Langkau ke kandungan utama

MINDA MELAYU BARU.



TEAM RASULULLAH AKHIR ZAMAN.

Pernah suatu ketika,Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.
Maka bertanyalah para sahabat,

"Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"Rasulullah SAW menjawab,
"Bukan, malah kamu adalah sahabatku.Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.Kata Sayidina Ali:
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut,iaitu 313 orang lelaki,seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan.

Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi.Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung,nescaya akan mereka lakukan.
Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Dari Ibnu Umar RA katanya,
Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA, "Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?
" Baginda SAW menjawab,
"Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku

Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). (Muslim)

Rasulullah SAW ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:"Apabila azan sang muazin, berserulah dia,
'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga.Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW.Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga,juga tersangat rindu kepada suatu golongan dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti.Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku,
ialah manusia yang hidup sesudahku.Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."

Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing,seperti permulaannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." (H.R Muslim)

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku,
(mereka) memperjuangkan kebenaran,selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat.
Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka).Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya,"Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami.
Jawabnya,"Tidak.Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain.Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." (H.R Muslim)

Dari Abdullah RA, katanya:
"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan,
"Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?"
Rasulullah SAW menjawab,
"Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman