Langkau ke kandungan utama

SAIDINA UMAR Al KHATTAB DAN SUNGAI NIL.


KARAMAH DI SUNGAI NIL.

"Kejayaan dicapai kerana ada  nya bantuan ghaib dari Allah".
Sungai Nil ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia. Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih.

Saidina Umar Al-Khatab mengirimkan warkah(surat) khusus buat Sungai Nil,Mesir.

Cerita yang masyhur kita dengar berkaitan dengan Sungai Nil.Pernah suatu masa dahulu,ketika zaman era pemerintahan Islam,Mesir dilanda kekeringan air di sungai nil,menyebabkn rakyat ketika itu terputus bekalan air..Maklumlah,bekalan air Mesir bergantung kepada sungai nil.

Mereka mengadukan hal ini,kepada Saidina Amru 'Ash merupakan Gebenor Mesir pada ketika itu..Mengikut kepercayaan masyarakat mesir pada zaman jahiliyah,apabila keadaan sungai nil menjadi kering maka mereka terpaksa mengorbankan seorang perempuan yang cantik sebagai santapan sungai nil kononnya..

Maka,Saidina Amru 'Ash tidak menerima pendapat ini kerana adat Jahiliyah itu semestinya bercanggah dengan Syariat Islam..tatkala begitu,Saidina Amru mengutuskan surat kepada Saidina Umar Al-khatab(Khalifah dunia Islam)mengadu dan menceritakan hal keadaan yang berlaku dibumi Mesir ini.

Selepas membaca surat itu,maka Saidina Umar membalasnya dengan menulis sepucuk warkah dan warkah itu haruslah diberi kepada sungai nil dgn mencampak kedalamnya..Apabila sahaja warkah itu sampai ketangan Saidina Amru,maka beliau menjalankn tugas sepertimana yang diperintahkn oleh Khalifah itu..

Sebelum,melemparkan warkah itu kedalam sungai nil..Saidina Amru,sempat membuka dan membaca warkah itu..kemudian beliau terus mencampakkan kedalamnya..Maka,dengan izin Allah Taala,air Sungai Nil menaik dengan mendadak dan masyarakat mesir berasa gembira kerana bekalan air telah kembali..

Apakah isi surat yg ditulis oleh Saidina Umar Al-Khatab itu?..maka suratnya,bertulis bergini:

"Jika kamu mengalir karena dirimu sendiri maka jangan mengalir. Namun, jika Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang mengalirkanmu maka kami mohon kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa untuk membuatmu mengalir." Maka,kisah ini juga merupakan salah satu bukti karamah yang dimiliki oleh generasi Islam di era kebangkitan Islam pertama.
Bantuan-bantuan ghaib contoh seperti di anugerahkan karamah akan berulang di era zaman kebangkitan sekali lagi. Iaitu era kebangkitan Islam kali kedua.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...