ERTI KEMERDEKAAN.
Pada hari ini kemerdekaan disambut secara meluas dan rasmi di pelbagai Negara termasuk Negara umat Islam bagi memperingati hari kejayaan orang-orang terdahulu yang telah berusaha gigih berjuang dan berkorban untuk mendapatkan hak dan kebebasan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kejayaan tersebut ialah merupakan sebuah kejayaan dan kemenangan yang manis serta indah untuk diraikan oleh generasi seterusnya secara bangga apabila mereka menyedari bahawa nikmat keamanan dan kejayaan.
Negara pada hari ini adalah
merupakan hasil titik peluh dan pengorbanan darah datuk-nenek moyang mereka dahulu.
Pada hari ini kemerdekaan disambut secara meluas dan rasmi di pelbagai Negara termasuk Negara umat Islam bagi memperingati hari
kejayaan orang-orang terdahulu
yang telah berusaha gigih
berjuang dan berkorban untuk mendapatkan hak dan kebebasan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kejayaan tersebut ialah merupakan sebuah kejayaan dan kemenangan yang manis serta indah untuk diraikan oleh generasi seterusnya secara bangga apabila mereka menyedari bahawa nikmat keamanan dan kejayaan Negara pada hari ini adalah merupakan hasil titik peluh dan pengorbanan darah datuk-nenek moyang mereka dahulu.
kejayaan orang-orang terdahulu
yang telah berusaha gigih
berjuang dan berkorban untuk mendapatkan hak dan kebebasan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kejayaan tersebut ialah merupakan sebuah kejayaan dan kemenangan yang manis serta indah untuk diraikan oleh generasi seterusnya secara bangga apabila mereka menyedari bahawa nikmat keamanan dan kejayaan Negara pada hari ini adalah merupakan hasil titik peluh dan pengorbanan darah datuk-nenek moyang mereka dahulu.
Ini kerana kemerdekaan dibeberapa buah tempat seperti ditanah arab misalnya hanya diperolehi setelah melalui proses yang amat payah seperti terpaksa berperang dan berjihad melawan penjajah dan bangsa asing bertahun-tahun lamanya. Banyak nyawa terkorban dan ramai pula wira yang muncul sebagai pembela dan pahlawan yang jasanya dapat dikenang sepanjang zaman atas keberaniannya mempertahan kan tanahair secara berprinsip dan bermaruah yang dapat dibanggakan oleh keturunannya dan generasi muda selepasnya.
Antara tokoh kemerdekaan di tanah arab yang masih dikenang sehingga ke hari ini ialah seperti Syeikh Omar al-Mukhtar yang merupakan tokoh pejuang Libya yang berjihad menentang Itali dan kemudian dihukum gantung pada 16 September 1931.
Semangat beliau masih dirasai sampai ke hari ini apabila revolusi ditanah arab yang berlaku baru-baru ini juga turut mengangkat sepanduk dan poster gambar beliau sebagai ikutan dan teladan mereka. Sejarah membuktikan bahawa kekejaman banyak berlaku sebelum kedatangan Islam apabila kaum wanita ditindas, orang ramai ditekan dan dizalimi oleh pemerintah yang zalim serta masyarakat hidup dalam keadaan kegelapan akibat wujud agama-agama dan kepercayaan yang tidak memenuhi fitrah seperti mengorbankan anak perempuan atau orang tertentu untuk menghiburkan para dewa-dewi agar sungai dan tanaman mereka tidak kering, paderi atau ahli agama tidak boleh bernikah, orang cerdik-pandai tidak boleh mengkaji sains dan memiliki kebebasan berfikir dan sebagainya yang akhirnya berjaya dihapuskan apabila Islam menguasai dunia.
Bukankah tamadun Islam datang kepada kita dengan membawa seribu satu macam penciptaan dan inovasi serta penemuan sains dan kemodenan ?
Agama Islam memberikan kebebasan kepada manusia membuat pilihan dan mengajar kita agar bertanggungjawab dan memikul sendiri akibat daripada sesuatu keputusan yang dipilih oleh diri kita. Ini dibuktikan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Tidak ada paksaan dalam (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”[Al-Baqarah:256]
Islam ditegakkan dengan hujah dan dakwah yang jelas sehingga manusia dapat membuat pilihan mereka sendiri dengan akal yang waras dan terbuka. Jihad pula hanya dilakukan sebagai usaha untuk membela keadilan dan mempertahankan umat Islam yang ditindas dan dizalimi oleh musuh-musuh Islam yang tidak redha kepada agama Allah SWT dan merasa sakit hati dengan kemuliaan dan kesempurnaan syariat Islam seperti firman-Nya, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir itu membencinya.Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik itu merasa benci.”[As-soff:8-9]
Manusia apabila tiada agama maka yang menyelamatkan mereka buat sementara waktu ialah nilai kemanusiaan atau disebut sebagai fitrah tanpanya maka akan habislah kita semua dibaham oleh sifat kebinatangan dan undang-undang rimba yang kuat berkuasa dan yang lemah menjadi mangsa.Tanpa agama hanya kemanusiaanlah yang berupaya menyelamatkan kita buat sementara waktu. Kerana itu apabila datangnya Islam maka ramailah orang berbondong-bondong memeluk Islam kerana mereka mendapati bahawa pada ajaran agama ini terdapat nilai kemanusiaan dan keadilan yang mampu memenuhi keperluan fitrah manusia.
Ulasan
Catat Ulasan