Langkau ke kandungan utama

JASAD TANPA ROH IBARAT BANGKAI.


MANUSIA ADALAH BANGKAI.

Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا.
Maksudnya: "Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya
dan rugilah orang-orang yang mengotorinya."(Asy Syams:9-10)

Roh atau hati adalah merupakan hakikat diri manusia.
Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia itu ditentukan oleh roh,akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai.
Kerana adanya roh manusia itu dikatakan mukallaf. Yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah SWT.
Wajib patuh arahannya dan menjauhi larangan Tuhan.

Tanpa roh, perintah dan larangan
tidak ada erti apa-apa. Bukan semua roh itu menjalankan perintah larangan dan menjauhi larangan. Ada juga roh melanggar perintah dan melakukan larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu.

Roh yang taat, cinta dan takutkan Tuhan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi hati atau roh yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi.

Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam diri. Menjadi penentu baik
atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...