Langkau ke kandungan utama

ABU RIGHAL BERSEKONGKOL DENGAN ABRAHAH.



Dr. Saad berasal dari Taif, Arab Saudi. Beliau membawa kami ke kampung halamannya di kawasan pergunungan iaitu di Taif. Dr. Saad juga banyak berkongsi tentang sejarah Islam. Terutamanya sejarah  Islam pada kebangkitan pertama. Iaitu sejarah Rasulullah SAW yang ada kaitan dengan kota Taif. 
Abuya membimbing kita mencintai Allah  dan Rasulullah dengan mata hati. Mengenal Allah dan Rasulullah di peringkat hati atau roh ia juga dikatakan penghayatan dua kalimah syahadah. 


Dalam sejarah ada menceritakan tentang pengkhianat kepada Allah dan Rasulullah. Seperti Abu Righal yang menjadi penunjuk jalan tentera ABRAHAH menuju Ka’bah. Mereka para pengkhianat ini, terlaknat di dunia dan akhirat, dilaknat manusia dan juga Allah Ta’ala. Kubur Abu Righal dibenci oleh setiap orang yang melihatnya. Setiap kali ada yang melalui kuburannya, mereka melemparnya dengan batu. Kekuatan yang ingin melawan Allah pasti akan kalah . Sebesar apapun kekuatan dan persiapan musuh itu tidak apa-apanya dibandingkan dengan kekuasaan dan kekuatan Allah SWT. Kisah ini sebagai peringatan bagi siapa pun yang ingin melawan-Nya atau merusak tempat suci-Nya, maka mereka pasti akan mendapatkan murka dari-Nya.


Adakalanya kita boleh jadi pengkhianat kepada Allah dan Rasulullah sama ada sedar atau tidak sedar. Dalam Islam ia dikenali dengan sifat munafik. Sebagaimana sabda Rasulullah:

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ .

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat.(Sahih Muslim).


Tuhan minta semua yang kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Apabila kita gagal meluruskan hati kepada-Nya ertinya kita telah mengisi hati kita selain Allah. Itulah yang dikatakan hati yang tidak lurus dengan Allah. Malahan ada rasa dan amalan hati yang juga dikira dunia. Riak adalah dunia. Ujub adalah dunia. Sum’ah adalah dunia. Megah dengan kekayaan dan keturunan itu dunia. Hasad dengki, ego, sombong dan angkuh kesemuanya adalah dunia. Yang sedihnya, kadang-kadang sembahyang pun jadi dunia. Puasa jadi dunia. Baca Quran jadi dunia. Sedekah jadi dunia. Naik haji jadi dunia. Belajar ilmu agama sampai alim pun jadi dunia.


Sebenarnya, apa pun boleh jadi dunia. Apabila kita tidak meluruskan hati kepada Allah ertinya kita telah mengkhianati Allah. Dunia atau tidak sesuatu benda atau perkara itu bukan terletak kepada benda atau perkaranya. Ia bergantung kepada tujuan dan matlamatnya. Kalau sesuatu benda atau perkara itu, natijahnya terhenti setakat dunia maka jadi dunialah dia. Tetapi kalau natijahnya membawa kepada kebaikan, kepada keredhaan Allah dan ada pula nilai pahalanya, maka ia sudah tidak jadi dunia lagi. Ia sudah jadi Akhirat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...