MINTA PEROLONGAN KEPADA ALLAH. Allah memerintahkan kita supaya sentiasa meminta pertolongan dari-Nya dalam sembahyang dan dalam bersabar. Sungguh pun nampak saja sembahyang itu mudah (bacaannya pun mudah, perbuatan berdiri, rukuk dan sujud pun mudah) tetapi kalau Allah tidak bantu, kita akan merasa berat untuk bersembahyang. Mungkin kita sanggup membuat kerja-kerja berat tetapi tidak mampu untuk bersembahyang. Kerana itulah Allah perintahkan kepada kita supaya meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45). Bersyukurlah banyak-banyak bagi mereka yang di rezkikan berada didalam jemaah kebenaran. Berusahalah untuk mempertahankan nikmat itu dan bersabar menghadapi ujian dan cabaran yang Tuhan datangkan. Kekuatan memohon pertolongan didalam sembahyang dan kekuatan sabar yang dapat dari sembahyang di...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.