DAKWAH ISLAM MENEPATI FITRAH DI TERIMA KELUARGA KRISTIAN.
Penerimaan sebuah keluarga Kristian di Manila terhadap minda Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi serta pengislaman beberapa ahli keluarga itu selepas mengenali Abuya. Penulis sempat menyaksikan bagaimana penerimaan keluarga Kristian tersebut terhadap Islam yang Abuya perjuangkan.
Penulis menyaksikan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Abuya di Filipina melengkapkan misi dakwah Abuya dibumi sebelah Timur. Manakala sambutan baik daripada kalangan golongan intelek, ahli perniagaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan beragama Kristian di sini. Hasil melihat perubahan yang berlaku kepada Abu Khairullah, salah seorang ahli keluarga itu yang telah memeluk
agama Islam di tangan Abuya.
Beberapa ahli keluarga yang lain menyatakan kesedian untuk memeluk Islam melalui Abuya. Ia dimulai dengan bapa mertua Abu Khairullah, Louie L. Balatbat 60 tahun seorang ahli perniagaan dan ahli politik yang memeluk Islam ditangan Abuya.
Anak perempuannya Chereto 33 tahun dan cucunya turut ikut memeluk Islam. Ada keluarga yang lain masih beragama Kristian tetap menerima Islam yang Abuya perkenalkan kepada mereka.
Ulasan
Catat Ulasan