PEMBANGUNAN ROHANI.
Roh manusia yang hidup dan tenaga manusia yang terlatih dan terdidik dalam berjuang dan menyampaikan minda tersebut.Tanpa roh dan tenaga yang terlatih dan terdidik, akan terjadilah proses trial and error yang akan melambatkan proses dan kejayaan program pembangunan insan itu.
Kerja yang boleh dibuat selama enam bulan, terpaksa memakan masa lima tahun misalnya. Hal ini sungguh bahaya. Gabungan roh yang hidup dan tenaga manusia yang terlatih dan terdidik dapat capai kebangkitan dan kegemilangan Islam kali kedua.
Penguasaan minda atau ilmu yang mesti ada untuk menyegerakan kerja pendidikan insan bagi sesebuah negeri atau negara itu ialah ilmu yang terbukti kemampuannya membentuk manusia Islam yang sanggup mengamalkan cara hidup Islam di semua aspek.
Orang yang telah menerima pendidikan sekular yang mementingkan sijil dan degri sahaja, iaitu siswazah keluaran universiti ini tidak mampu untuk membangunkan rohani manusia. Hal ini menurut pandangan ulama akan berlaku tidak keseimbangan dalam pembangunan material. Kalau pun maju akan berlaku seperti didunia barat.
Media-media terutamanya media sosial digunakan untuk membantu mempercepatkan proses penyampaian mesej pendidikan insan itu ke seluruh negeri atau negara. Maksudnya, minda itu disalurkan ke tengah masyarakat melalui media sosial, buku, majalah, risalah, komik, gambar-gambar, kaset, video, radio, Tv, stiker, pamphlet dan lain-lain kaedah lagi. Kalau seluruh bentuk media dapat dikuasai oleh program pembangunan ini, insya-Allah, dalam masa yang singkat, separuh daripada masyarakat yang Islam dan yang bukan Islam akan faham dan sedar perihal keindahan dan kebaikan Islam. Lalu mereka akan melibatkan diri dalam projek membangunkan cara hidup Islam di dalam negeri atau negara.
Ulasan
Catat Ulasan