KEJAYAAN DAKWAH/TARBIAH.
Umat Islam perlukan dakwah dan tarbiah. Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia. Sehingga manusia takut dan cinta kepada Tuhan.
Cinta dan takut menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal,roh dan nafsu).
Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga unsur anggota batin yang tidak nampak itu.
Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga unsur anggota batin yang tidak nampak itu.
Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau para pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya pendidikan itu rapat dengan rohaniah manusia.
Seorang pemimpin, pendidik itu mesti mampu menyelesaikan masalah serta menjadi role model kepada orang ramai.Oleh kerana ramai orang yang belum faham Islam, maka macam-macamlah masalah dan persoalan yang akan dibangkitkan.
Ulasan
Catat Ulasan