KOMEN ULAMA-ULAMA DALAM DAN LUAR NEGARA.
Komen ulama-ulama dan cendiakawan -cendiakawan,
Profesor Doktor Ahmad Tasman bin Yakub meninggal dunia pada 12 ogos 2016 pagi. Beliau telah beroleh PHD tentang dakwah Abuya. Kawan kepada Profesor Doktor Tasman bertugas di universiti yang sama. Iaitu Profesor Doktor Pak Sas dalam bidang syariah. Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol Padang(IAIN)..bekas ketua canselor universitas tersebut..sekarang masih bertugas sebagai guru besar di fakulti syariah.. Profesor tersebut datang berkunjung ke Malaysia dan ziarah ke rumah anak Abuya (Fakhrurrazi). Beliau datang ditemani isterinya yang pernah menjaga Profesor Doktor Tasman ketika sakit. Dia sebagai jururawat yang bertugas ketika itu.
Menurut pemerhatian Profesor Doktor Pak Sas yang telah datang ke Malaysia beberapa kali, "kini Malaysia jauh kehadapan dari sudut kemeriahan Islam dan pembangunan meterial di bandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara."
"Islam akan bangkit kembali bermula dari kamu (Imam Ashaari At Tamimi)." Syeikh Dr. Prof Abdul Salam Harras pensyarah di Universiti Al-Qarawiyin.
"Tuan telah mendahului kami dari segi amalan-amalan Islam. Kami baru berteori ke arah itu." Saudara Wazani, President Jamiah Thaqafatil Islamiah di Maghribi/Morocco.
"Jika umat Islam seluruh dunia dapat melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Abuya, arus kebangkitan Islam akan mengalir deras! - Ramiz Balkan, Pengerusi Parti Refah, parti tunggal di Turki yang menggunakan slogan Islam.
Di kalangan Ulama-ulama di Timur Tengah yang memberi dorongan kepada Abuya Ashaari At Tamimi,antaranya: Syeikh Abdul Siddiq Ghumari Syeikh hadis akhir zaman, Syeikh Abdullah Ghannun ketua ulama Morocco dan Syeikh Dr. Prof Abdul Salam Harras pensyarah di Universiti Al-Qarawiyin. Universiti Al-Qaraweiyyin adalah Universiti Tertua di dunia. Terdapat juga beberapa institusi pengajian yang dibina lebih awal tetapi kebanyakannya musnah dan sudah pun hilang dari sejarah. Universiti Al-Qaraweiyyin ( جامعة القرويين ) terletak di Fes, Morocco, universiti ini asalnya sebuah masjid.
Universiti Al-Qaraweiyyin ( جامعة القرويين ) diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai Universiti Tertua di Dunia yang masih wujud dan kekal berterusan menawarkan pengijazahan. Ia berkembang menjadi institusi yang bukan setakat menawarkan pengajian teologi malah turut menawarkan pengajian dalam bidang sains, matematik, perubatan dan astrologi.
Mengenal diri bukanlah sekadar menilai kecantikan tinggi rendah, warna kulit, keturunan dan bangsa, kedudukan dan pangkat, memiliki sijil hingga PHD dan mempunyai kelayakan sebagai profesor dan sebagainya. Tuhan ciptakan manusia sebenarnya terdiri dari dua jasad. Dua jasad tersebut dipadu erat. Iaitu jasad lahir dan jasad batin. Mengenal diri ertinya mengenal hakikat manusia. Hakikat manusia adalah hatinya. Tanpa hakikat, yang lahir tidak berguna.
Nabi SAW bersabda :
عَÙ†ْ اَبِÙ‰ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ رض Ù‚َالَ: Ù‚َالَ رَسُÙˆْÙ„ُ اللهِ ص : اِÙ†َّ اللهَ لاَ ÙŠَÙ†ْظُرُ اِلىَ اَجْسَامِÙƒُÙ…ْ Ùˆَلاَ اِلىَ صُÙˆَرِÙƒُÙ…ْ Ùˆَ Ù„ٰÙƒِÙ†ْ ÙŠَÙ†ْظُرُ اِلىَ Ù‚ُÙ„ُÙˆْبِÙƒُÙ…ْ. مسلم
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda,“Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) hatimu”. (HR. Muslim).
Jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Betapa susahnya mengenal hati dan diri sendiri. Walaupun kita kenal, betapa susahnya untuk mengubatinya. Tentu lebih susah untuk meletakkan hati sesuai dengan fungsinya. Nafsu dan syaitan menghalang dengan keindahan dunia dan nikmatnya yang sentiasa mempesona.
Kalau hati dan diri sendiri susah untuk kita kenal, terlebih lagi untuk mengubatinya. Tuntu lebih susah lagi untuk mengenal orang lain dan untuk mengubati hatinya. Kejayaan orang-orang dahulu iaitu Para Salafussoleh, dalam mengubat penyakit masyarakat adalah kerana mereka berjaya mengubati penyakit diri sendiri. Kejayaan orang-orang dahulu iaitu para Salafussoleh, dalam mengubati penyakit masyarakat adalah kerana mereka berjaya mengubati penyakit diri sendiri.
Di situlah kelebihan dan keutamaan mereka dari diri kita. Tidak seperti kita di zaman ini baik ulama-ulama, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis Islam, para pemimpin masyarakat Islam belum kenal diri sendiri dan belum dapat mengubati penyakit diri sendiri. Para alim ulama sekarang ini sudah tidak sama sikapnya dengan para alim ulama zaman Salafussoleh.
Kerana itulah penyakit-penyakit masyarakat susah untuk di ubati bahkan seringkali penyakit-penyakit itu bertambah kronik disebabkan penyakit-penyakit diri kita sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan