Langkau ke kandungan utama

KEPERLUAN DAULAH ISLAM.




Daulah Islam perlukan pemimpin. Seorang pemimpin mesti mampu menyelesaikan masalah serta menjadi role model kepada orang ramai.Oleh kerana ramai orang yang belum faham Islam, maka macam-macamlah masalah dan persoalan yang akan dibangkitkan. Jentera pendidikan insan mesti mampu menjawab masalah dan persoalan serta mampu menjadi kaunselor kepada rakyat.

Kalau begitu tentulah para pemimpin pejuang itu perlu terlebih dahulu menghayati dan mengamalkan Islam secara syumul sebagai role model kepada pengikut dan kepada orang ramai. Kalau dahulu Rasulullah dan para Sahabat hidup mereka seperti “ruhbanufillail waful’sanu binnahar” (bagai abid di malam hari dan singa pada siangnya).

Model atau contoh masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul mestilah wujud.Kalau kita bercerita tentang kebagusan sehelai baju, orang akan lebih yakin kalau dapat lihat contoh atau model yang memakainya. Kalau nampaknya betul-betul cantik dan kemas, mudahlah mereka menerima dan menirunya.
Tanpa model, macam-macam tandatanya akan timbul yang tidak selesai-selesai dan ini akan menyusahkan kita untuk membangunkan masyarakat Islam. Sebab itu Rasulullah menyiapkan masyarakat Islam contoh di Madinah. 

Walaupun kecil, kerana masih bertaraf toifah atau jemaah, tetapi menyakinkan. Dengan kuasa Negara ia akan mampu membesar. Orang tertarik dengan model yang baik dan menyakinkan itu.
Persiapan model masyarakat Islam tulen juga memberi pengalaman yang penting kepada para pejuang untuk membangunkan Islam di peringkat Negara. Yakni dalam jemaah atau parti. Negeri akan rujuk kepada jemaah. Negara akan rujuk kepada negeri dan seterusnya.

Itulah persiapan yang perlu ada untuk memulakan kerja membangunkan masyarakat Islam di sesebuah negeri atau negara. Sedangkan saya melihat, perkara ini tidak ada dalam senarai langkah-langkah membangun bersama Islam di Kelantan. Terdapat dalam mukasurat 8 risalah berkenaan, rancangan kempen kesedaran tutup aurat dan di muka surat 11, arahan yang berbunyi:
“Bila masuk waktu sembahyang, maka semua kakitangan kerajaan mesti berhenti bekerja untuk menunaikan solat secara berjemaah.”

Minta maaflah kalau saya terpaksa berterus-terang. Kedua-dua tajuk ini (tutup aurat dan sembahyang jemaah ) ada berbau pendidikan insan, ke arah melaksanakan sembahyang dan menutup aurat di kalangan masyarakat. Bunyinya bagus sekali. Tapi soalnya, ia tidak semudah itu. Hukum sembahyang dan menutup aurat bukan seperti hukum pakai topi keledar dan tali pinggang keledar. Pakai topi dan tali pinggang keledar atas dasar kempen dan arahan, itu tidak salah. Tetapi tutup aurat dan sembahyang dibuat kerana arahan dan semangat tidak sah, tidak dapat pahala, dan di akhirat, Allah tidak terima sebagai ibadah. Ini disebabkan orang yang buat perkara itu kerana takutkan denda. Ibadah yang dikerjakan oleh seseorang bukan dengan tujuan ibadah, tidak akan diterima di sisi Allah.

Apa ertinya seseorang sembahyang tetapi tidak diterima oleh Allah sembahyangnya? Biasanya hukum yang dibuat kerana arahan, orang akan lakukan di depan umum saja. Tetapi tidak bila keseorangan. Seperti tali pinggang keledar, orang cuma pakai di hadapan polis trafik sahaja. Di belakang mereka, orang tidak pakai bahkan ada juga orang yang mengata.
Mendidik kesedaran ertinya menanam iman yang kuat ke dalam hati insan. Imu tentang iman yang kuat mesti disampaikan dalam bentuk pendidikan yang berkesan, bukan kempen atau arahan yang sambil lewa dan sekali-sekala. Pokok yang tuannya menabur baja, lalu meminta dia sendiri menyiram dan membaja dirinya, tentu tidak akan sampai matlamat. Jauh sekali untuk subur.

Begitulah tamsilan bagi membezakan konsep menegakkan hukum Allah melalui pendidikan dan melalui arahan. Walaupun nampak lahirnnya seakan -akan sama, tetapi kesannya amat berbeza. Yang satu menjadi ibadah di sisi Allah, yang satu lagi tertolak di sisi Allah. Kerana yang satu dari hati, satu lagi berpura-pura. Yang satu kerana Allah, yang satu lagi kerana kerajaan.
Jentera kedua yang mesti ada untuk mengislamkan negeri atau negara, yakni sesudah ada ramai insan yang mahu kepada cara hidup Islam, ialah jentera pembangunan material atau pembangunan tamadun fizikal. Di antara pembangunan yang penting ialah sistem muamalah (ekonomi), sistem pembelajaran atau pendidikan formal di sekolah, maktab dan universiti, sistem sosial, pentadbiran, kebudayaaan, kesihatan, perhubungan, pertanian dan lain-lain lagi.

Untuk menegakkan sistem ekonomi Islam, kerajaan mesti memulakan dengan memikirkan masalah ekonomi rakyat. Masalah orang kaya dengan orang miskin. Supaya orang kaya itu tidak tamak dan rakus dengan kekayaan serta orang miskin redha dengan kemiskinan dan berusaha untuk mendapatkan keperluan hidup. Huraian panjang lebar tentang persoalan ini ada dalam buku Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi Falsafah Kemiskinan dan Jalan Penyelesaiannya Menurut Islam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman