Langkau ke kandungan utama

ROH KEGEMILANGAN ISLAM.


ROH KEGEMILANGAN ISLAM.

Rasulullah SAW telah berjaya menanamkan iman kedalam hati umat Islam yang bersamanya. Mereka itulah yang dikenali dengan para sahabat. Iaitu mereka yang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW.

Para sahabat menjadi anak-anak murid kepada Rasulullah SAW. Merekalah yang mewarisi perjuangan Rasulullah SAW. Mereka terus mempertahankan perjuangan dan mengembang kannya keseluruh dunia. Hingga mereka berjaya mengusai tiga suku dunia dan mengislamkan
manusia ketika itu.

Di tangan para Sahabat telah melahirkan para tabein. Mereka yang menyambung daripada para sahabat dikenali dengan gelaran tabien. Golongan tabien meneruskan perjuangan Islam yang mereka terima dan berjaya melahirkan tabeuttabien. Tempoh masa tersebut berjalan selama 300 tahun. Mereka yang berada dalam tempoh masa tersebut dinamakan masyarakat salafussoleh.

Itulah buah perjuangan di era kebangkitan Islam pertama. Zaman mereka (salafussoleh) adalah zaman yang cemerlang. Islam berada dimercu keagungannya. Panji-panji Islam
berkibar selama 700 tahun. Selepas itu roh perjuangan Islam sudah tercabut dari dada-dada umat Islam. Syariat Islam sudah tidak di laksanakan sepenuhnya lagi. Islam is the way of life tidak mencorakkan kehidupan mereka
Islam mula masuk zaman kehancuran.

Kita yakin zaman gemilang seperti yang pernah dinikmati oleh umat Islam silam akan berulang sekali lagi. Iaitu tamadun yang ada roh. Ditangan mereka berlaku kemajuan dan hati mereka tetap bersama Tuhan. Kita diberi peluang untuk mencipta sejarah tersebut yang akan berlaku lagi di akhir zaman.

Maksud firman Allah:
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."(Az Zariat 51:56).

Maksud firman Allah:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".(Al Baqarah 2:30).

Perjuangan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi telah masuk era fasa kedua. Era perjuangan yang Tuhan merespon dan kita sendiri pun terkejut melihat hasilnya. Lahirlah masyarakat teknokrat yang berjiwa sufi. Seluruh hidupnya didalam pimpinan Allah. Iaitu golongan masyarakat yang cintakan Allah dan cintakan Akhirat.

Masyarakat yang rindukan Syurga dan takutkan Neraka. Mereka mengambil dunia sekadar keperluan sahaja. Mereka yang meletakkan dunia itu ditangan dan Akhirat dihati. Sebab itu dunia yang diperolehi senang dibahagi-bahagi dan Akhirat dibawa mati.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...