin. Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan. Abuya melatih kita menyusun kasut/selipar sebelum masuk ke rumah atau masjid, atau di mana sahaja. Falsafah dan hikmah dari menyusun kasut, ada praktikal fardu ain dan fardu kifayah. Bila kita berjemaah di masjid atau di surau yang ahli jemaahnya, ramai sudah tentu kasut sangat terserlah bersepah jika ianya tidak di susun.
Bagi yang keluar atau masuk selalunya memijak selipar/kasut yang ada. Kalau tapak selipar/kasut yang kotor lagi bernajis akan mengotorkan dan meninggalkan najis pada kasut atau selipar yang lain.
Contohnya, kalau orang masuk ke dalam masjid lalu terpijak selipar/kasut yang terkena najis, maka merebaklah najis ke dalam ruang masjid. Bagaimana kita bersembahyang di ruang yang sudah terkena najis? Sedangkan dari ilmu yang kita pelajari, sembahyang membawa najis hukumnya tidak sah. Tertolaklah amalan solat kita jika dalam keadaan bernajis.
Amalan yang ada roh melahirkan yang ada jiwa untuk lakukan kebangkitan Islam sekali lagi. Masyarakat yang amalan mereka mempunyai roh memberi kekuatan kembali kepada masyarakat. Ertinya masyarakat yang mengulangi kekuatan amalan para sahabat yang ada roh. Iaitu melahirkan masyarakat yang baik disiplin
nya.
nya.
Samada disiplin dengan Tuhan atau disiplin dengan manusia. Kejayaan umat Islam ialah mereka kuat dan taat dengan agama mereka. Dari umat Islam yang sangat kuat menjaga disiplin agama mereka.
Ulasan
Catat Ulasan