Pada hari ini kita terlalu bimbang jika anak-cucu kita tidak pandai matematik, tidak bijak accounting, tidak pandai computer. Tetapi kita tidak bimbang jika mereka tidak pandai dan tidak rajin menyusun kasut atau selepar. Kita keluar rumah akan memakai kasut. Masuk ke rumah akan tanggalkan kasut atau selipar. Begitulah bila pergi ke surau atau ke masjid kita akan membuka selipar atau kasut.
"Pendidikan disiplin itu tapaknya sembahyang atau asasnya sembahyang. Ia di perintahkan bermula di dalam keluarga. dari sinilah titik tolak disiplin dalam Islam. Kalau Keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan." Sedangkan untuk melatih anak menyusun selepar atau kasut dan istiqamah melakukannya perlu belasan tahun. Bahkan ada anak yang sudah dilatih 30 tahun pun masih belum rajin menyusun selepar.
Bagaimana kita hendak dapatkan sembahyang yang agung sedangkan ianya bermula dengan kesucian (taharah). Bermula dari pakaian yang suci, tempat sembahyang yang suci, sedangkan kita tidak ambil kisah tentang penyusunan kasut, bagi orang yang datang kemudian akan memijak kasut yang sedia ada dan begitulah seterusnya orang lain akan memijak di atas selipar yang ada, bagaimana kita hendak pastikan (THAHARAH) orang yang memijak selipar tersebut. Berpijak diatas selipar tersebut kemudia pijak lantai surau atau masjid tempat hendak melakukan sembahyang.
Tak sempurna THAHARAH, tertolaklah IBADAH. Kalau kasut tak disusun, terpijak kasut lain, terkena najis, maka kaki yang memakainya juga najis. Bila kaki bernajis ini dibawa SEMBAHYANG maka terbatallah sembahyang itu. Jika SEMBAHYANG terbatal atau tertolak maka putuslah hubungan dengan ALLAH. Jika telah terputus dengan ALLAH maka musnahlah hidup, bahagia tiada. Kalau adapun kegembiraan hanya palsu semata. Jangan pandang kecil tentang menyusun selipar. Siapa sangka bahwa ia ada peranan penting dalam menentukan KEBAHAGIAAN dunia dan akhirat seseorang.
Setelah kita nilai sembahyang itu tadi, fardhu ainnya pun tidak selesai iaitu THAHARAH pada sembahyang tersebut pun tidak selesai. Maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung. Dalam sembahyang ada syariat lahir contoh THAHARAH dan ada syariat batin itulah KHUSUK. Sembahyang lahir dan batin ialah golongan sembahyang para solihin, sembahyang para muqarrabin dan sembahyang para Siddiqin sahaja. Sembahyang yang bersucinya pun tidak selesai macam mana hendak melahirkan sembahyang yang ada roh.
Sembahyang yang ada kualiti, iaitu sembahyang yang bukan saja selesai thaharah tetapi mempunyai roh. Manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Neraka wail bagi orang yang lalai dalam sembahyangnya. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah sembahyang kita. Marilah bersama membaiki sembahyang kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali keadilan Islam.
Ulasan
Catat Ulasan